Variasi Hidangan Nasi Dari Timur Tengah - FROM LYDIA's Q8 MATBAHNA AL ARABI

6:52 PTG

Assalamualaikum.
Subhanallah! Maha Suci Allah! Allah Maha Besar... dijadikannya manusia dari pelbagai suku bangsa untuk saling kenal-mengenal. Dari kepelbagaian bangsa dan etnik, wujudlah pula budaya atau cara hidup masing-masing dan dari situlah kita mengenal dan cuba memahami identiti satu-satu bangsa di muka bumi ini. Alhamdulillah, setiap apa yang berlaku dan setiap apa yang dicipta oleh-Nya semuanya mempunyai hikmahnya yang tersembunyi, dan bagi insan yang sentiasa menggunakan akal fikiran untuk merenung dan berfikir sudah tentulah dapat menilai dan mengkagumi kebesaran-Nya!

Mukadimah Amie kali ini berkaitan dengan salah seorang blogger masakan yang kaya dengan pelbagai resepi dari Timur Tengah dan kini menetap di Kuwait. Aahlan wa sahlan ya ukhti Lydia Honey.... betul ke sapaan Amie ni Lydia? Jom kita berkunjung ke Kuwait... Assalamualaikum LYDIA HONEY - FROM LYDIA's Q8 MATNAHNA AL ARABI. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi menyertai MERIAHNYA DUNIA MASAKAN dan  turut sama mewarnai dunia yang tidak bersempadan ini.

Sesekali apa salahnya kita cuba resepi pelbagai hidangan nasi dari Timur Tengah seperti paparan di bawah ini. Kalau kita sinonim dengan nasi ayam, nasi tomato, nasi kerabu, nasi dagang, dan pelbagai jenis nasi yang lain, Lydia pula cukup bermurah hati berkongsi resepi dengan pelbagai jenis masakan berasaskan nasi dari Tanah Arab. Jom kita jamu mata dengan macam-macam resepi dari hasil air tangan Lydia di  bawah ini.


REZ MA KAMUM wa JAJ ( CUMIN RICE HADRAMAUT YEMAN AND CHICKHEN)

Hidangan di atas disajikan bersama ayam bakar, salad, salsa tomato dan maraq. Apa itu maraq? Ini yang menariknya dalam blog Lydia Honey kerana dalam setiap paparan yang disajikannya, ada pelbagai istilah dan perkataan baru yang diperkenalkan. Jadi, rajin-rajinlah berkunjung ke dapurnya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.



REZ ASFAR ma KOFTA (NASI MINYAK ARAB WITH KOFTA)

Nampak sungguh unik sekali hidangan di atas ini. Menurut Lydia,  Rez Asfar ma Kofta ini popular sebagai hidangan tengahari atau ketika meraikan tetamu bagi orang-orang Syria. Kita lihat pula Lamb Kabsa .....



KABSA BIL LAHMA (LAMB KABSA)

Lamb Kabsa ini biasanya dihidangkan bersama dakous dan maraq. Ha... kita belajar lagi satu istilah... dakous! Apa tu Lydia? Oh ya! Selama ini jarang kita dengar tentang hidangan ikan di Tanah Arab, tapi Lydia sudah jawab kemusykilan ini dengan hidangan Rice with Fish Arabic Style di bawah ini!



ROZ / REZ SAYADEH  (RICE WITH FISH ARABIC STYLE)

Inilah hidangan Roz / Rez Sayadeh... yang merupakan resepi tradisional Arab Saudi. Versi asal resepi ini dari Lubnan. Apa pula nama hidangan yang seterusnya...



Ini juga Roz / Rez Sayadeh, resepinya sama seperti di atas.



ROASTED CHICKEN KABSA

Hidangan ini sangat terkenal di Saudi Arabia dan juga Arab Gulf.  Nampak sungguh lazat dengan ayam yang kilat bergolek di atasnya!




NASI BERYANI AYAM HADRAMAUT

Memang maut sungguhlah.... ayam tu berposing Lydia! Enaknya dengan taburan kacang gajusnya tu!



REZ ASFAR MA'JAJ BIL SALSA BANDORA/TOMATOM  (ARABIC YELLOW RICE WITH CHICKEN AND SALSA TOMATO)

Hidangan di atas kaya dengan rempah-rempahan dan menurut Lydia Honey  biasanya ia dihidangkan bersama salad, maraq dan plain yogurt.



REZ ASFAR MA'JAJ / DAJAJ (ARABIC YELLOW RICE WITH CHICKEN)

Hidangan nasi di atas popular dalam keluarga sebelah suami Lydia, dan Lydia memperoleh resepi ini dari Syrian SILnya. Ha... tak sabar rasanya nak perkenalkan Ouzi Lahma di bawah ni... resepi yang sungguh unik dan menarik pernah Amie jumpa!



OUZI LAHMA (LAMB OUZI)

Hidangan yang cukup istimewa ini disajikan ketika majlis perkahwinan di Syria dan dikatakan berasal dari Baladisahm atau Iraq. Apa keistimewaan Ouzi Lahma? Sebenarnya cara memasak nasinya ialah dengan memasukkan beras ke dalam seekor kambing! 



MAKLOBE' Up Side Down Chicken Rice (Syrian)

Maklobe' Up Side Down Chicken Rice merupakan hidangan yang  terkenal di Syria, Palestine, Jordan dan Lubnan!



HANITH CAMEL HADRAMAUT

Macamana agaknya rasa daging unta? Kita di sini hanya mampu melihat paparan hidangan Hanith Camel Hadramaut... he he ehhh.



MUJADARA (RICE AND LENTIL PILAF WITH CARAMELIZED ONION)

Mujadara menggunakan bahan utama termasuk nasi dan dhal / lentil  dan ditaburi dengan bawang goreng dan ia merupakan hidangan masyarakat Lubnan. Jangan lupa hidangkan bersama yogurt dan salad / hirisan bawang dan tomato.



NASI AYAM HADRAMAUT

Nasi Ayam Hadramaut ini Lydia Honey hidangkan bersama maraq dan salsa.



KHUSARI / KOSHARY / KOSHERI

Khusari atau Koshary atau juga Kosheri ini merupakan hidangan tradisi orang Egypt yang sangat popular di Mesir. 



YELLOW RICE   aka NASI MINYAK ARAB (ROZ / REZ ASFAR)

Cantik Yellow Rice... berasnya panjang-panjang! Kata Lydia, enak dihidangkan bersama ayam goreng, ayam bakar atau ayam masak merah bersama maraq. Maraq lagi.... di sini baru jumpa maksud maraq... iaitu sup atau salsa Arab!



REZ MA  KAMUN (CUMIN RICE HADRAMAUT YEMAN)

Jom serbu dapur Lydia Honey untuk mengetahui resepi Rez Ma Kamun, yang dikatakan ala nasi kabsa Yemen.



LAMB BERYANI 

Walaupun kita sudah biasa dengan nasi beryani tapi kita nak tahu juga resepi dari Timur Tengah. Mungkin ada sesuatu yang berbeza atau sebaliknya dalam resepi ini. Apa lagi... terus masuk dapur dia.... serbuuuu!



ARABIC WHITE RICE

Ini dia Arabic White Rice... lengkap dengan dakous dan maraq!



CHICKEN MANDHI

Ha... ini dia resepi Nasi Mandhi yang pernah Amie cuba... tapi Amie gunakan lamb! Pertama kali masak resepi ini memang tersangatlah sedapnya! Apalagi bila lamb direbus terlebih dahulu dan kemudian dipanggang, terasalah lembutnya daging! Oleh kerana keenakan hidangan nasi mandhi ini Amie masak sekali lagi sewaktu kami mengadakan kenduri dan bacaan doa selamat. Memang tetamu cukup berpuas hati terutama dengan daging kambing yang ternyata sangat lembut! (Amie buat dua jenis lauk... ayam & kambing).

Nampaknya kali ini puaslah kita menjamu mata dengan pelbagai hidangan nasi dari Timur Tengah yang banyak dipaparkan di dapur Lydia Honey. Jangan lupa untuk mengunjungi Lydia Honey nun di Kuwait... anda pasti teruja dengan paparan pelbagai hidangan dari sana. Buat Lydia Honey, teruskan usaha mengongsi menu dan pelbagai resepi dari sana ye Lydia... orang kata lain padang lain belalang, lain negara lain hidangannya... he heehh tak menjadi pulak pantun kita! Syukran Jazilan....


9 comments

  1. Salam amie
    Lama x dtg sini
    Blog sendiri pun terabai sb malas...hihi
    Hebatnya amie boleh msk nasi Arab

    BalasPadam
  2. as salam kak Amie.....sedapnya....apakata nanti kak Amie dah abih pantang Kak Amie masak........dan.......saya......bawak......perut jerr hu...hu...hu....sedap sangat nie xtahan. Saya pun dah letak link Lydia kat dapo saya...

    BalasPadam
  3. Kasih,
    rindu kat dia.... Ni semua air tangan Lydia Honey, Amie baru cuba satu je... nasi mandhi.

    Nasya,
    waalaikumussalam... memang sedap Nasya, salah satu yang kakak cuba nasi mandhi... dah 2 kali buat, tapi rasa nak buat lagi!

    BalasPadam
  4. Terima kasih Amie kerana perkenalkan blog ni, menarik masakannya, insyaAllah ummi nak singgah juga nanti.

    Jaga diri..peluk cium buat Firdaus.

    BalasPadam
  5. Salam...
    Kak Amie...nampak sedap2 semua set nasi ni...tiada ka resepinya?

    BalasPadam
  6. assalamualaikum ...
    banyaknya nasi arab .. kami dah tak lalu nak nasi malaysia :-)

    BalasPadam
  7. Ummiross,
    sama-sama kasih Ummi sayanggg...
    peluk cium akan disampaikan untuk Firdaus yang kuat menyusu & kuat tidur...bina badan tu.

    Rahel,
    memang sedap2 Rahel.. resepinya kena selongkar dapur Lydia dong!

    Asyifa,
    betul tu Syifa...

    Mala,
    waalaikumussalam... inilah hasil air tangan rakan blogger kita Lydia...

    BalasPadam
  8. Asslmkm kak.
    Sue pun suka skodeng dapo Lydia Honey tu. Sj buat seksa perut. Heheeee

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe