Petang Jumaat yang cerah.....
Cuaca masih panas, berpeluh dan melekit....
Satu hari mandi 3 hingga 4 kali....
Firdaus tidur malam tak pakai baju.... walaupun ada penghawa dingin tapi panas tetap menyengat!
Alhamdulillah.... ujian sangat kecil ini adalah satu rezeki.... peringatan daripada-Nya supaya kita sentiasa mensyukuri setiap nikmat yang diberikan oleh-Nya.
Marilah kita sentiasa menjadi hamba-Nya yang tahu dan pandai bersyukur.
Cuaca masih panas, berpeluh dan melekit....
Satu hari mandi 3 hingga 4 kali....
Firdaus tidur malam tak pakai baju.... walaupun ada penghawa dingin tapi panas tetap menyengat!
Alhamdulillah.... ujian sangat kecil ini adalah satu rezeki.... peringatan daripada-Nya supaya kita sentiasa mensyukuri setiap nikmat yang diberikan oleh-Nya.
Marilah kita sentiasa menjadi hamba-Nya yang tahu dan pandai bersyukur.
Alhamdulillah.... hidangan tengahari yang memang sentiasa lewat hingga menjelang pukul 3 petang! Masakan yang ringkas tapi rasanya cukup menyelerakan, terutama sekali di saat perut sedang menyanyikan lagu keroncong. Lama dah sebenarnya berangan nak masak Ikan Sardin Lemak Cili Padi tapi setiap kali beli ikan sardin, lain jadinya. Biasanya tumis begitu saja dengan bawang dan kentang. Atau kalau ada roti terus saja bubuh mayonis dan hancurkan untuk dijadikan inti roti. Kali ini memang nekad dah nak masak lemak p-edas-pedas sebab dah lama teringin....!
Kebetulan pulak ada Beras Wangi Keladi @ Beras Huma @ Bukit yang masih belum terusik. Amie cuba masak sedikit, dan rasanya .... kalau masak nasi dagang memang terangkat! Bagi sesiapa yang belum pernah melihat Beras Wangi Keladi bolehlah lihat rupa parasnya di bawah ini:
Masaklah seperti masak nasi biasa tapi tak boleh bubuh air banyak, takut nanti jadi terlalu lembik. Untuk Lauknya pula, bolehlah lihat di bawah ini.
Bahan-bahan:
1 tin sardin - saiz besar - 5 keping ikan - toskan sosnya
200ml santan pekat
5 batang kacang panjang - potong serong
2 biji tomato - belah 2
1 batang serai - dititik
1 labu bawang besar - mayang kasar
1 sudu teh pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
garam / gula / perasa pilihan
minyak
Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
20 biji cili padi
2 cm kunyit hidup
sedikit belacan
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang besar hingga layu.
2. Masukkan kesemua bahan tumbuk dan tumis hingga naik bau. Tambahkan air asam jawa.
3. Masukkan kacang panjang. Gaul sebati hingga kacang panjang berubah warna.
4. Masukkan santan pekat, diikuti dengan ikan sardin serta tomato.
5. Perlahankan api dapur dan masak sehingga kuah mula mendidih.
6. Kacau sekali-sekala dan perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
nampak macam nasi dagang!...
BalasPadamtak pernah lagi ummi makan ikan sadin masak lemak cili padi, nanti nak cuba juga masak macam ni, insyaAllah.
BalasPadamtak pernah lagi ummi makan ikan sadin masak lemak cili padi, nanti nak cuba juga masak macam ni, insyaAllah.
BalasPadamkaka mana nak dapt beras tu? ingat tadi akak msak nasi beras campur keladi...hehehe
BalasPadamFuh!...kecur liur!..
BalasPadambetullah...kesian anak tekak menahan rasa!!
BalasPadamSalam Kak Amie..sedapnya masak lemak ni..Ikan sardine ni pun nampak besar2 jeee....
BalasPadamhe he he mula2 baca tadi ingatkan nasi+keladi...Rupanya nama padi huma...macam beras nasi dagang
Suzana,
BalasPadamha... tu laaa saya pun cadang nanti nak buat nasi dagang pulak.
Ummiross,
silakan Ummi... sesekali ubah selera pulak ye.
Nasa,
Beras tu kami beli di Kundasang.
Ita,
BalasPadamjemput Ita... sedap ni makan tengahari, berpeluh2!
Siti,
jemput ye...
Sue,
kakak gunakan tin saiz besar, sebab dah tahu kalau sardin mesti laku punya!
x pernah buat lg,tp nampak sedap je,nak try nanti..
BalasPadamSalam Amie...memang sedap ikan sadin masak lemak cili padi nie..
BalasPadamDulu selalulah mama buat...tapi skrg, mama dah xmkn ikan sadin dlm tin dah...semenjak dengo macam2 cerita tentang ikan sadin dlm tin nie....huhuhu
saya da masak buat iftar. suami mrmang minat sardin. saya hanya boleh makan jika soa tomato dari tin dibuang.
BalasPadamsedap la. habis susmi makan. tambah nasi 3x.
saya da masak buat iftar. suami mrmang minat sardin. saya hanya boleh makan jika soa tomato dari tin dibuang.
BalasPadamsedap la. habis susmi makan. tambah nasi 3x.
Assalamualaikum
BalasPadamNak tanya utk masak beras jenis ni perlu direndam ke?
Marlina,
BalasPadamwaalaikumussalam... tak perlu rendam, masak macam nasi biasa.