Ikan Tuna Masak Sos Lada Hitam

8:48 PTG

Jumpa lagi...
Kali ini Amie kongsikan pula Ikan tuna Masak Sos Lada Hitam, lauk kegemaran Fuad. Suka sangat anak bujang kami makan nasi dengan lauk begini... sos lada hitamnya tu! Sebelum ini Amie pernah masak lauk ini DI SINI. Tapi kali ini Amie masak ringkas saja, tanpa sebarang aksesori. 


Resepi : Ikan Tuna Masa Sos Lada Hitam
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
6 keping ikan tuna - lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit
4 sudu makan sos lada hitam
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
3 ulas bawang putih - cincang
1 biji bawang besar - belah 2 dan hiris
2cm halia - hiris
1 cawan air
minyak

Cara:
1. Goreng kepingan ikan tuna hingga masak. Ketepikan.
2. Dengan menggunakan sedikit lebihan minyak bekas gorengan ikan tuna, tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga layu.
3. Masukkan sos lada hitam, sos cili, ssos tomato dan sos tiram.
4. Tambahkan air dan biarkan mendidih.
5. Masukkan ikan dan  biarkan hingga kuah memekat.
6. Tutup api dapur. Angkat dan hidangkan.


Lauk ini Amie masak kelmarin, sementara menunggu Fuad pulang dari sekolah selepas ambil keputusan PMRnya. Rupanya Fuad bersuka ria dengan kawan-kawannya dan balik sebelah petang. Jadi, sejuklah lauk ini. Dah sampai rumah ingatkan perutnya dah kenyang, rupa-rupanya habis dia bagi licin Ikan Tuna Masak Sos Lada Hitam dengan kuahnya sekali!

6 comments

  1. salam kak amie..

    nampak sedap..selalunya lauk yang ringkas ni la membuatkan menambah nasi..

    BalasPadam
  2. wahh amie nampak sodap tu..makan dengan nasi panas2 prghh !..

    BalasPadam
  3. Salam Amie,
    Air liur ku dah melimpah ruah ni Amieeeeee, sapa nak jawapppppp......huhuhu memang mengancam habisla air tangan Amie.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum amie..aduh meleleh sosnya..mmg mengamcam....klu airtgn amie kompom sedap...=)

    BalasPadam
  5. Saya kena belajar la buat kuah sos lada hitam jugak ni. Sebab bukan saya ikan, ayam pun boleh kan Amie?

    BalasPadam
  6. Salam Amie,
    saya pernah masak ikan tuna tp kenapa bau d rasanya hanyir sangat? camne nak hilangkannya? Mungkin saya guna ikan frozen kot?

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe