Kek Labu Manis Lembut & Lembap!

5:54 PTG

Assalamualaikum.
Terus kepada cerita pokok.... tentang paparan resepi Kek Labu Manis. Amie pun sudah terlupa entah bila kek ini dihasilkan, dan tak pandai untuk mengulas lebih lanjut hal yang berkaitan dengan kek ini kecuali ingatan Amie terhadap komen Encik Suami bahawa kek ini sangat lembut dan sudah semestinya sedap! Seingat Amie Kek Labu Manis ini tidak dapat bertahan lama di dapur kerana selain Encik Suami si bongsu pun turut menyukainya!


Pada mulanya Amie ingin pendamkan saja hasil air tangan Amie ini memandangkan kulit Kek Labu Manis ini kurang molek, warnanya seakan rentung sedikit tapi ada sesuatu yang ingin Amie kongsikan di sebalik rupa parasnya yang sedemikian rupa!



Kalau tidak silap Amie sewaktu mengadun bahan-bahan untuk kek ini, sukatan gula halus tidak mencukupi. Amie hanya ada 1 cawan gula halus sedangkan sukatannya sebanyak 1 1/2 cawan. Untuk menyelesaikan masalah tersebut Amie gunakan 1/2 cawan gula merah lembut / sugar brown. Mungkin penggunaan sugar brown turut mempengaruhi warna kek ini yang kelihatan agak gelap! Bagaimana pun Encik Suami kata kek ini sangat sedap! Apa tidak sedapnya, sebab kita belajar buat kek ini daripada sifu Che Mat Gebu! Minta izin dan halal ye Che Mat... Amie panjangkan resepinya di bawah ini.



Resepi : Kek Labu Manis

BAHAN-BAHANNYA :-)

3 biji telur gred A
1 cawan minyak jagung (nak sedap guna mentega cair)
1 1/2 cawan gula halus
1 camca teh esen vanilla
1/4 camca teh garam
450 g labu, kupas kulit, kukus hingga lembut dan lecek halus
2 1/2 cawan tepung gandum *
1 camca teh soda bicarbinate*
1/2 camca teh baking powder*
1 1/2 camca besar susu tepung*(*digaul rata dan ayak)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung sedikit tepung gandum dan ketuk keluar lebihan tepung. Panaskan oven pada suhu 160C (jika anda menggunakan tin bewarna hitam macam dalam gambar tu, kalau tin biasa panaskan pada suhu 175C).
  2. Dalam satu bekas, satukan telur, gula, garam, minyak(@mentega cair), labu manis lecek dan esen vanilla, kacau hingga semua rata dan sebati menggunakan whisk.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit ke dalam no 2. Kacau hingga semua sebati dan adunan tidah berbintil2. Tuang dalam tin yang telah disediakan tadi. Bakar selama 50 minit hingga 1 jam. Bergantung pada oven masing2.
  4. Bila kek masak (uji kek dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih tanda kek telah masak) keluarkan dari oven dan biar kan sejuk 10 minit. Keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
  5. Boleh dihidangkan atau nak lagi sedap, simpan semalaman, kek akan menjadi lebih lembap dan lembut...Selamat mencuba untuk semua...



Tak rugi mencuba tau.... memang sedap! Sudahlah lembut, gebu.... lemak manis rasa Kek Labu Manis ini! Terima kasih banyak buat sifu Che Mat Gebu yang sentiasa bermurah hati berkongsi pelbagai resepi. Moga Che Mat terus kreatif menghasilkan pelbagai menu yang lazat.lazat!

17 comments

  1. Tgok je tau sedappp...pasti cuba ni nnti tggu ada labu nya dulu..:-)

    BalasPadam
  2. Salam kak amie :) nmpk sgt moist kek akk ni ^^ tun suka mkn labu! mesti sedap kek nih.

    BalasPadam
  3. nantilah kalau ada si labu tu saya terasa ingin cuba membuatnya.nampak sedap!

    BalasPadam
  4. nampak sangat kelembutan kek labu tu kak amie..

    BalasPadam
  5. k.amie,
    labu tu timbang dlu ke? bru rebus atau yg dah lecek tu bru timbang...?

    BalasPadam
  6. bestnye kak ami..nampak lembap dan gebu..terasa lemak manis tu..

    BalasPadam
  7. Amie...sungguh ummi tergoda dengan kek ni, harap2 ummi dapat buat kek labu manis ni nanti.

    BalasPadam
  8. macam terngin pulak singgah skejap di rumahnya Kak Amie...mungkin bole dpt sepotong kek labu...untung la..

    BalasPadam
  9. Sedappppnya
    Saya mmg suka labu
    Nampak gebu Dan lembab

    BalasPadam
  10. salam amie,nmpak sdp je kek labu tu, kak ruby share resepi ye......

    BalasPadam
  11. Assalam Amie cayang.. Sudah aktif ke dapo yer.. Dh lps pantang ker boleh mkn labu.. Apa pun mmg nampak sungguh sedap cake ni esp bg saya penggemar labu tegar.. :)

    BalasPadam
  12. Nmpk sgt sdap kak..gebu..x pernh mkn kek labu..cmnelh rasanye kn..sedapp ne

    BalasPadam
  13. Salam nk tnya tekstur kek ni mcm bengkang ke ?sy dh try resepi ni mmg sedp tp tk pasti tekstur jd bengkng

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe