Kek Coklat Kukus
7:07 PTG
Assalamualaikum.
Salam sayang buat semua. Rasa bosan pula asyik paparkan menu berpantang setiap kali kemas kini blog. Apa kata kita beralih menu selain masak-masak rebus dan sup. Bila Amie tinjau-tinjau dalam dokumen rupa-rupanya banyak terdapat resepi dan menu yang Amie tidak paparkan, dengan kata lain sebelum ini Amie memang terus kongsikan apa yang Amie masak, tetapi jika selang sehari atau beberapa hari memang Amie biarkan begitu sahaja. Ini disebabkan Amie tiada idea untuk menceritakan kembali kisah berkaitan resepi tersebut. Bagaimanapun, resepi Kek Coklat Kukus yang Amie paparkan kali ini memang masih segar dalam ingatan kerana bujang kedua sudah berpesan, sewaktu hari jadinya nanti dia minta Amie buatkan 2 jenis kek iaitu kek yang Amie paparkan ini dan juga American Brown Cheese Cake yang pernah Amie buat awal tahun 2013!
Siapa yang tidak suka Kek Coklat Kukus? Kalau boleh, Encik Suami dan anak-anak ingin terus makan sebelum benar-benar sejuk! Walaupun kita sudah biasa makan kek Coklat Kukus, tetapi tidak pernah jemu untuk terus menikmatinya... bila-bila masa!
Amie pinjam resepi ini daripada ROS JINTAN MANIS dan terdapat sedikit penderhakaan ke atas toppingnya! Selain chocolate rice, Amie taburkan cincangan badam panggang. Resepi asalnya ialah Kek Coklat Moist (Kukus). Terima kasih banyak-banyak ye Ros... minta izin Amie kongsikan resepinya di sini untuk tatapan rakan-rakan yang lain pula.
Resepi : Kek Coklat Moist ( Kukus)
Sumber Resepi: rosmarlina@jintanmanis.com
Bahan-bahannya:
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
3/4 ( tiga suku cawan) minyak masak
1 cawan gula
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko ( ros guna serbuk koko jenama van hauten)
3 biji telur
beberapa titik esen vanila
*Untuk Topping dan Hiasan*
1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila. Guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice di atasnya.
Cara-caranya:
1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko, baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus.
2 Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.
3. Masukkan pula tepung yang siap diayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. Jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.
4. Alaskan acuan bulat atau petak berukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit, sejukkan. Selamat Mencuba.
Amacam? Inilah rupa paras Kek Coklat Kukus yang tak jemu dinikmati! Lepas sepotong, sepotong lagi dan lagi.... sampai habis seloyang! Lepas tu boleh buat lagi... he he ehhhh.
Terima kasih sekali lagi buat Ros Jintan Manis. Tak rugi mencuba resepi ini... pasti menjadi! Dan anak-anak akan meminta lagi....
18 comments
nyum! nyum! memang tengah teringin kek coklat. koko powder dan esen vanilla dah habis. kena restock baru dapat buat.
BalasPadamwah sedapnya MIe kak noor dtg ni malam2 nak dah bawa piring pun ni nak rasa kek cekelat ni..
BalasPadamPehh!!! Kek ceklat memang mengancam. . :-)
BalasPadamJangan lupa simpankan sepotong ya...kejap saya sampai depan pintu...
BalasPadammoistnya kak....kek kukus mmg sdap..!
BalasPadamwaduhhhhhh mengancam betuk kek coklat kukus Amie ni, terus teringin nak makan kek cekelat mlm2 ni taw....siapa yg harus dipersalahkan dlm hal ni..huhuhuhu...cuba jawabkan cikgu Amie...
BalasPadamOhh kak Amie...enak rak karuan..mmg rak jemu
BalasPadamYa Allah..menduga betul..sedapnya..dah lama tak buat..
BalasPadamSalam Amie...Emmm sedapnya!Simpankn atie sepotong ya..sok2 dah baek batuk...atie dtg ambik (^_^)
BalasPadamAmie..buat ummi terliur je ni, sampai telan2 air liur, hihi..
BalasPadamTake care ye.
Assalam k amie
BalasPadamehhh sama entry kita kek coklat cuma x sama resepi kan. Resepi Ros sy byk kali jg buat memang sedap
soo rich chocolate cake ni.
BalasPadamsabar yana sabar..kek cakelet je tuh hihii.. yana skg stop dulu membaking ..proses nk diet kononnya hihiii
BalasPadamnampak sangat moist kek coklat kak amie ni...
BalasPadamDalam pantang pun rancak kak amie ni main masak2...tabik tul la
Salam kak amie.. tun blom penah try resepi nih.. nmpk sgt lembut tu..
BalasPadamsalam Amie..lama tak singgah..bila singgah terus melekat tak nak balik dah..hehe..kek coklat kukus camni mmg anytime anywhere jadi hot stuff! mesti cuba resepi 1 day..tq 4 sharing! :)
BalasPadamSedapnya Amie, tak tertahan melihatnya, ummi ni kalau kek coklat memang suka bebeno.
BalasPadamnampak sedap lah kek coklat badam kukus nie.
BalasPadam