Anda Sedang Mencari Resepi Untuk Masak Daging? Jom Kita Selongkar Dapur Zaliedana!
8:56 PTG
Assalamualaikum.
Salam kasih sayang buat semua pengunjung budiman. Segmen Meriahnya Dunia Masakan kali ini Amie tampilkan seorang blogger masakan, dan merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang memberi komitmen sepenuhnya terhadap urusan rumah tangga. Amie sangat kagum dengan kerajinan beliau menghasilkan pelbagai resepi hasil air tangannya untuk hidangan anak-anak dan suami tercinta setiap hari. Sekiranya anda berkunjung ke blognya, di penjuru atas bahagian pengenalan dirinya, tertulis perkataan di situ iaitu : hobi memasak untuk hubby! Aduhai... beruntungnya suaminya, sejuk hatinya setiap hari menikmati hidangan lazat dari isteri tercinta. Mudah-mudahan rumah tangga mereka sentiasa dalam keadaan aman, dan berbahagia hingga ke syurga!
Blogger masakan yang rajin mencuba pelbagai resepi ini juga turut menyertai kumpulan FB: MERIAHNYA DUNIA MASAKAN dan tanpa membuang masa Amie perkenalkan empunya blog iaitu Ct. Zaidah dari GeorgeTown Pulau Pinang. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk berkunjung ke dapurnya di DIARI ZALIEDANA.
Banyak resepi enak dan lazat yang dikongsi oleh Ct. Zaidah di dapurnya. Namun begitu, untuk Segmen Meriahnya Dunia Masakan ini Amie memilih masakan daging untuk perkongsian maya ini. Ct. Zaidah memang rajin mencuba pelbagai resepi daging daripada blogger masakan seperti DAYANG JACK, HANA MEMORIES, KAK NOR SECUBIT GARAM, AYU CURLYBABE'S SATISFACTION, UMMI HOME SWEET HOME (sekadar menyebut beberapa nama), dan hasil masakan hasil air tangannya boleh kita lihat seperti di bawah ini.
Daging Berempah Harum Pudina
Daging Goreng Halia & Minyak Bijan
Daging Dendeng Pandan
Daging Goreng Jintan
Daging Masak Bamia
Daging Masala
Daging Goreng Ala Kaprau
Daging Rempah Bercajun
Daging Goreng Lada Hitam Berempah Cajun
Daging Lompap
Daging Masak Hitam Ala Mamak
Kerutuk Daging Adabi
Daging Merah Bersos Plum
Daging Goreng Berlada
Memang hidangan yang disajikan nampak sungguh lazat dan mampu menggoda selera! Untuk resepinya, silalah ke DIARI ZALIEDANA. Diharapkan agar pengunjung yang tercari-cari resepi untuk masakan daging dapat memanfaatkan hidangan dan sajian dari dapur Ct Zaidah. Untuk Ct Zaidah... terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi menyertai kumpulan masakan yang Kak Amie tubuhkan. Sesungguhnya Kak Amie sangat kagum dengan pelbagai hasil air tangan Ct untuk hidangan suami dan anak-anak. Pada masa yang sama, Ct turut menyumbang untuk memeriahkan dunia masakan tanahair! Sayang selalu dari Kak Amie.... terus masak-masak ye Dana!
19 comments
Assalam kak amie,tima kasih ya sudi terjah dapo sy yg xseberapa tu..malu n tebal muka dah rsa nih kak amie..org lain wat blog kita pon sibuk juga nk berblog,padahal blog kita ni xtara mna pon,dah ler jrng2 update,huhu..skng nih sjak da bb,mlm2 gini baru free nk update..makin bertmbah ahli ni,makin kna pndai bahagi msa ler sy nih..ape pun sy sgt2 bersyukur,sbb dapat mmbesarkan ank2 sendri,tanpa bantuan org lain dan setiap ari dpt msk pelbagai menu utk semua insan2 tersayang..Tima kasih sekali lagi utk kak amie n sume kawan2,tanpa perkongsian rcp dri kwan2 sume,xdptlah sy nk merasa n menjamu family dgn pelbagai jnis masakan..Tq juga utk Doa2 akk,Amin3,mudah2an begitulah hendaknya..
BalasPadamSemua menu daging tu semua membuatkn air liur faa meleleh!!sedapjyaaa
BalasPadamSemuanya nmpak enak
BalasPadamBagus ni...kakpb perlukan resipi mcm ni sb anak suka mkn daging. Jarang masuk fb la Amie, kdg tak cukup masa kat sana...nnti akk like.
BalasPadamSalam kak amie ^^ kak ct ni mmg rajin.. hampir tiap2 petang wat kuih.. kagum tun..
BalasPadamZaliedana,
BalasPadamwaalaikumussalam... sama-sama kasih.
Kakak memang kagum betul dengan kebijaksanaan Dana membahagi masa untuk urusan rumahtangga, tabik spring!!! Mudah-mudahan Allah sentiasa permudahkan segala niat dan usaha Dana untuk kebahagiaan keluarga. Kongsi resepi daging ni banyak manfaatnya, sebab kakak sendiri pun kalau ada daging terus mati kutu tak tau nak masak apa hehe hehehh.
Faa,
sedapkan Faa... syukurlah ada rakan blogger yang sudi kongsi resepi daging.
Rohah,
memang enak ye Rohah...bolehlah cuba mana yang berkenan.
Zana,
BalasPadamalhamdulillah... senang kita nak masak kalau tahu hidangan kegemaran keluarga kan Zana.
Tun Telani,
betul tu Tun... kakak pun bayangkan Dana ni macam lipas kudung bila di dapur... ligat je buat kerja, tiba2 siap je terpapar di fb...
Memang menyelerakan sungguh lauk yang Zalieda masak..nak nak amie dah bubuh satu satu,terang dan nyata..hehehe meliur tengok..bagus idea amie nie..senang kalau nak masak terjah umah diakan...
BalasPadamAduhai Amie... kakak tengok satu-persatu sampai tak terpejam mata. Sedap-sedap belaka.
BalasPadamsemuanya WOW! kalau suruh pilih, sVs suka daging goreng jintan :)
BalasPadambetul tu kak amie..
BalasPadamct ni klu masak..memang dua tiga jenisss menu...
mengeliurkan bila tengok....
Memang meletop nampak lauk2 tu, buat ummi terliur je ni Amie.
BalasPadamKak Asma,
BalasPadambetul tu kak... senang kita nak masak kalau jumpa resepi daging yang pelbagai di dapur Dana...
Kak Zakie,
Amie pun terliur sama Kak Zakie, sebab kalau bab daging ni memang kena sabar sikit nak masak bagi dia empuk, baru sedap makannya kan kak.
SudipvsSenduk,
memang sedap tu.. aroma jintan memang mampu membuka selera!
Mas,
BalasPadamrajin betulkan Ct kan Mas...
Ummiross,
Amie pun terliur sama Ummi... sama-samalah kita ngencesss he he ehhh.
Isk isk AMie nie terliur sudah D5 nie hah tgk gambar2 kat blog Amie nie heheh bila lah leh dpt merasa air tangan Amie kan hehhehe
BalasPadamSalam tuan punye dapur..
BalasPadammmg tgh mencari resepi masak daging tuk dimasak hari ini..dh dpt idea pun..tQ =)
tapi...
dlm pada kita dok syok2 mkn daging ni, apakate lepas makan kite terus telan omega guard tuk pecahkan lemak dari daging tu...br la lemak tu xsmpt nk beku..jom lawat website saya www.myhealthynote.com
saya akan cdgkan suplemen yg ssuai tuk anda..^_^
salam,
BalasPadamkalau saya nak kongsi resepi masakan daging ni kat www.resepi.my boleh x?
salam kak..
BalasPadamwah hebat blog akak,banyak resepi.
Thanks for the great resepi
BalasPadam