Teresek Jantung Pisang - MALAYSIAN FOOD FESTIVAL (KELANTAN MONTH)
8:30 PTG
Assalamualaikum.
Diam tak diam sudah mencecah tempoh sebulan Amie tidak masak-masak di dapur. Rindu rasanya ingin kongsi resepi bersama teman-teman pengunjung. Sebagai pembuka tirai untuk pertama kali bersilat di dapur setelah lama berehat, Amie kongsikan resepi istimewa dari Kelantan iaitu Teresek Jantung Pisang yang pertama kali Amie cuba untuk turut serta dalam Malaysian Food Festival (Kelantan Month). Amie sangat berterima kasih dan menghargai jemputan daripada KAK NOR SECUBIT GARAM dan juga GERTRUDE WAN @ MY KITCHEN SNIPPETS untuk menyertai MALAYSIAN FOOD FESTIVAL yang bermula dari 1 hingga 30 April 2013. Syukur Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dapat juga Amie berkongsi satu resepi sebelum berakhirnya MFF pada akhir April ini. In shaa Allah, Amie akan cuba untuk menghasilkan resepi dari Kelantan yang lain pula.
Walaupun Amie teruja untuk mencuba resepi ini disebabkan ingin merasai sendiri keunikan dan keenakan hidangan istimewa dari Negeri Cik Siti Wan kembang ini tapi rasa sedikit ragu-ragu kalau percubaan tidak menjadi kerana sebelum ini memang Amie tidak pernah masak apalagi makan teresek! Amie sempat meneliti bahan dan hasil masakan daripada KAK NOR SECUBIT GARAM, CIK MANGGIS dan juga EMBUN KASIH ROSALIZA. Terima kasih yang tidak terhingga buat ketiga-tiga penyumbang resepi yang Amie sebutkan tadi. Beberapa hari lepas semasa membelek-belek Majalah RASA Edisi Mei 2013, Amie terjumpa resepi Teresek Jantung Pisang, dan ada nama lain rupanya untuk menu ini. Tak tahulah betul atau tidak Teresek Jantung Pisang ini juga dikenali dengan nama Aru-Aru!
Di bawah ini Amie paparkan resepi Teresek Jantung Pisang yang Amie ambil dari Dapur Kak Nor yang dipanjangkan dari Dapur Cik Manggis. Amie tidak bubuh budu sebagaimana yang Amie ikut dalam resepi dari Dapur Embun Rosaliza. Kalau Rosaliza hiris dan celur dahulu jantung pisang, Amie pula ikut cara Kak Nor dan Cik Manggis dengan menghirisnya tanpa dicelur.
Resepi : Teresek Jantung Pisang
Sumber : Cik Manggis
Bahan-bahannya:
1 biji jantung pisang-ambil yang lembut dan potong nipis
5 ulas bawang merah.
1 tbsp serbuk kari daging
2 ulas bawang putih
1 inci halia.
5 tangkai cili kering
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup.
1 tbsp biji ketumbar-goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar.
1 tbsp budu
1 keping asam gelugur.
6-7 batang kaki ayam-potong kecil
3 ketul pedal ayam -potong kecil
2 ketul hati ayam -potong kecil
Sedikit isi ayam -potong kecil.
1 cawan santan pekat.
2 tbsp kerisik
garam secukup rasa.
Gula melaka secukupnya.
Cara-caranya:
1. Cili kering, bawang merah,bawang putih, halia, lengkuas dan kunyit dikisar halus.
2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
3. Masak hingga kuahnya pekat. Rasakan garam dan gulanya agar seimbang.
4. Sedap dimakan bersama nasi putih, ikan masin atau sambal belacan.
Ketika memasak teresek ini, bau harum aroma rempah ketumbar bertemu dengan lengkuas dan serbuk kari serta bahan-bahan lain semerbak di ruang dapur. Kerisik yang dicampur dalam resepi ini seolah-olah menjadikannya masakan rendang! Tidak rugi mencubanya kerana Teresek Jantung Pisang ternyata sangat sedap! Rasanya cukup enak dengan kombinasi manis gula Melaka, sedikit rasa asam gelugur dan disebatikan dengan lemak garam serta kuah santannya yang pekat! Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Jadi kalau tak cuba masak dan makan Teresek Jantung Pisang, kita tak dapat menikmati kelazatannya!
"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by
9 comments
Amie dah start memasak ye, pelan-pelan kayuh ye. Nampak sedap teresek jantung pisang tu Amie, nak cikit boleh?hehe..
BalasPadamTake care ye..
kak amie dah mkn jantung pisang ke?
BalasPadamhaa... betulkan rasa mcm makan rendang ayam! sedap kan amie.. :)
BalasPadammekasih sudi join MFF ya.. kalau berkesempatan, masak la lg dish dr kelantan ya :)
Ummiross,
BalasPadamMemang sedap rupanya Ummi... anak-anak pun suka!
Atie,
Kakak cuba rasa nak tahu macamana keenakannya. Tapi tak ada salahnya makan ni Atie sebab ada resepi Rendang Jantung Pisang dalam Kompilasi Hidangan Berpantang, cuma bahan yang digunakan jantung pisang dengan ikan tenggiri.
Kak Nor,
Memang sedap kak Nor... itu pun berani makan sebab terbaca dalam hidangan berpantang tentang khasiat jantung pisang yang dikatakan boleh memperbanyakkan susu badan, selain baik untuk buah pinggang, jantung dan hati serta membekalkan tenaga pada tubuh.
Sama-sama kasih kak... in shaa Allah akan kirimkan hidangan yang seterusnya.
Amie, thank you for your support and participation in the MFF Kelantan event. I pun dah bookmarked this dish. Nak buat maybe next month. Bulan ni my hubby dah tak nak makan any Malaysian dish dah ha ha..kasihan dia. Been feeding him nasi and lauk since last month.
BalasPadamAslmkum Amie
BalasPadamteresek jantung pisang ni mmg sedapp....antara juadah kenduri yg femes kalau di Kel.dah lama tak masak.....mana nak cari jantung pisang kat Arab ni...
teresek ni mmg sedap sgt amie.cepatnya masa berlalu.
BalasPadamsedap ni gabungan resepi dari 3 dapur yang berbeza...suka sangat ngan teresek tp tak pernah wat sndiri hihi..
BalasPadammemang menarik tetarik la amie teresek jantung pisang ni, nampak sangat yumyyyyyy, terliur tgk.
BalasPadam