Ikan Merah Masak Sambal Cocos
3:14 PTG
Ada sesiapa yang belum makan tengahari? Marilah datang ke dapur Amie. Amie hidangkan resepi Ikan Merah Masak Sambal Cocos. Ingatkan hari ini gantung periuk saja sebab Encik Suami ada sedikit kerja di luar yang hendak diselesaikan dan katanya tidak makan di rumah. Memang dia makan di luar tetapi 2 anak bujang Amie teringinlah pula makan ikan masakan tradisi sebelah bapanya. (Bujang yang seorang lagi berada di Sandakan, ikut pertandingan tarian singa.) Memang bujang sulung suka sangat masakan ini sebab sudah biasa dihidangkan menu begini di kampung. Biasanya MIL gunakan ikan bayan tapi oleh kerana Amie hanya ada ikan merah, ia juga boleh digunakan untuk masakan ini.
Resepi: Ikan Merah Masak Sambal Cocos
(Istilah Cocos merujuk kepada suku kaum Melayu Cocos)
Sumber: Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
3 keping ikan merah
500ml santan sederhana pekat
2 biji limau nipis - perah jusnya
garam / perasa pilihan
serbuk kunyit
minyak
Bahan kisar:
15 biji cili kering
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1.5cm belacan - resepi tradisi asal tidak bubuh tapi Amie saja bubuh
1 genggam ketumbar biji
Cara:
1. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit. Goreng setengah masak. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak.
3. Masukkan santan .
4. Masukkan ikan dan biarkan mendidih hingga ikan masak.
5. Masukkan garam dan perasa.
6. Masukkan jus limau nipis.
7. Ikan Merah Masak Sambal Cocos sedia untuk dihidangkan.
Marilah cuba resepi masakan tradisi Melayu Cocos yang memang terkenal dalam masyarakat ini. Menu ini selalunya dihidangkan dalam majlis kenduri dan bacaan doa selamat di kampung.
16 comments
Sedap nama gulai cocos ni...boleh la cuba nanti....
BalasPadamSalam Amie..semalam kita masak ikan siakap goreng bersantan.Belum sempat masuk N3.lebih kurang sama,tapi tak ada belacan.Resepi ikan Amie ni nampak sedap.
BalasPadamSALAM KAK AMIE
BalasPadamBARU JE nak tanya maksud cocos tu apa hihi... nampak menyelerakan la blh la dicuba nanti
nampak sedap ikan masak cocos ni..blh masuk list gak ni :D
BalasPadamAssalamualaikum Amie,
BalasPadamWaaaa..ikan sambal cocos plakkkk, nampak sungguh menyelerakan la, ketayap ngan ikan haruan kat bawah tu pun bukan main lagi berposing...hehehe menarik dan tertarik
Salam dihjung mngu amie...jdi lapor la plak tgk ikn merah nii..bak nsi la spngan...sdpnyaaa..
BalasPadamAmie..boleh cuba ni..terima kasih amie..
BalasPadamPaty,
BalasPadamboleh cuba, ada kelainan rasanya sebab bubuh ketumbar dan jus limau nipis.
Puan Ros,
agaknya sama menu kita tu, belacan tu Amie tambah.
Wani,
Cocos tu nama salah satu etnik / suku kaum minoriti negeri Sabah yang didatangkan oleh kompeni Inggeris dari Kepulauan Cocos - Kelling (sekarang wilayah Australia)
Azatie,
BalasPadammasakan tradisi orang Melayu Cocos ni Atie, dapat resepi dari MIL and orang Kampung Cocos.
Wattie,
sekali-sekala kena masak juga masakan keluarga belah sini.
Maz,
lapar ye... marilah makan sama, ada nasi lagi ni.
Acik Erna,
silakan Acik, selamat mencuba!
Salam Kak Amie, wahhh nampak sedap & pekattttt je kuahnya..mesti sedap makan ngan nasi panas ni....
BalasPadamnampak sedap la masaka ni..harus dicuba nanti...slalunya x tau nk masak apa kalau dengan ikan ni...
BalasPadamtq share resipi yer..
Sue,
BalasPadammemang kuahnya pekat sebab bersantan.
Gula Merah,
betul tu...kadang2 mati kutu dibuatnya kalau nak masak ikan.
salam kak amie
BalasPadammmg ke nama resepi ni sambal cocos
salam....nama ikan merah masak sambal cocos ni tk pnh lg sy dngr, tp lbh krng la cra mskkannya dng berengkes ikan yg d msak olh kaum cocos.... tq kak amie coz buh cocos kt rspi.... sya sorg yg brbnggsa cocos.
BalasPadamTq sis...sebab ketengah kan masakan suku kaum sebelah..ibu yin. Nek wan sukak ni masak ke gini. Emang enak betul...;)))
BalasPadamTq sis...sebab ketengah kan masakan suku kaum sebelah..ibu yin. Nek wan sukak ni masak ke gini. Emang enak betul...;)))
BalasPadam