Anda Sedang Mencari Resepi Untuk Masak Daging? Jom Kita Selongkar Dapur Zaliedana!

8:56 PTG

Assalamualaikum.
Salam kasih sayang buat semua pengunjung budiman. Segmen Meriahnya Dunia Masakan kali ini Amie tampilkan seorang blogger masakan, dan merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang memberi komitmen sepenuhnya terhadap urusan rumah tangga. Amie sangat kagum dengan kerajinan beliau menghasilkan pelbagai resepi hasil air tangannya untuk hidangan anak-anak dan suami tercinta setiap hari. Sekiranya anda berkunjung ke blognya, di penjuru atas bahagian pengenalan dirinya, tertulis perkataan di situ iaitu : hobi memasak untuk hubby! Aduhai... beruntungnya suaminya, sejuk hatinya setiap hari menikmati hidangan lazat dari isteri tercinta. Mudah-mudahan rumah tangga mereka sentiasa dalam keadaan aman, dan berbahagia hingga ke syurga!

Blogger masakan yang rajin mencuba pelbagai resepi ini juga turut menyertai kumpulan FB: MERIAHNYA DUNIA MASAKAN dan tanpa membuang masa Amie perkenalkan empunya blog iaitu Ct. Zaidah dari GeorgeTown Pulau Pinang. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk berkunjung ke dapurnya di DIARI ZALIEDANA.

Banyak resepi enak dan lazat yang dikongsi oleh Ct. Zaidah di dapurnya. Namun begitu, untuk Segmen Meriahnya Dunia Masakan ini Amie memilih masakan daging untuk perkongsian maya ini. Ct. Zaidah memang rajin mencuba pelbagai resepi  daging daripada blogger masakan seperti DAYANG JACKHANA MEMORIESKAK NOR SECUBIT GARAMAYU CURLYBABE'S SATISFACTIONUMMI HOME SWEET HOME (sekadar menyebut beberapa nama), dan hasil masakan hasil air tangannya boleh kita lihat seperti di bawah ini.


Daging Berempah Harum Pudina



Daging Goreng Halia & Minyak Bijan



Daging Dendeng Pandan



Daging Goreng Jintan



Daging Masak Bamia 



Daging Masala 





Daging Goreng Ala Kaprau



Daging Rempah Bercajun



Daging Goreng Lada Hitam Berempah Cajun



Daging Lompap



Daging Masak Hitam Ala Mamak



Kerutuk Daging Adabi



Daging Merah Bersos Plum



Daging Goreng Berlada

Memang hidangan yang disajikan nampak sungguh lazat dan mampu menggoda selera! Untuk resepinya, silalah ke DIARI ZALIEDANA.  Diharapkan agar pengunjung yang tercari-cari resepi untuk masakan daging dapat memanfaatkan hidangan dan sajian dari dapur Ct Zaidah. Untuk Ct Zaidah... terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi menyertai kumpulan masakan yang Kak Amie tubuhkan. Sesungguhnya Kak Amie sangat kagum dengan pelbagai hasil air tangan Ct untuk hidangan suami dan anak-anak. Pada masa yang sama, Ct turut menyumbang untuk memeriahkan dunia masakan tanahair! Sayang selalu dari Kak Amie.... terus masak-masak ye Dana!

19 comments

  1. Assalam kak amie,tima kasih ya sudi terjah dapo sy yg xseberapa tu..malu n tebal muka dah rsa nih kak amie..org lain wat blog kita pon sibuk juga nk berblog,padahal blog kita ni xtara mna pon,dah ler jrng2 update,huhu..skng nih sjak da bb,mlm2 gini baru free nk update..makin bertmbah ahli ni,makin kna pndai bahagi msa ler sy nih..ape pun sy sgt2 bersyukur,sbb dapat mmbesarkan ank2 sendri,tanpa bantuan org lain dan setiap ari dpt msk pelbagai menu utk semua insan2 tersayang..Tima kasih sekali lagi utk kak amie n sume kawan2,tanpa perkongsian rcp dri kwan2 sume,xdptlah sy nk merasa n menjamu family dgn pelbagai jnis masakan..Tq juga utk Doa2 akk,Amin3,mudah2an begitulah hendaknya..

