Ayam Masak Kari Pakistan
9:22 PTG
Bila melihat seekor ayam bulat depan mata, tiba-tiba teringat resepi Ayam Masak Kari Pakistan yang pernah Amie cuba hasil ehsan kiriman suara dari orang jauh... Kak Maria Hakem nun di Cardiff! Memang sedikit pun tak rasa muak disebabkan tiada penggunaan santan atau sebarang susu cair, cuma lebihkan bawang besar dengan tomato dan masak sampai hancur lunyai!
Kali ini Amie cuba kurangkan penggunaan daging ayam tapi tetap gunakan kuantiti bahan masakan lain yang sama sebab Amie ingin lebihkan kuah untuk dicicah dengan roti!
Resepinya bolehlah klik DI SINI. Ramai teman blogger sudah mencuba resepi ini, dan bukannya hanya sekali malah ada yang sampai dua atau tiga kali! Maknanya memang sedaplah tu kaaannn.... sekali lagi terima kasih buat Kak Maria Hakem... moga tambah-tambahlah rezeki di negara orang ye Umie Maria cayaaaang!
Resepi : Ayam Masak Kari Pakistan
Sumber : Kak Maria Hakem
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong 16 bahagian - kali ini Amie gunakan 1/2 ekor ayam sahaja (1kg)
4 biji bawang besar - cincang
4 biji tomato merah - cincang
1 sudu makan halia kisar
1 sudu makan bawang putih kisar
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk ketumbar
2 cawan air
garam
1/2 cawan minyak
garam masala - jika suka (tak bubuh pun tidak apa - Amie tidak bubuh)
hirisan cili padi dan daun ketumbar untuk hiasan
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar cincang hingga kekuningan.
2. Masukkan tomato cincang dan teruskan tumisan hingga sebati.
3. Tambahkan halia dan bawang putih kisar, serbuk cili serta serbuk kunyit.
4. Kacau hingga sebati dan masukkan air. Biarkan bahan tumisan masak sehingga bawang dan tomato hancur. (Menurut Kak Maria, menumis bahan ini boleh memakan masa selama 1 jam!)
5. Masukkan ayam dan gaul rata.
6. Tidak perlu tambah air kerana daging ayam akan mengeluarkan air. Perasakan dengan garam (Amie tambah sedikit serbuk pati ayam).
7. Kacau sebati dan masak sehingga kuah kering. (sebaiknya jangan sampai kering).
8. Hidangkan bersama taburan cili padi hiris dan daun ketumbar.
Akhirnya tertunailah hajat hati nak makan roti cicah sama Ayam Masak Kari Pakistan! Kata Encik Suami: Terima kasih! Masakan ni sedap!
3 comments
Memang sedap masakan ni, cuma kena sabar tggu bawang hancur tu...tp rasanya memang hebat
BalasPadamjauhnya resepi tu berjalan...dr cardiff yer kak...he he he...pasni nak kena try la buat kalau akak kata sedap....selalunya ayam ni fiza masak kicap @ sambal tumis...kicap @ sambal tumis...yg tu jer...sbb anak2 fiza kalau masak pelik2 sikit susah diaorg nak habiskan....pasni nak try lah kak...fiza ambik ye resepinye....tks kak....
BalasPadamwaa nampak best ni, insyaAllah boleh cuba juga ni Amie..
BalasPadam