Ketupat Sotong Kelantan : MALAYSIAN FOOD FESTIVAL (KELANTAN MONTH)

3:33 PTG

Assalamualaikum.
Molek tak kejadian Ketupat Sotong Kelantan di bawah ni? 


Terima kasih di atas perkongsian Ketupat Sotong Kelantan daripada blog Resepi Citarasawan. Alhamdulillah... setelah study di dapur Kak Wan, Amie memahami tutorial yang Kak Wan berikan, dan akhirnya terhidanglah Ketupat Sotong Kelantan yang Encik Suami kata comel & montel kejadiannya! Ini juga merupakan kali pertama Amie mencuba resepi istimewa ini dari Negeri Cik Siti Wan Kembang. Anak-anak pun suka... tetapi pada mulanya mereka keliru disebabkan hidangan ini Amie sajikan sekali di antara lauk-pauk untuk santapan tengahari, si bujang tengah menuang kuahnya ke atas nasi! Maklumlah... anak-anak balik sekolah dengan perut lapar (hari ini sekolah ganti sebab cuti beberapa hari pada bulan Mac kerana masalah pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu). 



Minta izin untuk panjangkan resepinya di sini ye Kak Wan. Mudah-mudahan akan memberi manfaat kepada teman-teman pengunjung yang lain untuk mencuba resepi istimewa ini! Untuk Kak Wan yang sangat kreatif.... moga-moga rezeki terus bertambah, dan Allah sentiasa permudahkan urusan bisnes Kak Wan! Amin....

Resepi : Ketupat Sotong Kelantan
Sumber : Kak Wan

Bahan A:
10 ekor sotong saiz sederhana - buang kulit hitam dan tulang, cuci bersih dan asingkan kepala
lidi untuk menyucuk

Bahan B:
1/2 cawan pulut - cuci bersih dan toskan
1/2 cawan santan pekat
1/4 sudu teh garam
Rendam pulut selama 30 minit bersama santan dan garam

Bahan C:
100 gram gula Melaka diracik
2 cawan santan - tidak terlalu pekat
1/2 sudu teh garam
1 hiris halia - dimayang halus
1 helai daun pandan

Cara:
1. Bahan B : Masukkan 3/4 (2 sudu kecil)  pulut ke dalam perut sotong.
2. Masukkan kembali kepala sotong dan cucuk dengan lidi supaya pulut tidak keluar.
3. Atur sotong di dalam periuk. Masukkan Bahan C dan renehkan dengan api sederhana hingga hampir kering.
4. Siap dihidang.


Orang kata, kali pertama buat tentulah ada cacat celanya... maafkan hamba andainya terdapat sebarang kekurangan di atas paparan resepi Ketupat Sotong Kelantan ini. Apa pun biarlah Ketupat Sotong Kelantan ini turut mewarnai kemeriahan Malaysian Food Festival (Kelantan Month) yang akan tamat 3 hari sahaja lagi!





"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by 



26 comments

  1. OMG..makcik ore klate ni pun malasnya nak buat...makan je suka. Sedap ni Amie. Mak Kak Ros suka buat. Kalau Kak Ros buat makan sorang2 la....org 2 kat umah ni tak pandai makan..sotong manis!!!maalum la semuanya orang KL. Kita je org klate.

    BalasPadam
  2. Kak Ros,
    suka-suka Kak Ros... lagi pun memang Amie gemar mencuba pelbagai resepi, yang seronoknya sebab isi rumah tak banyak songel.. tu yang best sangat!

    BalasPadam
  3. Salam Amie..cantiknya kejadian ketupat sotong tu....

    BalasPadam
  4. Azatie...
    tq Atie... cooking with my heart and soul!!! ngeeee...

    BalasPadam
  5. tun xpenah makan nii.. hihi.. sbb mlm pelik je nengok sotong tu masak jd kuih manis.. tp xcuba xtau sedap ke x kan.. adik tun ckp dia nk makan ni, jd insyaAllah blk kg nnti blh dicuba.. kelantan MFF dh nk habis ye.. tun dh ckp nk join, tp dh xde org kt umah ni, malas pulak nk memasak nyer.. xde ke masakan yg sgt2 senang, cepat dan x menggemukkan yg blh dicuba ye?

    BalasPadam
  6. Tun Telani,
    mulanya memang rasa pelik Tun... seafood bertukar jadi kuih pulak ye... tapi Tun, bila dah masak, kuahnya tu...mmmmm walaupun manis, tapi ada lemak2 garam sikit dengan santannya, memang unik rasanya Tun! Ketupat sotong ni sungguh istiewa!

    BalasPadam
  7. owh amie yang comel dan baik hati... >> ayat bodek << bak mai skit sotong tu.. sedapnya hai makan ketupat sotong ni.. kalau kat KL ni macam2 juadah kelantan timbul bila tiba bulan puasa.. so kalau teringin nak makan apa pun semua ada jual kat situ.. heheheheh.. tentu anak2 seronok.. balik skolah perut lapar.. ibu masak sedap.. :) kan..

    BalasPadam
  8. kabare amie.. ku lihat sotong yg berkilau2 tu..cantik.. saya dah pernah cuba nak makan/bukan cuba nak buat(hihihi).. tpi tak berjaya.. mungkin sebab pulut yg manis tu..

    BalasPadam
  9. yang ni paling saya suka masakan kelantan selain nasik kerabu :)

    BalasPadam
  10. As-Salam Amie.cantiknya ketupat sotong tu.dari pandangan orang Kelantan ni-dah pass la tu buat ketupat sotong.makanan kelantan memang pelik2 tapi kalau tak cuba tak tau kan...

    BalasPadam
  11. salam kak..lama xkomen sini..hehhe

    sedapnya ketupat sotong..baru faa tahu kelantan punya kaler gelap..

    sebab ummi n nenek faa buat ketupat sotong warna putih..xde gula melaka..nak kena cuba versi kelantan plak ni..hhehehe

    BalasPadam
  12. salam k.amie...oh ini resepi turun temurum family kami & favourite semua ahli keluarga, tmsk anak menantu mak dr negeri luar dr kelate tmsk my husb. hehe

    BalasPadam
  13. Jassnani,
    owww! comelnya saya.... tunggu ye Nani...nak hantar 3 ekor yng demok2..yang ada telur dalamnya.. tunggu depan pintu sampai Amie datang ye Nani cayangggg!

    Dzana,
    kabare waras... oh.. pulut tu saya cicah lagi dengn kuahnya... sedap!

    Tihara,
    sedapkan Tihara... lagilah kalau buat tak banyak...lagi syok makan berebut!

    BalasPadam
  14. Suzana,
    waalaikumussalam... dah lulus tapisan keutuhan ye Suzana... alhamdulillah, boleh buat lagi ni..

    Waney,
    boleh Waney... jemput datang he he ehh.

    Faa,
    kak Amie pun baru tahu Kelantan punya ketupat sotong gelap sikit sebab bubuh gula melaka, yang putih tu versi Terengganu... tak manis sebab tak bubuh gula.

    BalasPadam
  15. Rostina,
    waalaikumussalam... bestnya orang Kelantan... banyak memiliki resepi turun temurun yang unik dan enak2 belaka!

    BalasPadam
  16. semalam saya pun buat ketupat sokong tapi versi trganu..yang versi klate pernh mkn tp blm pernah buat....

    BalasPadam
  17. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  18. Nmpak sdap ktupat sotong ni..
    Nk wt jgk lh

    BalasPadam
  19. Nmpak sdap ktupat sotong ni..
    Nk wt jgk lh

    BalasPadam
  20. Nampak sedap dan cantik. Mohon share. Heee

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe