Pucuk Ubi Masak Lemak dengan Tempe
4:13 PTGMommy berehatlah. Biar kami masak. Memang rasa sangat sejuk jiwa dan kalbu bila mendengar Fuad dan Fairuz berkata begitu. Maka kelentang-kelentunglah dua anak bujang ini di dapur bersilat dengan sudip dan senduk. Pandai pula membahagi tugas. Seorang masak lauk sama ada ikan atau ayam, dan seorang lagi masak sayur. Lepas makan, seorang cuci pinggan mangkuk dan seorang lagi kemas meja makan.
Hari ini tidak berbunyi kelentang kelentung seperti biasa. Fuad sudah berada di bumi Johor. Fairuz mengulangkaji pelajaran bersama kawan-kawannya. Selepas solat Asar, Encik Suami bergegas keluar untuk mengambil Firdaus pulang dari sekolah. Rutin harian berulang kembali. Kami baru sahaja menikmati makan tengahari (lewat) merangkap makan malam bersama Encik Suami. Masak seadanya sahaja, asalnya boleh mengenyangkan. Amie masak lada putih ikan layar dan tumis bunga kates (bunga petik). Tak kongsi resepi kedua-dua resepi itu, sebab dah selalu sangat paparkan dalam dapur maya ini.
Terpandang gambar Pucuk Ubi Masak Lemak dengan Tempe dalam folder! Gambar masakan ini Amie ambil sebelum sambutan Aidil Adha. Eloklah dijadikan entri untuk perkongsian kali ini. Waktu kecil dahulu, memang masakan beginilah yang selalu Bonda hidangkan. Masak lemak putih sahaja, tanpa warna kuning dari kunyit, tanpa rasa pedas cili padi! Kuah masak lemak pucuk ubi ini Bonda akan gaul dengan nasi, dan suap adik!
4 comments
Pebret wak ni
BalasPadamtapi jangan letak petailah.
sedapnya amie :)
BalasPadamwahh tak pernah tengok bentuk tempe bulat memanjang macam ni. Biasa nampak yang leper je kat semenanjung. Pucuk ubi masak lemak dengan tempe pun hidangan yang tak pernah tengok apatah lagi makan.
BalasPadamSaya suka masak lemak pucuk ubi kaler kuning...boh ikan bilis,atau udang,ataupun ikan pekasam
BalasPadam