Jumpa lagi...
Kali ini Amie kongsikan pula Ikan tuna Masak Sos Lada Hitam, lauk kegemaran Fuad. Suka sangat anak bujang kami makan nasi dengan lauk begini... sos lada hitamnya tu! Sebelum ini Amie pernah masak lauk ini DI SINI. Tapi kali ini Amie masak ringkas saja, tanpa sebarang aksesori.
Resepi : Ikan Tuna Masa Sos Lada Hitam
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
6 keping ikan tuna - lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit
4 sudu makan sos lada hitam
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
3 ulas bawang putih - cincang
1 biji bawang besar - belah 2 dan hiris
2cm halia - hiris
1 cawan air
minyak
Cara:
1. Goreng kepingan ikan tuna hingga masak. Ketepikan.
2. Dengan menggunakan sedikit lebihan minyak bekas gorengan ikan tuna, tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga layu.
3. Masukkan sos lada hitam, sos cili, ssos tomato dan sos tiram.
4. Tambahkan air dan biarkan mendidih.
5. Masukkan ikan dan biarkan hingga kuah memekat.
6. Tutup api dapur. Angkat dan hidangkan.
Lauk ini Amie masak kelmarin, sementara menunggu Fuad pulang dari sekolah selepas ambil keputusan PMRnya. Rupanya Fuad bersuka ria dengan kawan-kawannya dan balik sebelah petang. Jadi, sejuklah lauk ini. Dah sampai rumah ingatkan perutnya dah kenyang, rupa-rupanya habis dia bagi licin Ikan Tuna Masak Sos Lada Hitam dengan kuahnya sekali!
salam kak amie..
BalasPadamnampak sedap..selalunya lauk yang ringkas ni la membuatkan menambah nasi..
wahh amie nampak sodap tu..makan dengan nasi panas2 prghh !..
BalasPadamSalam Amie,
BalasPadamAir liur ku dah melimpah ruah ni Amieeeeee, sapa nak jawapppppp......huhuhu memang mengancam habisla air tangan Amie.
Assalamualaikum amie..aduh meleleh sosnya..mmg mengamcam....klu airtgn amie kompom sedap...=)
BalasPadamSaya kena belajar la buat kuah sos lada hitam jugak ni. Sebab bukan saya ikan, ayam pun boleh kan Amie?
BalasPadamSalam Amie,
BalasPadamsaya pernah masak ikan tuna tp kenapa bau d rasanya hanyir sangat? camne nak hilangkannya? Mungkin saya guna ikan frozen kot?