Ubi Kayu Salut Sambal Udang Kering vs Ubi Kayu Rebus Kelapa Parut & Ikan Masin Basung

6:25 PTG

 

Encik Suami kata tak payahlah masak nasi untuk makan tengahari sebab masih kenyang makan NASI GORENG CILI PADI IKAN TUNA TUMBUK & SANDWICH TUNA. Baiklah. Kita pun tak masak nasi. Lagi pun sibuk mengadap kolokium maya  dari pagi sampai petang. Sambil mata memantau Firdaus siapkan kerja sekolah, telinga pasang dengar kolokium yang sedang berlangsung di you tube melalui HP. 

Kemudian teringat pagi tadi sudah keluarkan ikan dari freezer dan letak atas sinki. Cepat-cepat kita masukkan semula ke dalam freezer. Ikan pun masih keras.

Selesai kolokium maya, kita tinggalkan Firdaus siapkan tugasannya. Kita ke dapur. Nampak Encik Suami minum dan makan sandwich tuna. Sekali lagi kita tanya: Nak makan nasi tak? Jawab Encik Suami: Tak payah masak. Masih kenyang.
Kemudian Encik Suami keluar dan seperti biasa waktu petang adalah waktunya bersama segala tanam-tanamannya.

Boleh percaya ke perut tak lapar malam nanti? Jangan suruh kita masak malam-malam sudahlah! Lepas Maghrib memang kita sudah tak masuk dapur lagi kecuali ambil minuman atau makanan ringan seperti buah dan biskut.

Terpandang selonggok ubi kayu yang Encik Suami beli dua hari lepas. Kelmarin sudah kena tegur Encik Suami: Ubi yang berlonggok bila nak dimasak?

Wokey!
Petang ini kita makan ubi kayu saja. 
Orang yang sibuk bersihkan tanamannya tentu banyak juga tenaganya keluar. Masuk dapur nanti mesti buka tudung saji juga! 

Jadi, bolehlah minum petang:
  • Ubi Kayu Salut Sambal Udang Kering
  • Ubi Kayu Rebus Kelapa Parut & Ikan Masin Basung
  • Kopi hitam Cap Kuda Terbang


Ubi Kayu Salut Sambal Udang Kering, Ubi Rebus Kelapa Parut Ikan Masin Basung & Kopi Hitam Cap Kuda Terbang.


Ubi Kayu Salut Sambal Udang Kering

Ubi Kayu Rebus Kelapa Parut & Ikan Masin Basung


Amie rebus 3 ketul ubi kayu. Separuh makan dengan kelapa parut dan ikan masin basung lebihan semalam yang tak habis makan dengan pulut kukus. Separuh lagi salut dengan Sambal Udang Kering. Kita lihat resipi Ubi Kayu Salut Sambal Udang Kering.

Bahan-bahan:
  • ubi kayu rebus secukupnya
  • garam / gula / perasa pilihan
  • 1/2 sudu kecil pati asam jawa
  • 3 sudu besar minyak
Bahan kisar:
  • 5 tangkai cili padi
  • 2 tangkai cili merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1/2 cawan udang kering - rendam hingga lembut
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bahan kisar hingga terbit aroma.
  3. Masukkan asam jawa, garam / gula / perasa pilihan.
  4. Gunakan api sederhana. Masak sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan ubi rebus.
  6. Gaul rata sehingga semua bahagian ubi rebus tersalut dengan sambal udang kering.
  7. Padamkan api dapur.
Eh! Tiba-tiba Encik Suami masuk rumah. Sudah selesai agaknya mengurus tanam-tanamannya.

Sedapnya bau!
Masak apa?

Bertanya pula kita masak apa....ahaks! Padahal jauhnya dapur dari ruang tempat kita menulis! Tajam betul deria baunya. 

11 comments

  1. Aduuiii.. sedapnya. Siap dah disira sambal.. ngap saja

    BalasPadam
  2. Sedapnya menu di atas.
    Jangan lupa layari website etiqa untuk mengetahui tentang insurans kereta terbaik
    Pelbagai insurans yg menarik disediakan. Sebagai contoh: insurans kereta takaful, insurans takaful & insurans takaful

    BalasPadam
  3. Pertama kali nampak Ubi Kayu Salut Sambal Udang Kering. Ubi rebus ni macama macam menu kita boleh pelbagaikan. Nikmat dapat makan ubi rebus dengan cara kita. Perut ni bukan boleh percaya dia punya lapar. Kadang rasa kenyang tapi macam lapar. eh...

    BalasPadam
  4. Hehe buat makanan ringan untuk makan petang.
    Mesti laku.

    BalasPadam
  5. Adik Firdaus makan tak ubi kayu?

    BalasPadam
  6. Menarikk jugakk ubi kayu salut dengan sambal, firstt time dengar dan tengok rupanya macam mana hehehe

    BalasPadam
  7. wah ubi kayu.. lama da xmakan..huhu

    BalasPadam
  8. Menariknya ubi kayu salut udang tu...

    BalasPadam
  9. Untung la sesiapa yang boleh makan ubi kayu...SA x leh makan...kang semput...angin dia boleh buat check in spital

    BalasPadam
  10. Ubi kayu ni selalunya makan goreng dgn kunyit pun dh sedap. Hehe

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe