Sabah Tea Garden
9:21 PTG
Petang Aidil Adha yang agak panas itu, kami tiga beranak meninggalkan Kundasang menuju ke Pekan Ranau dan di pertengahan jalan tiba-tiba ingin ke Sabah Tea Garden. Jadi, kereta pun terus melepasi Pekan Ranau menuju ke Ladang Nalapak.
Dah sampai ke Ladang Nalapak!
Kali terakhir kami berkunjung ke sini ialah pada tahun 2016. Ketika itu Restaurant & Tea Shop yang ada sekarang ini sedang dalam pembinaan.
Sementara menunggu pesanan tiba, posing dulu dengan Firdaus.
Layan Firdaus menikmati Sabah Tea Ice Cream.
Encik Suami memesan Tenom Black Coffee dan Amie mencuba Sabah Tea Tarik Pandan.
Sempat menikmati Wat Tan Hor.
Encik Suami kata, dia kurang berselera untuk makan kerana Fuad dan Fairuz tidak ikut serta.
Lepas minum, kami jalan-jalan di sekitar. Masuk sebentar ke ladang teh.
Boleh klik di sini: Quailey's Hill Memorial : Sandakan - Ranau Death Marches jika anda berminat untuk mengetahui sejarah sedih tentang Perjalanan Maut Sandakan -Ranau. Amie jadikannya sebagai salah satu entri. Gambar di bawah ini Amie ambil dari entri lama. Walaupun kawasan ini merupakan ladang teh, tetapi ada kisahnya yang tersendiri.
Kalau ingin meninjau kawasan ladang teh dari atas, bolehlah menaiki tangga dan berjalan di atas pokok dengan menggunakan jambatan gantung. Bayaran untuk kanak-kanak hanya RM3 manakala bagi dewasa RM5.
Buat masa ini aktiviti memetik daun teh untuk para pengunjung dihentikan buat sementara waktu .
Nun di belakang sana, Gunung Kinabalu dilitupi awan!
Abadikan gambar-gambar Firdaus di bawah ini. Sekejap senyum sekejap muncung sedepa sebab keinginannya tak tercapai. Matanya memandang ke atas pokok. Dia nak naik pokok tapi Encik Suami tak benarkan. Puaslah memujuk supaya senyum!
Lepas tu cari pasal lagi.
Bila ditanya, katanya Baba suruh buang daun teh yang dikulumnya! Daun teh itu ada dalam ais krimnya!
Kami mengambil masa beberapa minit untuk melihat-lihat kotej yang pernah kami tumpangi beberapa tahun lalu. Bonda pun pernah kami bawa jejak kaki ke sini sekitar tahun 2008 dan 2009. Kemudian Bonda tidak lagi berkunjung ke Sabah kerana keuzurannya.
Rasa sayu pula melihat kawasan kotej yang seakan-akan sudah tidak terjaga seperti dahulu. Papan tanda di hadapan pagar juga sudah tidak ada.
Ini gambar 4 tahun yang lalu ketika kami menginap di sini, kotej yang sama dengan gambar di atas. Firdaus pun dah tak mahu senyum lagi ketika bergambar.
Wajah Firdaus, Fairuz dan Fuad 4 tahun tahun lalu. Ketika ini Abang Farid di Kolej Matrikulasi Labuan. Jadi, tidak dapat bersama kami.
9 comments
Nampak menarik tempatnya
BalasPadamcantiknya sabah. bilalah nak sampai sana.. ♕Tiara Sapphire♕
BalasPadamTiara,
PadamPasang hasrat, in shaa Allah akan sampai suatu hari nanti.
cantik betul kak.... biasa tengok yang CH je ini kalau yang kundasang pun cantik sangat... nampak memang takde orang sangat ye kak... kenapa takde gambar terbaru bujang-bujang yang lain kak? aiskrim teh tu sedap betul nengokya
BalasPadamDana,
PadamTempat2 kunjungan ramai di sekitar Kundasang masih ada yang belum dibuka kepada umum.
Semasa ke ladang teh ini bujang2 kami tarik selimut sambung tidur di homestay heheeee... Tu pasal tak ada muka mereka di sini.
Tenom Black Coffee dan Sabah Tea Tarik Pandan tu menarik bunyinya. wat tan hor tu pun nampak sedap.
BalasPadamkalau dapat naik jambatan gantung tu mesti best viewnya kan...
Cik Tk,
PadamDua hari kemudian sebelum kami balik LD, kami singgah lunch di sini. Anak2 sempat naik jambatan gantung tu.
subhanaallah cantiknya alam ciptaan Tuhan di bumi Sabah ni
BalasPadamBestnya sabah. bilalah nak sampai. suka tengok view sabah yang menghijau. teh sabah pun sedap.
BalasPadam