    BalasPadam
  2. Semua menu daging tu semua membuatkn air liur faa meleleh!!sedapjyaaa

    BalasPadam
  3. Bagus ni...kakpb perlukan resipi mcm ni sb anak suka mkn daging. Jarang masuk fb la Amie, kdg tak cukup masa kat sana...nnti akk like.

    BalasPadam
  4. Salam kak amie ^^ kak ct ni mmg rajin.. hampir tiap2 petang wat kuih.. kagum tun..

    BalasPadam
  5. Zaliedana,
    waalaikumussalam... sama-sama kasih.
    Kakak memang kagum betul dengan kebijaksanaan Dana membahagi masa untuk urusan rumahtangga, tabik spring!!! Mudah-mudahan Allah sentiasa permudahkan segala niat dan usaha Dana untuk kebahagiaan keluarga. Kongsi resepi daging ni banyak manfaatnya, sebab kakak sendiri pun kalau ada daging terus mati kutu tak tau nak masak apa hehe hehehh.

    Faa,
    sedapkan Faa... syukurlah ada rakan blogger yang sudi kongsi resepi daging.

    Rohah,
    memang enak ye Rohah...bolehlah cuba mana yang berkenan.

    BalasPadam
  6. Zana,
    alhamdulillah... senang kita nak masak kalau tahu hidangan kegemaran keluarga kan Zana.

    Tun Telani,
    betul tu Tun... kakak pun bayangkan Dana ni macam lipas kudung bila di dapur... ligat je buat kerja, tiba2 siap je terpapar di fb...

    BalasPadam
  7. Memang menyelerakan sungguh lauk yang Zalieda masak..nak nak amie dah bubuh satu satu,terang dan nyata..hehehe meliur tengok..bagus idea amie nie..senang kalau nak masak terjah umah diakan...

    BalasPadam
  8. Aduhai Amie... kakak tengok satu-persatu sampai tak terpejam mata. Sedap-sedap belaka.

    BalasPadam
  9. semuanya WOW! kalau suruh pilih, sVs suka daging goreng jintan :)

    BalasPadam
  10. betul tu kak amie..
    ct ni klu masak..memang dua tiga jenisss menu...
    mengeliurkan bila tengok....

    BalasPadam
  11. Memang meletop nampak lauk2 tu, buat ummi terliur je ni Amie.

    BalasPadam
  12. Kak Asma,
    betul tu kak... senang kita nak masak kalau jumpa resepi daging yang pelbagai di dapur Dana...

    Kak Zakie,
    Amie pun terliur sama Kak Zakie, sebab kalau bab daging ni memang kena sabar sikit nak masak bagi dia empuk, baru sedap makannya kan kak.

    SudipvsSenduk,
    memang sedap tu.. aroma jintan memang mampu membuka selera!

    BalasPadam
  13. Mas,
    rajin betulkan Ct kan Mas...

    Ummiross,
    Amie pun terliur sama Ummi... sama-samalah kita ngencesss he he ehhh.

    BalasPadam
  14. Isk isk AMie nie terliur sudah D5 nie hah tgk gambar2 kat blog Amie nie heheh bila lah leh dpt merasa air tangan Amie kan hehhehe

    BalasPadam
  15. Salam tuan punye dapur..
    mmg tgh mencari resepi masak daging tuk dimasak hari ini..dh dpt idea pun..tQ =)
    tapi...
    dlm pada kita dok syok2 mkn daging ni, apakate lepas makan kite terus telan omega guard tuk pecahkan lemak dari daging tu...br la lemak tu xsmpt nk beku..jom lawat website saya www.myhealthynote.com
    saya akan cdgkan suplemen yg ssuai tuk anda..^_^

    BalasPadam
  16. salam,

    kalau saya nak kongsi resepi masakan daging ni kat www.resepi.my boleh x?

    BalasPadam
  17. salam kak..
    wah hebat blog akak,banyak resepi.

    BalasPadam
  18. Thanks for the great resepi

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe