Pisang Muda Masak Lemak Cili Padi dengan Tempoyak

by - 7:45 PTG

Jumpa lagi. Kali ini Amie kongsikan paparan menu Pisang Muda Masak Lemak Cili Padi dengan Tempoyak. Senang sangat olah masakan ini. Tak perlu bubuh bawang putih bawang merah. Inilah akibatnya selalu intai dapur Suria Amanda. Sudah terjangkit, kalau masak lemak cili padi tak perlu bubuh bawang!

Sekali lagi Amie buat sambal belacan kuini. Sambal belacan kuini sedapnya lain macam! Aroma buah kuini sangat mengganggu perasaan! Encik Suami pula minta Amie panggang ikan belais. Cukuplah hidangan makan tengahari kami hari ini. Makan nasi putih lauk Pisang Muda Masak Lemak Cili Padi dengan Tempoyak, lawankan dengan ikan belais panggang cecah sambal belacan kuini.

Pisang Muda Masak Lemak Cili Padi dengan Tempoyak

Hidangan makan tengahari dan lauk-pauk.

Ikan belais panggang.

Sambal Belacan Kuini


Hirisan nanas & mangga udang dengan taburan serbuk asam boi.


Jom kita lihat resipi Pisang Muda Masak Lemak Cili Padi dengan Tempoyak. Gunakan pisang muda seperti pisang emas atau pisang kapas, atau pisang-pisang lain yang sesuai. Amie gunakan pisang saba, sebab itu saja pisang yang ada di dapur.

Bahan-bahan:
  • 5 biji pisang  muda
  • 2 sudu besar tempoyak
  • 2 batang serai
  • 3 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 helai daun kunyit - siat
  • 1/2 cawan ikan bilis
  • garam / gula / perasa pilihan
Bahan tumbuk / kisar:
  • 15 tangkai cili padi
  • 2 cm kunyit hidup
Cara memasak:

  1. Siat kulit pisang  muda dan potong serong - rendam dalam air bersama kulitnya sekali.
  2.  Dalam periuk, masukkan santan cair, asam gelugor, serai dan bahan kisar / tumbuk serta ikan bilis.
  3. Toskan pisang muda dan kulitnya tadi dan masukkan ke dalam periuk.
  4. Masak sehingga pisang mulai empuk.
  5. Tambahkan santan pekat,  tempoyak, daun kunyit, garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
  6. Kecilkan api. Kacau selalu sehingga kuah mulai pekat dan pisang menjadi empuk / lembut..
  7. Padamkan api dapur.
Hari ini semua lauk ada rasa pedas. Ikan panggang bubuh sambal tomato, sedikit pedas, dan rasa masam manis. Sayur pisang muda pedas cili padi, tapi seimbang dengan rasa lemak manis santan. Walaupun namanya sambal belacan, tetapi Amie hanya bubuh 7 tangkai cili padi campur 2 tangkai cili merah. Taklah pedas mana. Walaupun macam pedas-pedas manja semuanya, tetapi tetap sedia air panas untuk ubat 'pedas!' Mana tahu kepedasan kan. Tapi ok jew. Taklah pedas sampai menyengat.

You May Also Like

22 ulasan

  1. Masak lemak cili api pisang muda ni fav mak SA ni kak amie...cukup lauk ni je.goreng ikan masin...memang menambah la nasi..

    BalasPadam
  2. Wah,pisang pun boleh buat masak lemak tempoyak yer...tak pernah try lagi ni..Nampak pekat likat elok gulai pisang tu...Haish...macamana la timbang nak turun,tengok gulai pisang ni pun rasa esok nak kena li cari...hihihi

    BalasPadam
  3. wah...pekat berlemak nampaknya gulai pisang tu

    BalasPadam
  4. Biasa ikan ikan je masak lemak cili api campur tempoyak. Pisang pun sedap juga ye kak Amie. Gabungan lauk pauk dan sambal padu ni. Ada potensi menambah nasi.

    BalasPadam
  5. Waaa pisang punn boleh masakk lemakk ye kak amie, ingatkan ayam udang ikan je bolehhhh hehehe. Nampakkk menarik!

    BalasPadam
  6. Masak lemak pisang muda selalu juga dimasak di rumah ini kerana banyak stok pisang.

    BalasPadam
  7. Jimat tak payah guna bawang, harga bawang pun boleh tahan

    BalasPadam
  8. Sedap masak lemak pisang. Tapi jangan diletakkan tempoyak, sebab saya tak makan tempoyak.. hehe

    BalasPadam
  9. Dah lama tak makan gulai pisang muda.
    Masa kecik2 jaman susah dulu memang selalu ngadap menu ni

    BalasPadam
  10. dapnya masak tempoyak style orang Perak ni

    BalasPadam
  11. fav sy ni. kalau ada ikan manis boleh bertambah 4 pinggan😆

    BalasPadam
  12. selalu gak jumpe masak lemak pisang ni tp tak pernah rasa

    BalasPadam
  13. terpaling sedap nih kak Amie..berselera makan :)

    BalasPadam
  14. Klu arwah mak saya,masak lemak pisang campur dgn daun kaduk.

    BalasPadam
  15. Tergodanya tengok kuah masak lemak akak! Lawan pula dengan sambal kuini....yummeh!

    BalasPadam
  16. Kalau masak lemak cili padi selalu, gayanya memang jimat sgt bawang, lagilah kalau kunyit dan cili padi tanam sendiri, segala2nya jimat, hihi. Eh, tu belum lagi kalau boleh kait kelapa di tepi rumah 😜

    BalasPadam
  17. Pisang masak lemak Sha pernah makan.. Masak lemak dengan tempoyak je Sha tak pernah cuba.. Menarik juga idea ini..

    BalasPadam
  18. ikan belais panggang nampak paling sedap di situ, hehe

    BalasPadam
  19. Uniknya ikan belais tu. Nina tak makan tempoyak huhu

    BalasPadam