Iftar Hari Ke 15 : Lamb Marmite & Rocoh Tapai Pulut

7:24 PTG

Assalamualaikum.



Hari ini Amie mendapat serangan penyakit malas masak! Sebaik sahaja pulang dari menghadiri mesyuarat PIBG di sekolah, rasanya ingin merehatkan diri sampai ke petang! Entah kenapa ketika baring di hadapan televisyen, tiba-tiba teringat Lamb Marmite yang Amie pernah makan di My Inn Hotel pada Mei 2012 lalu. Ketika itu memang Amie berminat untuk mengetahui resepinya melalui salah seorang tukang masak di hotel tersebut yang merupakan bekas anak murid Amie. Malangnya, sehingga ke hari ini tiada pula kesempatan untuk menghubunginya. Jadi, dengan menggunakan deria rasa (ingatan), Amie cuba olah mengikut kreativiti tersendiri. 

Resepi : Lamb Marmite
Sumber : ...belum berani mengaku sebab takut salah resepi....hi hihiiiii

Bahan-bahan:
1kg daging bebiri - potong ikut cita rasa
5 ulas bawang putih - kisar
3cm halia - kisar
1 sudu makan lada hitam - tumbuk
2 sudu makan Marmite
1 sudu makan jus lemon
2 sudu makan minyak zaitun
1 sudu makan kicap cair Cap Kipas Udang
1 sudu makan madu
1 sudu makan bijan - goreng tanpa minyak (sangan)

Cara:
1. Gaul daging bebiri bersama bawang putih, halia, lada hitam, minyak zaitun, jus lemon, kicap cair serta Marmite.
2. Perap selama 2 jam dalam peti sejuk.
3. Keluarkan dan panggang di dalam kuali non-stick.
4. Gunakan api perlahan, dan biarkan air keluar dari daging menjadi kuah.
5. Balik-balikkan sehingga daging masak dan kuah mengering.
6. Masukkan madu, dan gaul sebati.
7. Angkat dan taburkan bijan ketika menghidang.

Sebelum masak Lamb Marmite yang sedang diperap, Amie bersama Encik Suami jalan-jalan ke pasar Ramadhan di seberang jalan berhadapan dengan kawasan perumahan kami. Amie terjumpa pulut tapai. Beli sebungkus, isinya 3 ketul. Amie buat Rocoh Tapai Pulut. Tentu ada yang pertama kali dengar perkataan 'rocoh'. Apa itu 'rocoh' ye... nanti Amie telefon bonda di kampung, sebab perkataan ini bonda yang selalu sebut!


Amie seorang saja yang minum Rocoh Tapai Pulut. Selebihnya, yang empat beranak minum air tebu. Oleh sebab Lamb Marmite itu tidak berkuah, kering.... jadi Amie sediakan Sup Ayam Daun Kemangi. Seperti biasa, Amie tambahkan lobak putih, masukkan tomato, tauhu lembut dan juga sedikit daging ayam. Untuk menaikkan aromanya, Amie bubuh daun kemangi, untuk menggantikan daun sup!


Yang di bawah ini sudah tentulah hasil jalan-jalan cari makan di pasar Ramadhan. Nampaknya hanya murtabak sahaja yang laris, bersama air tebu!


Si bongsu meminta Amie menyimpan sepotong Lamb Marmite di dalam pinggan makannya. Katanya, dia ingin makan untuk sahur nanti sebab katanya Lamb Marmite yang Amie masak rasanya sedap! Oh ..... sayang Mummy! Mummy dah simpan sebahagian Lamb Marmite untuk lauk bersahur malam nanti. Jadi, si bongsu pun menghabiskan kepingan Lamb Marmite di dalam pinggannya.


Masih mencari resepi sebenar untuk menghasilkan Lamb Marmite yang benar-benar enak! Ada sesiapa yang mempunyai atau tahu resepi ini? Amie sudah bertanya Encik Google tetapi alamat yang diberi tidak lengkap! Asyik tersesat jalan dan hingga ke petang tak terjumpa resepinya! 
Selamat berbuka puasa dan jangan lupa solat terawih....

13 comments

  1. Salam kak amie! jalan2 sblm solat isya` hihihi... baru sudah makan, hari ni kita makan maggi korea ajerrr sbb teringin nk makan pastu makan kuih ajerr :D tgk sup akak tu sukenya kita terbyg byg sambal kicap, perah limau ya kak? mmg tak serik nanti taubat lagi buat lagi kikiki... kena taubat nasuha dulu baru tak buat lagi :D kita tak makan kamben, dulu2 pernah nk makan tp kita tak thn dgn bau dia, mcm nak pitam terus masa nak makan tuu, tp bila org masak kamben kita pun terasa nk makan tp tak leh makan :D rocoh tapai tu kita sgt2 jakun, tak pernah pun minum mcm tu, tak senoneg ke kak kepalanya? hihihi...

    BalasPadam
  2. salam Mie..
    akak pun dah siap solat segala isyak dan teraweh kat umah ja sbb dah ada imam dlam umah senang tkyah gi semejid sedapppppp lah akak dah tiru Amie punya masak udang yg kemarin tu insyaallah esuk lusa masuk N3 heee thanks sedap anak2 ckp..

    BalasPadam
  3. terliur ngn rocoh tuh...pestime dgr nih...dah mula terguda...

    BalasPadam
  4. meriahnya menu kali ni yummyy! tergoda dgn rocoh tu kak amie

    BalasPadam
  5. nani pun tak reti nak masak jenis2 kambing ni. takut berbau pulak kalau tak kena cara. jadinya, nani selalu beli yang dijual di giant tu. memang dah soiap2 perap. tapi tak boleh nak lawan dengan yang buat sendiri la kot.

    BalasPadam
  6. salam kak amie.. sedapnya... tapi tak kenal pulak wani dengan marmite tu ..jakun bila nama x pernah dengar ni hihi... rocoh tu pun first time dengar ... air minuman rupanya ..boleh nak try gak ni..

    BalasPadam
  7. salam amie. Dalam pada penat dan malas tu, macam-macam juga amie masak. Sedap sedap pula tu.
    Banyak n3 amie yang bundo terlepas. Bulan bulan puasa ni tak larat nak bejalan la mie..hehe.
    Suka dengar anak2 gemar makan udang tu. Kita ni kalau masaka dan keluarga suka makan, tak terasa penat kan?

    BalasPadam
  8. 1st time dgr nama minuman rocoh.. mcm kna cuba jer..dh terguda hihii..

    BalasPadam
  9. tgk air tu tergodanya...namanya pun special..

    BalasPadam
  10. Laaa... kesiannya makan kamben sampai nak pitam ye.... tapi tengok juga gaya masaknya Ika, tak semua resepi kamben tu berbau...
    Haaa.... jakun lagi bila dengar rocoh ye ha ha hahhh kepala okey aje, bukannya minum air 'tapai'! Tapi campuran tapai ....

    Kak Noor,
    Alhamdulillah....
    Wangi aje kan udang masak tu kan Kak Noor.

    Adda,
    Jom nikmati rocoh Adda.

    BalasPadam
  11. Hanis,
    Memang sedap rocoh tu Hanis... Kak Amie minum sorang2!

    Nani,
    Kakak biasa masak kamben, sebab ayahbonda mentua memang pakar masaknya, lagipun ayahanda mentua pernah jadi tukang masak pengurus ladang zaman pentadbiran British dulu, banyaklah resepi masakan barat yang dipelajarinya.....

    BalasPadam
  12. Wani,
    marmite tu exstact yeast, lebih kurang bovril juga,
    rocoh memang sejenis minuman, orang jawa punya minuman!

    Ibundo,
    betul tu Bundo, kalau ikutkan hati memanglah malas nak ke dapur, nak ngadap je hidangan depan mata... tapi demi keluarga, buat juga... dan hilang penat kalau anak kata sedap, licin ....

    Yana,
    boleh cuba Yana... senang saja nak buatnya tu...

    Rohah,
    entahlah Rohah.... bila beli tapai pulut tu, tiba-tiba teringat 'rocoh' yang mak suka buat masa buka puasa kecik2 dulu... tapi itu mak gunakan tapai ubi!

    BalasPadam
  13. Macam macam ada di dapur nya kak amie.memang kenyang deh kalo masuk sini..hehe. semua makanan di atas melly belum pernah dengar dan rasa,bagusnya kalo tetangga sama akak nanti melly bantu abisin rocoh tapai pulut nya..hehe
    Happy Sunday akak sayang.:-)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe