Sira Pisang Nangka
4:33 PTGSelain pengat pisang, ubi kayu, keledek, keladi dan pisang kami selalu menikmati sira pisang yang Bonda sediakan di bulan puasa. Bahan yang digunakan pun mudah didapati dan olahannya sangat ringkas. Biasanya Bonda gunakan pisang awak atau pisang kepuk.
Pada mulanya kami sangka Bonda tidak ada santan kelapa untuk buat pengat! Rupanya memang ada 'pengat' tanpa santan kelapa iaitu sira! Sira membawa maksud gula yang dicairkan untuk digaul atau menyalut kuih.
Bonda pernah gunakan air tebu untuk membuat sira pisang. Dahulu, selain tanaman nanas, arwah Ayahanda mengusahakan berekar-ekar tanaman tebu. Ketika musim menuai tebu, datanglah lori mengangkut batang-batang tebu untuk di bawa keluar dari kampung. Waktu itu akal kanak-kanak Amie tidak terfikir pun ke mana lori itu akan bawa tebu.
Apa yang Amie rasa seronok ketika itu ialah sewaktu Ayahanda dan Bonda perah air tebu gunakan mesin getah keping! Ketika itulah Amie nampak Bonda masak 'sira' pisang dengan air tebu!
Sira Pisang Nangka |
Sira Pisang Nangka gambar di atas ini diambil sebaik sahaja dikeluarkan dari periuk. Gambar bawah pula, Sira Pisang Nangka setelah 2 jam di dalam peti sejuk. Amie gunakan gula Melaka untuk membuat Surat Pisang Nangka.
- 5 biji pisang nangka masak - kupas kulit - belah 2 dan kerat 2 (ambil 1/2 sudu kecil air kapur dan tambahkan 2 cawan air - rendam pisang dalam air kapur selama 5 minit - toskan)
- 100 gram gula Melaka
- 1 cawan air
- 2 helai daun pandan - siat dan simpul
- 5 kuntum bunga cengkih
- secubit garam
- Masukkan air dan gula Melaka ke dalam periuk.
- Didihkan sehingga gula Melaka larut.
- Kemudian masukkan daun pandan, garam, bunga cengkih dan pisang nangka.
- Perlahankan api.
- Masak sehingga pisang nangka lembut dan kuah gula Melaka menjadi pekat.
- Padamkan api dapur.
- Sedia untuk dihidangkan. Jika suka, boleh sejukkan di dalam peti dahulu sebelum dinikmati.
25 comments
kecur air liur
BalasPadamkena cari pisang nangka jugak ni he hee
Cari, jangan tak cari. Kita memang suka guna pisang nangka, dapat seimbangkan rasa manis gula dan masam pisang.
Padamtengok ja terasa suda rasa manisnya
BalasPadamMasam manis.
PadamMenu org kelantan ni..sira labu Amie pernah mkn tak..
BalasPadamBiasa makan sira labu, tapi jarang buat.
PadamTeringat dulu, ibu Sk pun suka masak Sira Pisang ni. Selain pisang, kadang-kadang ibu masak sira ubi tapi Sk lagi laju kalau makan sira pisang, hihi.
BalasPadamHaaa... tudia! Bonda kita pun suka masak sira ubi, biasanya ubi pulut, rasanya lemak melekit. Sira pisang memang cepat hilang dari pandangan kalau Bonda hidangkan hihihiii.
PadamJaman dulu2 mak wak pun selalu buat.
BalasPadamPakai pisang awak atau pisang nipah.
Kalau pisang nangka ni masam sikit.
Samalah Wak, Bonda saya selalu gunakan pisang nipah atau pisang awak. Saya gunakan pisang nangka sebab nak seimbangkan rasa manis dengan masam, maklum dah berusia ni seram sikit nak jamah yang manis.
PadamRupanya boleh buat dengan air tebu.
BalasPadamSetakat ini belum pernah dengar orang buat sira pisang dengan air tebu. Agaknya Bonda saya jew yang pernah buat hehehehee.
PadamSaya tak pernah makan sira pisang. Buat jauh sekali.maybe sebab saya kurang gemar makanan manis
BalasPadamOrang dulu-dulu selain pengat, memang siralah hidangannya terutama waktu berbuka puasa.
PadamWah,sedapnya..
BalasPadamPasal sira guna air tebu tu saya pernah dengar & pernah tengok tapi gunakan ubi kayu.Dulu2 ada penduduk kampung tanam tebu banyak & perah menggunakan tenaga kebau.Air tebu dimasak dalam kawah hingga pekat hitam menjadi nisan tebu.Rupa dia macam gula apong.Masa rebus air tebu tu la ubi kayu dimasukkan dalam jaring & dimasukkan dalam rebusan air tebu.Bila ubi empuk mudah nak angkat sebab dalam jaring.Jadi kudapan manis sambil menanti air tebu likat.Sorry syok pula cerita..Hihihi
Wah! Suka saya dengar. Maknanya bukan sesuatu yang peliklak kalau guna air tebu. Kreatifnya orang dulu-dulukan Mama Cella. Saya teringat lagi Bonda masaka air tebu tu sampai pekat likat.
PadamAdoi... Sedap ni puan. Dapat makan petang-petang dengan secawan kopi. Nikmat sekali.
BalasPadamKecur air liur tengok sira pisang kak amie ni, dah terasa manisss tuuu sebab saya penggemar makanan manis hehehe
BalasPadamNampak best tu.
BalasPadamReally good recipe blog
BalasPadamhttps://weekin2.blogspot.com/2020/09/seo-ready-blogger-template-for-free-in.html
mmg nmpk sgt manis sira pisang ni. nsib baik rasa dia x semanis rupa kan
BalasPadamSA x pernah makan sira pisang kak...nampak sedap plak tu ha..nak cuba kalau buat takut x terhabis nanti..nanti cari la kalau ada yang jual
BalasPadamSedapnyaa memang wangi sbb masuk bunga cengkih. Hehehe nampaknya kena buat ni
BalasPadamBaru tahu pengat tanpa santan dipanggil sira. Kiranya pengat versi tanpa santan lah kan. Tak pernah juga makan sira pisang ni. Okay juga tu gunakan gula melaka tak semanis gula pasir.
BalasPadamadoii kecur air liuh. fav gila ni! hee
BalasPadamproduction house in malaysia
cara buat video
cara edit video