Kundasang - Lahad Datu : Singgah Makan Tengah Hari di Sabah Tea Restaurant
4:41 PTGTerima kasih untuk teman travel, Kamsiah kerana membantu merealisasikan percutian kami dengan berkongsi info penginapan di Cinta Villa. Apakan daya, masa tidak mengizinkan untuk kami berlama-lama di Kundasang. Moga suatu hari nanti kami dapat bercuti lagi di tempat sejuk ini. Sekarang kami dalam perjalanan pulang. Encik Suami ingin mengisi minyak kereta. Sekali lagi kami terpaksa berhadapan dengan kesesakan lalu lintas di Ranau. Tiga buah stesyen minyak yang kami masuki tidak boleh beroperasi. Bekalan elektrik terputus! Akibatnya pelbagai jenis kenderaan bersusun di sepanjang jalan yang entah berapa kilometer jauhnya! Terakhir, kami tawakal untuk terus maju ke hadapan sebelum melepasi Poring. Syukurlah! Stesyen minyak PETRONAS beroperasi sepenuhnya, tetapi terpaksa bersusun sekali lagi menanti giliran! Jam menunjukkan angka 12:30 tengahari. Setelah mengisi minyak kereta, kami terus menuju ke Ladang Teh Sabah. Perut pun sudah mula berkeroncong meminta nasi! Anak buah pun sudah beberapa kali telefon Encik Suami mengatakan mereka sudah berada di restoran.
Bergambar kenangan dengan anak-anak buah sebelah Encik Suami yang kebetulan bercuti di Kundasang.
Sewaktu hidangan lengkap tiba di meja kami, anak-anak buah sudah beransur meninggalkan meja makan kerana mereka telah selesai menikmati hidangan masing-masing.
7 comments
Best jln2 mcm ni kan Amie. Nasib baik dekat je jarak dgn stesen myk. Risau juga kan takut kering myk tempat kita x biasa
BalasPadamsedapnya tengok menu tu... terasa lapar plak... hehe
BalasPadamjauhnya lebih kurang macam kami nk ke CH jugak lah ye kak... jalan yang berliku2...
BalasPadamaduh sedapnya semua menu yang di hidangkan tu kak oi... lagi best bila di belanja pulak dengan anak buah kan... lagi bertambah best
Teringin untuk meronda borneo lg...
BalasPadamAlhamdulillah.. tercapai hasrat bermalam di CVH..blh datang lg.. book awal2 4h3m nx trip ..he2
BalasPadamkak salami n family yg owesome..
Debar rasa kalau bab tak dapat isi minyak ni. Mujur dapat juga kan..
BalasPadamMenunya semua menggoda sungguh!
Sedap nampak aiskrim teh sabah tu. eh dik, memang tak kelat ke apa daun teh tu?
BalasPadam