Kek Coklat Kukus

7:07 PTG

Assalamualaikum.
Salam sayang buat semua. Rasa bosan pula asyik paparkan menu berpantang  setiap kali kemas kini blog. Apa kata kita beralih menu selain masak-masak rebus dan sup. Bila Amie tinjau-tinjau dalam dokumen rupa-rupanya banyak terdapat resepi dan menu yang Amie tidak paparkan, dengan kata lain sebelum ini Amie memang terus kongsikan apa yang Amie masak, tetapi jika selang sehari atau beberapa hari memang Amie biarkan begitu sahaja. Ini disebabkan Amie tiada idea untuk menceritakan kembali kisah berkaitan resepi tersebut. Bagaimanapun, resepi Kek Coklat Kukus yang Amie paparkan kali ini memang masih  segar dalam ingatan kerana bujang kedua sudah berpesan, sewaktu hari jadinya nanti dia minta Amie buatkan 2 jenis kek iaitu kek yang Amie paparkan ini dan juga American Brown Cheese Cake yang pernah Amie buat awal tahun 2013!



Siapa yang tidak suka Kek Coklat Kukus?  Kalau boleh, Encik Suami dan anak-anak ingin terus makan sebelum benar-benar sejuk! Walaupun kita sudah biasa makan kek Coklat Kukus, tetapi tidak pernah jemu untuk terus menikmatinya... bila-bila masa!


Amie pinjam resepi  ini daripada ROS JINTAN MANIS dan terdapat sedikit penderhakaan ke atas toppingnya! Selain chocolate rice, Amie taburkan cincangan badam panggang. Resepi asalnya ialah Kek Coklat Moist (Kukus). Terima kasih banyak-banyak ye Ros... minta izin Amie kongsikan resepinya di sini untuk tatapan rakan-rakan yang lain pula.



Resepi : Kek Coklat Moist ( Kukus)

Sumber Resepi: rosmarlina@jintanmanis.com 


Bahan-bahannya:
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
3/4 ( tiga suku cawan) minyak masak 
1 cawan gula
1 cawan air suam 
1/2 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko ( ros guna serbuk koko jenama van hauten)
3 biji telur 
beberapa titik esen vanila

*Untuk Topping dan Hiasan*
1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila. Guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice di atasnya.

Cara-caranya:
1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko,  baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus.
2 Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.
3. Masukkan pula tepung yang siap diayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. Jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.
4. Alaskan acuan bulat atau petak berukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan  dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit, sejukkan. Selamat Mencuba.



Amacam? Inilah rupa paras Kek Coklat Kukus yang tak jemu dinikmati! Lepas sepotong, sepotong lagi dan lagi.... sampai habis seloyang! Lepas tu boleh buat lagi... he he ehhhh.



Terima kasih sekali lagi buat Ros Jintan Manis. Tak rugi mencuba resepi ini...  pasti menjadi! Dan anak-anak akan meminta lagi....

18 comments

  1. nyum! nyum! memang tengah teringin kek coklat. koko powder dan esen vanilla dah habis. kena restock baru dapat buat.

    BalasPadam
  2. wah sedapnya MIe kak noor dtg ni malam2 nak dah bawa piring pun ni nak rasa kek cekelat ni..

    BalasPadam
  3. Pehh!!! Kek ceklat memang mengancam. . :-)

    BalasPadam
  4. Jangan lupa simpankan sepotong ya...kejap saya sampai depan pintu...

    BalasPadam
  5. moistnya kak....kek kukus mmg sdap..!

    BalasPadam
  6. waduhhhhhh mengancam betuk kek coklat kukus Amie ni, terus teringin nak makan kek cekelat mlm2 ni taw....siapa yg harus dipersalahkan dlm hal ni..huhuhuhu...cuba jawabkan cikgu Amie...

    BalasPadam
  7. Ohh kak Amie...enak rak karuan..mmg rak jemu

    BalasPadam
  8. Ya Allah..menduga betul..sedapnya..dah lama tak buat..

    BalasPadam
  9. Salam Amie...Emmm sedapnya!Simpankn atie sepotong ya..sok2 dah baek batuk...atie dtg ambik (^_^)

    BalasPadam
  10. Amie..buat ummi terliur je ni, sampai telan2 air liur, hihi..

    Take care ye.

    BalasPadam
  11. Assalam k amie
    ehhh sama entry kita kek coklat cuma x sama resepi kan. Resepi Ros sy byk kali jg buat memang sedap

    BalasPadam
  12. sabar yana sabar..kek cakelet je tuh hihii.. yana skg stop dulu membaking ..proses nk diet kononnya hihiii

    BalasPadam
  13. nampak sangat moist kek coklat kak amie ni...
    Dalam pantang pun rancak kak amie ni main masak2...tabik tul la

    BalasPadam
  14. Salam kak amie.. tun blom penah try resepi nih.. nmpk sgt lembut tu..

    BalasPadam
  15. salam Amie..lama tak singgah..bila singgah terus melekat tak nak balik dah..hehe..kek coklat kukus camni mmg anytime anywhere jadi hot stuff! mesti cuba resepi 1 day..tq 4 sharing! :)

    BalasPadam
  16. Sedapnya Amie, tak tertahan melihatnya, ummi ni kalau kek coklat memang suka bebeno.

    BalasPadam
  17. nampak sedap lah kek coklat badam kukus nie.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe