Hidangan Berpantang : Sup Ayam Dengan Betik Muda & Award Dari Dapur Nasya

2:09 PTG

Assalamualaikum.
Salam sayang buat semua pengunjung budiman. Petang ini Amie paparkan salah satu hidangan berpantang yang sering ditanya dan sedang ditunggu oleh rakan-rakan FB dan blogger. Resepi ini merupakan resepi turun-temurun yang diamalkan oleh Bonda. Pada hari kedua selepas kelahiran Mohamad Firdaus, memang hidangan beginilah yang disajikan oleh kakak ipar untuk Amie. Namun begitu, dalam seminggu hidangan ini Amie jamah beberapa kali di selang-seli dengan hidangan sup yang menggunakan bahan yang berlainan. Khasiat betik muda dalam hidangan sup ini ialah untuk melancarkan pengaliran air susu ibu. Alhamdulillah, berkat rajin mengamalkannya... kenyanglah Mohamad Firdaus menghisap susu.  In shaa Allah dalam paparan seterusnya Amie akan kongsikan menu berpantang yang lain pula. Untuk rakan-rakan yang rajin mengumpul buku masakan, resepi ini juga terdapat dalam Buku Masakan Hidangan Berpantang.


Walaupun hidangan untuk orang berpantang, tapi anak-anak pun tumpang sekaki juga! Sedap kot! Lagi pun kakak ipar memang selalu masak satu periuk besar!



Untuk resepi Sup Ayam Dengan Betik Muda ini Amie gunakan sukatan untuk 2 orang, atau pun 2 kali makan. Untuk tujuan melancarkan pengaliran air susu ibu, pastikan betik yang digunakan ialah betik muda, bukan yang mengkal atau yang tua dan masak!

Bahan-bahan:
6 ketul daging ayam
1 cawan hirisan betik muda 
3 batang kucai - potong 3cm panjang
1 inci halia muda - hiris halus
2 ulas bawang putih - pecahkan
1 labu bawang merah - belah 6
1/2 sudu teh  lada putih / hitam - tumbuk (pilihan dengan halia - tapi untuk ibu menyusu, kurangkan jumlah atau tidak perlu bubuh)
sedikit bawang goreng
600ml air
garam / perasa pilihan

Cara:
1. Didihkan air dalam periuk. Masukkan halia, bawang putih dan bawang besar serta daging ayam.
2. Biarkan mendidih sehingga daging ayam hampir empuk.
3. Masukkan betik muda, lada putih / hitam. Masak lagi selama 7 minit.
4. Masukkan garam / perasa pilihan dan daun kucai.
5. Tutup api dapur dan sedia dihidang panas bersama taburan bawang goreng.



Untuk menambat selera, kenalah kreativitikan olahannya termasuklah cara memotong betik muda. Sebenarnya betik muda yang digunakan dalam hidangan di atas Encik Suami beli yang sudah siap dipotong (disagat).

Tidak ketinggalan, Amie ambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih di atas ingatan NASYA - DARI DAPUR NASYA di atas kesudian memberikan award untuk Amie dan juga rakan-rakan blogger yang lain. Cute sungguh award yang dianugerahkan ini.... ! Semoga jalinan persahabatan di alam maya akan kekal berpanjangan ye Nasya.



Rajin-rajin masak ye Nasya, nanti kita boleh kongsi-kongsi resepi.  Award yang istimewa ini Amie sudah gantung di penjuru dapur untuk diabadikan sebagai tanda kenang-kenangan, walaupun tak pernah bersua muka tapi jalinan silaturrahim tetap wujud biarpun sekadar di alam maya.

16 comments

  1. Sy x bole mkn ayam skrng k.amie...kaki sy kena gtal2 plak...bidan urut x bg mkn...klau nak gak...katanya kena ayam kg...huhuhu....skrng dok mkn ikan jer nie...

    Sy x tau plak betik muda bole mkn utk org pantang...x angin ye kak...?

    BalasPadam
  2. as salam kak Amie...makasih banyak sbb sudi gantung award kat dapur kak Amie yg cantik tuu...semoga persahabatan dan juga persaudaraan kita akan berkekalan ke akhir hayat ye kak...Aminn..

    BalasPadam
  3. amboiii... sedapnya menu dlm pantang ni.. kita waktu dlm pantang tu asben yg jaga.. so selalu menu express je.. kalau hari cuti baru dapat sup ikan atau sup daging... and masak lada tak dpt2 sbb baby fiyya kena kuning 1 bulan.. so tak leh makan benda panas.. (kata org..) kita ikut je la..

    BalasPadam
  4. Salam kak amie.. sesuai juga utk yg berdiet nih.. baiknyer kakak ipar tolong masakkan.

    BalasPadam
  5. salam syg kak amie..baby n bonda sihat x?..sedap menu brpantang ..bulan 9 nnt leh buat..he hhee..zila skrg nie pn dh kena diet x leh mkn nasi byk..

    BalasPadam
  6. salam amie... apa khabar? baby sihat?
    bertuahnya ada kakak ipar yg tolong masakkan... nampak sedap tu... tak tau pula betik muda boleh tambah susu badan.. masa sy dulu mak selalu masakkan sup lobak putih utk tambah susu badan...

    BalasPadam
  7. banyak hasiat punya sup, dan Nampak sedap juga.

    BalasPadam
  8. Asyifa,
    memang elok kalau dapat ayam kampung, agaknya alergik la tu ye... ikan pun kena pilih jenisnya juga kan Syifa.
    tentang betik tu, mulanya dulu Kak Amie sangka begitu, sejuk dan sebagainya, tapi tidak Syifa... kena pilih betik yang muda, kakak tidak pula berangin dan sejuk, kakak pun pernah tengok juga penggunaan betik muda untuk ibu berpantang dalam sebuah buku masakan.

    Nasya,
    waalaikumussalam.... terima kasih Nasya... he he heh dapur tu nampak berseri dengan hiasan award yang Nasya bagi tu keh kehekehhh.

    Jassnani,
    alhamdulillah Nani, baby Firdaus tak kena kuning, tapi lada hitam / putih tu pun kakak ipar tak bubuh banyak, dia lebih kepada halia je... memang betul tu, pernah dengar juga kalau anak kuning tak boleh makan benda panas termasuk jamu.

    Tun Telani,
    memang sesuai untuk diet, tapi bagi yang tak berpantang bolehlah gunakan betik mengkal atau tua yang nak masak tu sebab rasanya lebih sedap, manis! Alhamdulillah... memang dari anak sulung sampai anak keempat, kakak ipar yang jaga dari hari pertama kakak keluar hospital.

    BalasPadam
  9. Zila,
    alhamdulillah sihat... sekarang pun Zila kena diet ye... take care dear, mudah-mudahan terus sihat sampai saat melahirkan September nanti ye.

    Madiha,
    khabar baik... selain betik muda, memang lobak putih pun boleh tambah susu badan kata bonda Amie, dan kedua-dua bahan ini kakak ipar masak berselang hari. Sama juga macam betik muda, Amie sangka ia berangin tapi Bonda kata tidak... ikut pengalaman orang yang lebih tahu ni ye Madiha.

    Sheila,
    jom ikut berpantang Sheila he he heh... adeeehhhh!

    Sonia,
    memang menu berpantang ni kena pilih2 Sonia untuk dapatkan khasiat.

    BalasPadam
  10. Salam Kak Amie...
    Walaupun sy tidak jdlm pantang tetap suka sama yg sup2 begini...kurang lemak...

    BalasPadam
  11. Amie..ummi tak pernah makan sup yg ada betik muda ni, tapi nampak sedap tu Amie, patutlah anak2 makan sekali. Bertuah Amie ada kakak ipar yang masakkan.
    Take care Amie..

    BalasPadam
  12. Lama tak jenguk dapur Amie nie huhuhu D5 bz sgt sekarang nie blog pun lama xupdate dah ehheh ermmm sedap nyer menu pantang Amie nie kalau D5 lah nie menu pantang jumpe hehhehe :)

    BalasPadam
  13. Tu diaaa!!..dah kuar menu edisi khas Kak Amy..ben banter banyu susu..nti, kalau ada rezeki berpantang bolehlah try kan...

    BalasPadam
  14. Rahel,
    sedap tu kalau guna betik mengkal kan Rahel.. manis-manis manja gitu!

    Adda,
    terima kasih Adda.

    Ummiross,
    alhamdulillah... syukur ada kakak ipar yang baik hati.

    Delima, patutlah lama tak dengar cerita... mana pula perginya Delima ye...

    Rohah,
    in shaa Allah... mudah-mudahan sampai rezekinya, sup betik muda ni memang Bondaku pesan lama dulu, katanya mesti buat sup ni untuk lancarkan air susu.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe