Makan Tengah Hari di Rasa Borneo Cafe
9:31 PTGTengahari tadi sempat makan tengahari berdua dengan Encik Suami di Rasa Borneo Cafe yang terletak di Bandar Seri Perdana. Ruang cafe ini kecil sahaja tetapi dekorasinya nampak menarik. Ada pelbagai menu yang ditawarkan termasuk menu kampung Boleh klik di sini untuk lebih lanjut : Rasa Borneo Cafe
Sementara menunggu pesanan tiba, tangkap gambar dahulu suasana di dalam kafe.
Selalu nampak menu ikan baulu tanpa tulang lalu lalang di FB. Jadi nak cubalah rasa. Katanya ikan baulu tanpa tulang ini menu paling laris di kafe ini. Kadang-kadang ikan baulu dieja 'bolu' dan ini merupakan panggilan tempatan. Ada yang kata 'bolu' ini daripada bahasa Bugis. Ikan bolu atau baulu ini dikenali juga dengan nama ikan susu atau milkfish yang banyak tulang tu. Orang Filipina sebut ikan bangos. Saja sebut Filipina sebab tempat kami ini dekat dengan Kepulauan Filipina. Kalau di Indonesia, ikan bolu dikenali dengan nama bandeng.
Sebelum hidangan tiba, basahkan tekak dengan mango sunny terlebih dahulu.
Nasi bersama ikan baulu goreng tanpa tulang pun tiba.
Besar juga saiz ikan bolu goreng ini.
Seperti biasa set hidangan ini didatangkan bersama semangkuk kecil sup kosong. Selain ikan bolu goreng garing bersama acar, terung goreng dan sambal tomato, disertakan juga sekeping keropok papadom di atas nasi putih. Memang puaslah meratah seekor ikan bolu goreng garing tanpa tulang!
Encik Suami pula memilih set nasi bersama ayam geprek. Berpeluh-peluh Encik Suami menghabiskan hidangannya. Katanya sambalnya sedap tapi sangat pedas!
Lain kali boleh datang untuk mencuba menu yang lain pula!
8 comments
Tak jumpa lagi, ikan bolu tanpa tulang kat sini..
BalasPadamSelamat menjamu selera
BalasPadamNampak sedap menunya
bsr saiz ikannyaaa puas mkn ni
BalasPadamSyok sungguh dapat makan ikan garing tanpa tulang tu. Takde gangguan :D
BalasPadamair nya tu kak oi menggoda, dengan bekar besar gitu...
BalasPadamikan tu nampak garing betul mesti sedap meratah tu
Krup krap, krup krap..ratah ikan goreng garing..sambal dia pun nmpk sedap..the winner is mango sunny..mengancam hbs..
BalasPadamSedapnya 😋
BalasPadamManggo Sunny dia tu memang terbaiklah. Tengok je dah nampak sedap dah. Ikan baulu tu first time dengar kak. Banyak nama makanan yang first time dengar :)
BalasPadam