Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol

9:40 PTG

Teringin makan Nasi Dagang Kelantan, tapi tak ada beras merah. Amie teringat resipi nasi dagang dengan gulai ikan tongkol yang dikongsikan  dua orang rakan sekerja sebelum mereka pindah ke Malaya. Walaupun tidak ada Rempah Cap Bunga Rose untuk masak gulai ikan tongkol tetapi mereka berikan Amie resipi gunakan rempah sendiri. Boleh klik di sini untuk lanjut: NASI DAGANG GULAI IKAN TONGKOL YANG SANGAT SEDAP!!!!!

Nasi Dagang & The Gang

Amie kongsikan resipi Gulai Ikan Tongkol saja.  Untuk resipi Nasi Dagang, boleh klik blog link yang Amie kongsikan di atas. Nasi Dagang Kelantan atau Terengganu, kedua-duanya Amie suka. Hari ini Amie buat nasi dagang Terengganu pula. Nampak nasi warna putih. Lagilah suka kalau ada yang tolong masak, dan kita duduk bersila menghadap hidangan.... ahaks!

Teringat dulu zaman remaja purba sewaktu ikut rombongan ke pantai timur. Ketika itu Amie sedang tunggu keputusan STPM. Rombongan kami dari Klang Selangor, menuju ke Cameron Highlands dan Genting Highlands. Kami teruskan perjalanan ke negeri Terengganu dan Kelantan. Di Terengganu puaslah kami makan nasi dagang ketika sarapan pagi. Harganya hanya 50 sen sahaja untuk sebungkus! Sekarang tak tahulah berapa harga sebungkus nasi dagang!

Gulai Ikan Tongkol


Bahan-bahan untukGulai Ikan Tongkol:

Bahan A:
  • 1 kg ikan tongkol - bersihkan dan potong ikut suka
  • 3 keping asam gelugur
  • 1 sudu besar gula melaka parut
  • 1 sudu kecil garam
Bahan B:
  • 1 liter santan
  • 3 keping asam gelugur
  • 7 biji cili padi - belah 2
  • 3 biji lada hijau
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu  kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 2 sudu besar gula melaka parut
  • garam / perasa pilihan secukupnya
  • 4 sudu besar minyak
Bahan kisar:
  • 20 tangkai cili kering
  • 7 biji bawang merah
  • 7 biji bawang putih
  • 5 cm halia
Cara memasak:
  1. Rebus bahan A hingga masak dan toskan airnya.
  2. Gunakan air rebusan ikan untuk memerah santan kelapa.
  3. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar termasuk jintan manis, jintan putih dan serbuk ketumbar hingga pecah minyak.
  4. Masukkan santan dan kacau hingga pecah minyak.
  5. Masukkan cili padi, cli hijau dan asam gelugur.
  6. Masukkan ikan tongkol, garam / perasa pilihan dan gula melaka.
  7. Biarkan seketika sehingga kuah menjadi sedikit pekat. Tutup api.

Acar Timun & Nanas

Sepanjang berada di Terengganu, dan hari-hari makan nasi dagang bungkus, tidak ada acar atau telur rebus. Hanya nasi dagang dengan seketul ikan tongkol saja. Tapi cukup sedap. Barangkali kehadiran acar ini untuk melengkap rasa lemak nasi dan lemak gulai. 

Amie teringat beberapa tahun lalu CHEF THYAGA B RAJAN dari KARI LEAFS... MALAYSIAN FLAVOUR'S bercerita tentang asal-usul nasi dagang. Chef Thyaga yang pernah tinggal dan membesar dalam kalangan masayarakat Melayu di Kelantan mengatakan lauk nasi dagang hanya ikan saja, tidak ada acar. Seronok rasanya dapat tambah ilmu. Terima kasih Chef Thaya sudi telefon dari jauh.

Jemput makan Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol.

15 comments

  1. Masa duduk tengganu dulu memang selalulah ngadap nasi dagang dengang ikang aya ni

    BalasPadam
  2. Naniey suka nasi dagang terengganu.
    Kalau kak ami nak nanti naniey belikan beras nasi dagang bile balik kelantan nanti. Ntah bile dapat balik ni.. (macam tak de sinar harapan je rentas negeri raya haji ni)

    BalasPadam
  3. Pernah sekali makan nasi dagang . Ok juga rasanya

    BalasPadam
  4. Adoiiii lapo plk memlm jenguk sini 😁😁

    BalasPadam
  5. Baru pagi tadi berangan nak masak nasi dagang trengganu ni tapi takdak ikan tongkol.Eh,datang sini ada nasi dagang trengganu la..Sedapnyaaa,terkenang Nasi Dagang Atas Tol & teh ombak rindu...

    BalasPadam
  6. sedapnya sarapan nasi dagang ada acar lagi

    BalasPadam
  7. Sedapnyaaa nasi dagang teringat nasi dagang kakpah

    BalasPadam
  8. Kalau pergi Terengganu besar ikan dalam bekas buffet di kedai layan diri. Saya ambil setengah ekor. Lepas itu baru tahu kena cubit sedikit ikan.

    BalasPadam
  9. Sedapnya nasi dagang. Kalau saya nasi dagang saya tahu satu je. Tak dapat nak beza nasi dagang dari mana.

    BalasPadam
  10. Kalau terengganu panggil ikan tongkol tu ikan ayer hehehe. Murahhh tu 50 sen je, sekarang boleh cecah RM3. Tapi first time tengok makan dengan telur rebus. Satu kelainan :)

    BalasPadam
  11. Sedapnya nasi dagang....SA suka...

    BalasPadam
  12. Saya suka versi Terengganu. Lama tak makan nasi dagang yang sedap. Terliur ni

    BalasPadam
  13. Woww ikan tongkol nampak menyelerakan .. kne beli ikan laa nty..

    BalasPadam
  14. Aduh, tengok nasi dagang Kak Amie, terindu dengan nasi dagang Che Yah dekat office

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe