Hiking di Taruakan Hill Pulau Sakar

9:48 PTG

Tak disedari, masa berlalu begitu pantas!
Tiba-tiba sudah masuk bulan Ogos!
Tak sempat nak siapkan entri aktiviti Julai 2020!



Cerita minggu lepas, beraktiviti daki bukit di Pulau Sakar.
Setelah sekian lama berPKP dan berPKPB, eloklah bawa-bawa berjalan keluarkan peluh. Bolehlah bakar sedikit lelemak yang diternak sepanjang tempoh serangan Covid-19 yang masih juga belum berakhir ini!

Alhamdulillah.
Syukur kepada Allah, dapat kawan-kawan sebumbung yang sporting dan memang kaki jalan...hiks! Terima kasih Akmi kerana mengurus aktiviti singkat pada hari Sabtu 27 Julai 2020 lepas. Kali ini kami seramai 9 orang dewasa, dan seorang kanak-kanak comel si Firah sekali lagi belayar ke Pulau Sakar yang letaknya hanya kira-kira 15 minit perjalanan dengan menaiki bot dari jeti Lahad Datu. Sebelum ini, pada tahun 2017 kami pernah berkunjung ke pulau ini. Boleh klik di sini: Jalan-Jalan ke Pulau Sakar

Pakej kami ini sangat murah! Boleh klik di sini untuk maklumat lanjut: Taruakan Hill Pulau Sakar
Bayaran pakej yang dikenakan hanya RM30 sahaja.
Perjalanan ke Taruakan Hill, Pulau Sakar:
-       Mini Jeti Pangkalan Lahad Datu 
- Menaiki Bot selama 15 Minit 
- Tiba di jeti Kampung Taruakan
-       Pendaftaran dan periksa suhu badan
- Sesi taklimat latar belakang Perkampungan dan Taruakan Hill 
- Meninjau kawasan perkampungan 
- Pendakian dimulakan mengikut Laluan 01 atau Laluan 02 ( landai / curam) 
- Selesai pendakian sejauh lebih kurang 500 meter dari aras laut 
- Rehat dan bersantai 
- Aktiviti riadah (melihat ternakan ikan milik orang kampung )
-       Makan tengahari
- Kembali ke Jeti Lahad Datu
 
Doa memulakan perjalanan dibaca oleh Akmi.

Lebih kurang pukul 8 pagi, bot meluncur laju ke arah Pulau Sakar.


Langit biru, air laut pun ikut menjadi biru!

Berpapasan dengan bot penumpang dari Pulau Sakar menuju ke daratan Lahad Datu.

Mematuhi SOP.
Setibanya di jeti Pulau Sakar, kena daftar nama dan ambil suhu.

Sempat bergambar dengan ketua kampung dan isteri.


Suasana rumah di atas air di sekitar Kampung Taruakan. 


Kami tidak menunggu lama untuk memulakan pendakian. Dua orang anak muda menjadi juru pandu. Setiap seorang juru pandu (guide) ditugaskan menjaga 5 orang peserta.

Huurrmmm... lama sangat menyimpan kaki!
Kali ini kena lasak sikit!
Ayuh!
Mulakan langkah dengan kaki kanan.
Bismillah. 
Moga selama mendaki bukit dan selamat turun bukit.
Tak tinggi mana pun... setakat 500 meter sahaja.
Kami memilih laluan landai sahaja.
Sewaktu turun bukit, sebahagian daripada kami ikut laluan curam bersama seorang guide.



Sesekali toleh ke belakang, melihat pemandangan tepi laut.

Kira macam jungle trekking jugalah kan!

Tak ada pacat seperti waktu kami jungle trekking di Hutan Simpan Lembah Danum atau di Hutan SimpanTeliwas.

Perjalanan santai-santai sahaja.





Apabila akan menghampiri puncak, barulah laluan agak curam sedikit.



Gunung Kinabalu sudah kita di daki, Maragang Hill, Gunung Silam, Bohey Dulang pun sudah dilalui!
Jadi, nampak macam kacang sajalah pendakian kali ini kan gang....ahaks!
Yang sudah taubat tak mahu hiking lagi tu sebanrnya taubat sambal belacan saja tu!


Inilah antara pemandangan dari puncak Taruakan Hill.





Berpeluh-peluh juga mendaki sejauh 500 meter dari bawah!
Terbakarlah juga sedikit kalori!



Selamat tiba di puncak Taruakan Hill!



Mari bersantai-santai dulu di puncak Taruakan Hill sambil menikmati angin laut!



                      

                      


Selamat memanjat pokok Akmi & Misa!

Kami turun dari atas bukit, dan berpapasan dengan kumpulan lain yang baru naik mendaki. Kemudian kami singgah di rumah (dalam gambar) untuk qada' hajat dan juga membeli minuman.

Setelah keluarkan tenaga, memang nikmat sungguh hirup minuman sejuk ini!

Sementara menunggu kawan-kawan yang lain tiba, kami makan dulu bekalan makanan ringan yang dibawa.

Kemudian kami melihat-lihat ikan keratang di dalam sangkar.


Ikan keratang ini nampak agresif!

Kami tidak bawa makanan ikan!
Ikan-ikan keratang ini hanya makan anak ikan sahaja!

Bila dicampakkan makanan selain ikan, pada mulanya ikan-ikan ini berebut untuk makan tetapi kemudian apabila dicampakkan lagi, si keratang tak mahu layan dah.... ahaks!

Nampak macam lapar dengan mulutnya yang menganga tu!

Ada ikan bilis kopek dijual di sini. Harganya sangat murah. Kalau nak tahu berapa RM untuk sekilogram, kenaah datang ke sini... hiks!
Tidak lama kemudian, hidangan makan tengahari pun sampai.

Antara lauk yang dihidangkan termasuklah ikan tongkol bakar sumbat kelapa. 
Sedapnya!
Memang rasanya sangat sedap sebab kita pun memang suka ikan cencaru sumbat kelapa! Bila dihidangkan ikan tongkol sumbat kelapa, terfikir pula kenapa tak pernah buat sebelum ini!

Ada kerabu rumpai laut.

Ada sambal belacan dengan mangga.

Dan juga sayur terung tumis pedas dengan belacan.

Di bawah sayur terung rupanya bersembunyi ikan basung!

Hidangan makan tengahari kami dilengkapi dengan nasi putih dan minuman sejuk.
Jom makan.
Bismillah.

Sedap meratah lauk saja!

Alhamdulillah.
Kenyang sungguh!
Rasa macam tak larat untuk melangkah masuk ke bot.
Dengan tiupan angin laut yang nyaman, memang boleh terpejam mata dibuatnya!


Sebelum berangkat ke darat, ambil dahulu gambar buat kenang-kenangan.




Wokey!
Masa untuk pulang!






Bila sampai ke darat, perut lapar semula!
Jom kita basahkan tekak dan cari kudap-kudapan!

Maka kalori yang baru dibuang di atas bukit pun terkumpul kembali....ahaks!
Memang tak sanggup nak tolak Mangi Sago yang sedap ni!



Nanti kita bakar kalori lagi ye!
Sekarang kita nikmati dahulu desserts yang sedap-sedap nih!

Kononnya perut dah penuh, dah kenyang sangat makan tengahari di Pulau Sakar... kah! Belum pun pukul 1 tengahari, sudah isi perut lagi  hihihiiiiii!

Popia inti ayam ini memang sedap!

Pisang goreng cheese pun sedap juga!

Kalau nak tahu inilah sanggar pappe' iaitu sejenis makanan tradisional masyarakat Bugis.
Pisang  digoreng, kemudian ditumbuk bagi leper dan digoreng semula hingga garing.  Makan dengan sambal khas.

                           
Sekian.
Coretan kenangan bersama rakan-rakan sewaktu Hiking di Taruakan Hill Pulau Sakar.


5 comments

  1. Wah.. menu semua best2! Teringin nak rasa kerabu rumpai laut tu..

    BalasPadam
  2. Kumpul kenangan sebelum pindah.Nanti jgn lupekn sy

    BalasPadam
  3. Seronoknya Amie! Hiking...kawan2..makan2.
    Untung duduk di Sabah, kaya dengan khazanah alam indah.

    BalasPadam
  4. bestnya hiking dengan kawan-kawan. rindu betul bau hutan. pulau di sabah ni semua cantik cantik. untung orang sabah dapat menikmati permandangan alam semulajadi yang cantik.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe