Jalan-Jalan Cari Makan di Lepak's Corner
6:44 PTGBila ada perancangan nak jalan-jalan beberapa hari, mulalah kurang rajin nak masuk dapur sehari dua ni..... ahaks! Mula-mula nak bawa Fairuz untuk makan tengahari bersama, tapi Fairuz kata dia ada tugasan yang perlu disiapkan bersama kumpulannya. Jadi, hanya berdua bersama Encik Suami sajalah makan di Lepak's Corner yang terletak di Perdana Square, Bandar Sri Perdana: DI SINI
Jom basahkan tekak dengan cendol biasa.
Rasanya manis-manis manja. Encik Suami suka rasa begini.
Banyak juga pilihan menu di sini. Selain masakan tempatan, ada juga menu western. Bila terpandang ada menu ikan bolu tanpa tulang, kita pun tak fikir dua kali. Terus order! Isshhh....issshhhhh! Tak boleh nampak ikan bolu goreng tanpa tulang rupanya kita ni! Tiba-tiba teringin nak hirup kuah tom yam. Jadi, pesanlah satu mangkuk seafood tom yam.
Set nasi dengan ikan bolu goreng tanpa tulang yang baru digoreng tiba di meja kami. Ada sambal, beberapa keping tempe goreng dan keropok bawang.
Kita terbalikkan ikan bolu..... sedapnya! Tempe goreng yang bulat-bulat tu nampak comel. Sedap! Sambalnya pun sedap, tak pedas sangat. Rasanya sambal ini sambal cili padi campur tomato dan udang. Oleh kerana sudah banyak kali Amie paparkan ikan bolu ketika makan di restoran, bukan bermakna hidangan ini ada di kebanyakan restoran tau. Cumanya, kalau kebetulan masuk restoran, dan terjumpa menu ikan bolu goreng tanpa tulang, memang Amie tak lepaskan peluang untuk memesannya! Tanpa disedari, rupanya Amie ini peminat ikan bolu!
Sewaktu Amie pesan ikan bolu goreng tanpa tulang, Encik Suami mengingatkan : Kata tadi nak makan western food. Kita jawab: Lupakan dulu. Nak makan ikan bolu...hiks!
Jadi, Encik Suami seoranglah yang pesan western food: Chicken Chop Duo Platter. Kalau ada Fairuz memang ada gang makanlah sebab Fairuz pun suka menu western.
Sekian, perkongsian tempat makan di Bandar Sri Perdana, bandar baru yang tidak sampai pun 500 meter jaraknya dari taman perumahan kami. Kalau tersesat di sini, bolehlah singgah rumah kami.
9 comments
Teringinnya ikan bolu..comel tempe bentuk mcm tu..
BalasPadamSedap2 hidangannya
BalasPadamIkan bolu pun nak, western food tu pun nak...dua2 nampak sedap 😋
BalasPadamRasanya ada dijual frozen bolu tanpa tulang nie, nanti boleh cari kat shopee....hahaha panasaran kita tengok akk asyik makan ikan bolu tanpa tulang tu...hiks.
BalasPadamsemua sedap sis. prensentation tuk tempe bulat2 tu comel sgt, 1st time tgh org buat camtu, biasa potong segi 4 saja
BalasPadamTengok menu-menu tu terus rasa lapar
BalasPadamIkan bolu...ada nama lain kut kt tempat lain..saya tak pernah dgr hehe
BalasPadamtak pernah lagi dengar lagi ikan bolu ni kak, biasa makan kuih bahulu je haha
BalasPadamSedap sedap semua menu. Suka pergi kedai makan yang ada menu western sekali. Banyak pilihan sikit kan.
BalasPadam