Sarapan Colonel Classic
12:28 PTGRehat dulu dari berBDR. Jom masuk dapur cari apa yang boleh dijadikan alas perut. Pagi ini berdua sahaja di rumah dengan Firdaus.
Petang kelmarin, banyak juga set KFC yang Abang Farid order. Ayam goreng ada 6 ketul bersama cheese bites, whipped potato, 2 botol twister oren, 3 bungkus colonel rice, ditambah lagi dengan 3 bungkus burger colonel classic. Amie pula sediakan coleslow. KFC di LD memang tidak sediakan coleslow sejak sekian lama! Jadi kalau nak makan, kenalah rajin buat sendiri.
Colonel Classic yang tak berusik kami simpan dalam peti sejuk. Amie panaskan dalam air fryer. Suka sangat Firdaus makan sebab rotinya lebih rangup. Krup krap krup krap budak kecil itu mengunyah!
Lebihan whipped potato yang disimpan dalam peti sejuk pun Amie panaskan semula dalam air fryer.
Burger KFC - Colonel Classic |
Sarapan pagi berdua dengan Firdaus. |
Susu Kambing Najeehah, minuman Firdaus. |
Coleslow |
Whipped potato. |
Coklat Brownie |
38 comments
menarik sarapan Kak Amie dan Firdaus....seronok SA tengok..SA pagi ni makan cekodok, telur separuh masak ngan roti je..
BalasPadamCekodok pun sedap SA. Lagilah ada roti dengan telur separuh masak....berselera!
Padamwowww... western bkfs tu ehehhe.. :D
BalasPadamSedaplah pulak panggang balik colonel classic tu heheheee...jadilah western perangat semula.
Padamhmm sedapnye.. Kak Amie boleh tak saya request menu untuk penurunan kolesterol? Sebab saya rasa kolesterol agak tinggi belakangan nih... Meski badan saya kecik tapi saya kerap makan sembarang dan abai kolesterol..
BalasPadamNanti Kak Amie study dulu ye dik Naia. Terima kasih usulkan menu sihat.
Padamsedapnya kfc, hihi..
BalasPadamJemput.
Padamsesekali breakfast burger dapnya
BalasPadamSedap! Firdaus kata rangup roti tu, dipanaskan semula kan.
PadamOh..kenapa ya KFC sana tak sediakan coleslow?
BalasPadamColeslow Amie buat tu nampak lagi sedap dari yang biasa kfc bagi..hehe
Dulu ada, tapi kemudian tidak ada pula. Di LD saja tidak ada. Di daerah lain ada pula. Tu pasal merajinkan diri buat sendiri.
PadamWah! Western pulak kali ni...!
BalasPadamSaki-baki Uncle... panaskan buat sarapan.
PadamWah mana dapat coklat brownies tu?
BalasPadamEh baru terperasan ada tulisan bawah coklat brownies. Ambil dari kampung.
PadamUntung makanan banyak dan hasil pemberian orang.
Dia tak mahu kek, tapi sampai kampung sudah ada anak-anak buah sediakan kek.
PadamSedapnya!
BalasPadamColeslaw tu pakai kobis ungu ye Kak Amie? Nampak berseri-seri :D
Ya, tambah kobis ungu. Kuat betul warnanya kan.
Padamsekali sekala breakfast western sedap jugak. hari2 makan nasi lemak pon jemu..
BalasPadamSesekali pelbagaikan menu.
PadamSo sedap...presentation yg menarik..
BalasPadamTerima kasih. Jemput.
PadamSedap semuanya. Saya breakfast nasi goreng je. Lama jugak tak makan kfc.
BalasPadamNasi goreng pun sodap!
PadamSarapan ala Mat Saleh ni.. hihi
BalasPadamHahahahaaa... matanya tetap begitu juga, tak berubah biru ke , hijau ke.
PadamOh,lain tempat lain yer set KFC..ingatkan lain harga jer macam kat Genting,rupanya kat sana tak ada coleslaw...Ni mesti sebab depa tau depa tak boleh lawan kehabatan coleslaw cikgu ni..hihihi..
BalasPadamDi daerah lain ada coleslow, Kunak, Tawau dan tempat lain ada. Lahad Datu jew tak ada. Padahal berlonggok2 kobis dengan lobak merah di pasar.
PadamSesekali pelbagaikan menu kan kak amie hehehe. Sekejap western, sekejap menu kampung, yang penting janji kenyang, alhamdulillah :)
BalasPadamsedapnya kak Amie..
BalasPadamsedapnya...
BalasPadamPotato tuu nampak menarik kak.. nadyya kena buat jugak ke ni.hikhik
BalasPadamTerbayang Firdaus makan dengan penuh berselera
BalasPadamWah, sarapan KFC! Nyummm nyummm.
BalasPadamyummmyyyyy! pagi pagi dah makanan best :)
BalasPadamSenang kerja siapkan hidangan sarapan bila ada leftover food. Western style sarapan pagi Kak Amie dan Firdaus :)
BalasPadamakk kat london ke skrg ni? amboiii sarapannn😆😆
BalasPadam