Ikan Sardin Masak Lemak Cili Padi & Nasi Beras Wangi Keladi

4:10 PTG

Petang Jumaat yang cerah.....
Cuaca masih panas, berpeluh dan melekit....
Satu hari mandi 3 hingga 4 kali....
Firdaus tidur malam tak pakai baju.... walaupun ada penghawa dingin tapi panas tetap menyengat!
Alhamdulillah.... ujian sangat kecil ini adalah satu rezeki.... peringatan daripada-Nya supaya kita sentiasa mensyukuri setiap nikmat yang diberikan oleh-Nya.
Marilah kita sentiasa menjadi hamba-Nya yang tahu dan pandai bersyukur.


Alhamdulillah.... hidangan tengahari yang memang sentiasa lewat hingga menjelang pukul 3 petang! Masakan yang ringkas tapi rasanya cukup menyelerakan, terutama sekali di saat perut sedang menyanyikan lagu keroncong. Lama dah sebenarnya berangan nak masak Ikan Sardin Lemak Cili Padi tapi setiap kali beli ikan sardin, lain jadinya. Biasanya tumis begitu saja dengan bawang dan kentang. Atau kalau ada roti terus saja bubuh mayonis dan hancurkan untuk dijadikan inti roti. Kali ini memang nekad dah nak masak lemak p-edas-pedas sebab dah lama teringin....!


Kebetulan pulak ada Beras Wangi Keladi @ Beras Huma @ Bukit yang masih belum terusik. Amie cuba masak sedikit, dan rasanya .... kalau masak nasi dagang memang terangkat! Bagi sesiapa yang belum pernah melihat Beras Wangi Keladi bolehlah lihat rupa parasnya di bawah ini:


Masaklah seperti masak nasi biasa tapi tak boleh bubuh air banyak, takut nanti jadi terlalu lembik. Untuk Lauknya pula, bolehlah lihat di bawah ini.


Resepi : Ikan Sardin Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan:
1 tin sardin - saiz besar - 5 keping ikan - toskan sosnya
200ml santan pekat
5 batang kacang panjang - potong serong
2 biji tomato - belah 2
1 batang serai - dititik
1 labu bawang besar - mayang kasar
1 sudu teh pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
garam / gula / perasa pilihan
minyak

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
20 biji cili padi
2 cm kunyit hidup
sedikit belacan

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang besar hingga layu.
2. Masukkan kesemua bahan tumbuk dan tumis hingga naik bau. Tambahkan air asam jawa.
3. Masukkan kacang panjang. Gaul sebati hingga kacang panjang berubah warna. 
4. Masukkan santan pekat, diikuti dengan ikan sardin serta tomato.
5. Perlahankan api dapur dan masak sehingga kuah mula mendidih.
6. Kacau sekali-sekala dan perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.



15 comments

  1. tak pernah lagi ummi makan ikan sadin masak lemak cili padi, nanti nak cuba juga masak macam ni, insyaAllah.

    BalasPadam
  2. tak pernah lagi ummi makan ikan sadin masak lemak cili padi, nanti nak cuba juga masak macam ni, insyaAllah.

    BalasPadam
  3. kaka mana nak dapt beras tu? ingat tadi akak msak nasi beras campur keladi...hehehe

    BalasPadam
  4. betullah...kesian anak tekak menahan rasa!!

    BalasPadam
  5. Salam Kak Amie..sedapnya masak lemak ni..Ikan sardine ni pun nampak besar2 jeee....

    he he he mula2 baca tadi ingatkan nasi+keladi...Rupanya nama padi huma...macam beras nasi dagang

    BalasPadam
  6. Suzana,
    ha... tu laaa saya pun cadang nanti nak buat nasi dagang pulak.

    Ummiross,
    silakan Ummi... sesekali ubah selera pulak ye.

    Nasa,
    Beras tu kami beli di Kundasang.

    BalasPadam
  7. Ita,
    jemput Ita... sedap ni makan tengahari, berpeluh2!

    Siti,
    jemput ye...

    Sue,
    kakak gunakan tin saiz besar, sebab dah tahu kalau sardin mesti laku punya!

    BalasPadam
  8. x pernah buat lg,tp nampak sedap je,nak try nanti..

    BalasPadam
  9. Salam Amie...memang sedap ikan sadin masak lemak cili padi nie..
    Dulu selalulah mama buat...tapi skrg, mama dah xmkn ikan sadin dlm tin dah...semenjak dengo macam2 cerita tentang ikan sadin dlm tin nie....huhuhu

    BalasPadam
  10. saya da masak buat iftar. suami mrmang minat sardin. saya hanya boleh makan jika soa tomato dari tin dibuang.
    sedap la. habis susmi makan. tambah nasi 3x.

    BalasPadam
  11. saya da masak buat iftar. suami mrmang minat sardin. saya hanya boleh makan jika soa tomato dari tin dibuang.
    sedap la. habis susmi makan. tambah nasi 3x.

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum
    Nak tanya utk masak beras jenis ni perlu direndam ke?

    BalasPadam
  13. Marlina,
    waalaikumussalam... tak perlu rendam, masak macam nasi biasa.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe