Bunga Betik Masak Lemak Cili Padi

9:58 PTG

Amie mula belajar masak dan makan sayur dari pokok betik semenjak berkahwin dengan Encik Suami. Rupa-rupanya banyak kegunaan buah betik muda, mengkal, pucuk betik sehinggalah ke bunga betik. Biasanya keluarga Encik Suami masak pucuk betik serta bunganya bercampur dengan jantung pisang serta pucuk ubi, disatukan menjadi sayur lodeh! Rasanya Amie belum pernah kongsikan resepi masak sayur lodeh cara keluarga sebelah Encik Suami dalam blog. In shaa Allah, ada kesempatan Amie akan paparkan juga. 
Suatu ketika dulu Amie pernah paparkan resepi bunga betik masak tumis dengan udang kering, dan kali ini Amie kongsikan pula resepi Bunga Betik Masak Lemak Cili Padi. Bagi yang kurang suka rasa pahit bunga betik, bolehlah rebus dengan asam keping atau daun senduduk, tapi Encik Suami lebih suka rasa pahitnya... jadi Amie celur saja dalam air mendidih. Maklumlah.... yang pahit itu boleh jadi ubat, hilang atau kurang pahitnya tentulah khasiatnya juga ikut pergi!


Resepi : Bunga Betik Masak Lemak Cili Padi
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 cekak tangkai bunga betik - lurutkan bunganya dari tampuk - celur seketika dan toskan airnya
2 cawan pati santan
1 sudu teh serbuk kunyit
1 batang serai - diketuk
garam / perasa pilihan

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
 5 biji bawang merah
15 biji cili padi - boleh tambah atau kurangkan ikut pedas yang dikehendaki
1 genggam udang kering - rendam hingga kembang

Cara:
1. Satukan bahan tumbuk bersama serai, serbuk kunyit, dan pati santan serta bunga betik di dalam periuk.
2. Masak dengan api sederhana panas.
3. Setelah kelihatan buih-buih halus di tepi periuk, kacau selama 2-3 minit.
4. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
5. Padamkan api dapur.


11 comments

  1. assalam k.amie
    pertama tgk masak lemak bunga betik ni,nampak sedapplah
    biasa jg makn tp yg wat kerabu. walaupun pahit2 tp sedap dan bagus utk kesihatan
    mak kat kg memang pantang nampak bunga betik jsntsn ni mesti ambik rebus

    BalasPadam
  2. Saya pun banyak baca tentang khasiat bunga serta pucuk betik tp tak pernah cuba masak. Yang pasti saya suka akan buah betik yg dah masak. Terutama betik solo..!

    BalasPadam
  3. Yang buat tumis hari tu pun belum Kjee cuba... sekarang ada pulak masak lemak kuning. Suka suka suka.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum amie selalu yg Uj tau betik mengkal dibuat tumis air @ msk lemak cili padi.Sekrg baru Uj tau bunganya pun bole dibuat gulai jugak...tksih diatas perkongsian resepi...menarik...;)

    BalasPadam
  5. Salam K.Amie....sedap bunga betik ni walaupun apa cara masakannya. Rebus cicah dengan sambal saja pun dah sedap. Pahit-pahit lemak :)

    BalasPadam
  6. Salam Amie...pertama kali tgk,,,bunga betik nie leh masak lemak cili padi...
    Belakang rumah mak banyak bunga betik nie...tapi tak tahu nak buat apa2...kalau ambil pun utk buat ulam jerr....Resipi nie mesti cb ...terima kasih Amie

    BalasPadam
  7. adik ipar saya suka benor mkn pucuk betik...

    BalasPadam
  8. memasak ni nak kena kreatif juga kan Amie, barulah pelbagai lauk pauk. Ummi memang tak pernah makan dan masak pucuk betik ni Amie, tapi nampak masakan Amie tu tersangatlah sedapnya.

    BalasPadam
  9. Suka makan kalau dimasak macam ni...berselera..

    BalasPadam
  10. sedapnya kak mie masakan kampung,
    susah nak cari lauk camni kalau bukan kita yang masak sendiri :)

    BalasPadam
  11. kalau jumpa bunga betik nak cuba masak ni...belum pernah masak bunga betik. Banyak khasiat ni

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe