Agar-Agar Lumut @ Santan
2:23 PTGAssalamualaikum.
Nampaknya belum ada perancangan untuk hidangan berbuka puasa pada petang ini. Pagi tadi, sambil mengemas dapur, sambil-sambil juga membuat Agar-Agar Lumut @ Santan sebagai menu pencuci mulut. Amie gunakan resepi yang pernah Amie gunakan sebelum ini. Sebenarnya hasrat untuk membuat sekali lagi Agar-Agar Lumut ini timbul setelah melihat warna hijau menawan di dapur 1001 Cerita 1001 Rasa - Noorsha dan disebabkan adanya buah naga yang Noorsha bubuh sebagai hiasannya. Bolehlah klik DI SINI untuk mendapatkan resepinya kerana Agar-Agar Lumut @ Santan yang Amie olah berbeza sedikit dengan resepi yang digunakan oleh Noorsha yang bersumberkan Kak Wan @ Citarasawan. Terima kasih Noorsha, Kak Amie pinjam idea buah naga tu ye... macam segar rasanya!
Nampaknya buah naga yang Amie gunakan agak pucat warnanya. Tapi tak apalah, sekadar untuk suka-suka sahaja.
Resepi : Agar-Agar Lumut @ Santan
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
10 gram agar-agar
550ml air
80ml santan pekat
1 biji telur
6 sudu makan gula pasir
secubit garam
setitik pewarna hijau
Cara:
1. Didihkan agar-agar bersama 550ml air sehingga larut.
2. Masukkan gula pasir serta setitik pewarna hijau dan kacau sehingga larut.
3. Pukul telur dan masukkan ke dalam santan. Tapis. Kemudian masukkan ke dalam adunan agar-agar di dalam periuk. Kacau perlahan-lahan. Tutup api.
4. Masukkan adunan agar-agar ke dalam acuan yang disukai.
Anak-anak dan Encik Suami sukakan bahagian santan dan telurnya. Syukurlah, nampaknya bahagian yang mempunyai santan dan telur kelihatan lebih tebal.
Agar-Agar Lumut @ Santan sedang disejukkan di dalam peti ais menunggu masa berbuka petang nanti. Selamat berhujung minggu buat semua dan selamat berpuasa untuk hari keenambelas di bulan Ramadhan al- Mubarak.
13 comments
CANTIK LA AKAK BUAT DLM BEKAS PUTRI AYU TU..CUTE JE :)
BalasPadamsalam Amie...comel jer dlm acuan putri ayu..tu,blh sekali ngap jer.hikhik
BalasPadamAmie, cantiknya agar2, tengok pun sejuk je, ummi kalau start makan agar2 ni, tak reti nak berenti, hik!
BalasPadamsaya suka sgt agar2 lumut ni...hampir tiap petang beli unk berbuka.
BalasPadamCantik le amie agar2 tu
Salam kak amie!! Nk yg dlm cwn tu tauuu!! Kita tak buat dessert2 arini sbb mslas :D
BalasPadamMasih ada kah kak agar agar nya..sukaaa
BalasPadamkak amie..mieza suka agar2 ni..tp tak pernah lg wat sendiri.selalu beli kat kantn 3 potong RM1..cantik sekali kombinasi dgn buah dragon tu..buat ieza terliurrrr...kak nak sikit kak agar2 ni..yg bentuk love tu comel sungguh kak amie cayangggg
BalasPadamAgar2 umut kak Amie sangat comel... buat kecik2 gitu senang makan kan... tak yah nak potong2 lagi
BalasPadamcantik mie..
BalasPadamTeringat pula agar-agar yang taruk telur ni yang mak buat masa bundo kecik2 dulu.
Cantik berhias. Nmpk lagi lah sedap
BalasPadamsedapnya...rajin btol la k. amie ni..
BalasPadamassalam amie, sejuk mata tgk agar2 lumut ni, cantik n berseri bila kaler pink buah naga kat atas tu
BalasPadamNice blog :)
BalasPadamsalam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...