Smoothie Nenas & Jus Durian Belanda

1:36 PTG

Kita  minum-minum dulu sebelum menikmati hidangan tengahari. Ada lebihan nenas yang agak banyak selepas Amie gunakan untuk aksesori Laksa Utara kelmarin, jadi Amie terus sejukbekukan dalam peti ais. Hari ini Amie sediakan untuk anak-anak dan juga bapanya yang kebetulan ada di rumah sebelum menjelang tengahari.  Pada masa yang sama, ada sebiji buah durian belanda yang sudah masak ranum. Amie jadikannya sebagai jus minuman. Antara dua jenis menu ini nampaknya Smoothie Nenas yang menjadi pilihan anak-anak.


Resepi: Smoothie Nenas
Sumber: Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
500gram isi nenas - potong dadu
100ml yogurt asli
200ml susu segar
3 sudu gula - Amie bubuh lebih sebab ingin imbangi rasa nenas yang agak masam

Cara:
1. Sejukbekukan nenas selama 4-5 jam.
2. Masukkan nenas, yogurt asli, susu segar dan gula ke dalam pengisar.
3. Kisar kesemua bahan hingga halus lembut.
4. Tuang ke dalam gelas.
5. Sedia untuk dinikmati.


Isi durian belanda sememangnya pekat dan kental selepas dikisar. Jadi, Amie lebihkan penggunaan air iaitu 1 bahagian isi durian belanda sama dengan 4 bahagian air. Manakala gulanya terpulanglah kepada kehendak citarasa masing-masing. Amie memang kurang gemar yang terlalu manis, dan cukuplah sekadar manis-manis buah saja.

Resepi: Jus Durian Belanda
Sumber: Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 cawan isi durian belanda 
4 cawan air
4 sudu gula
ketulan ais

Cara:
1. Kisar isi durian belanda bersama gula dan air hingga hancur.
2. Tapis bahan yang dikisar.
3. Tuang ke dalam gelas.
4. Masukkan ketulan ais.
5. Sedia untuk dinikmati.

Jom minum. Hari ini cuaca di tempat Amie panas. sesiapa yang datang ke sini memang Amie sediakan minuman sejuk untuk hilangkan panas dan dahaga!



12 comments

  1. selamat tengah hari Kak Amie..
    waaa...banyak koleksi minuman ek..emm tentu segar rasanya pekena smoothie nenas...

    BalasPadam
  2. Amie, ummi datang cari resepi smoothie buah kiwi, dah beli bahannya tadi, nak cuba buatlah hehe..

    BalasPadam
  3. assalamualaikum..amie, kita datang nak minum smoothie, nyamannya sejuk2 pas panas terik kat pantai remis hehe. Yang nenas mesti sedap lagikan, durian belanda tu mcm ada bau sikit heh

    BalasPadam
  4. amie..
    buat tuk maklong smoothie durian belanda 1 gelas besar punya.. hehehe..

    sejak maklong tahu khasiat durian belanda suka tak suka maklong ngap juga.. buat jus lebih senang nk telan kan.. rajin amie buat macam2 smoothie..

    BalasPadam
  5. Rahel,
    koleksi minuman buat tamu Kak Amie yang sudi datang..he he heh

    Ummi,
    selamat mencuba Ummi, tentu sedap jadinya.

    Rosa,
    memang nenas lebih sedap, ha,...betul tu memang ada bau... bau durian belandalaa...he hehhe

    Maklong,
    memang banyakkhasiat durian belanda maklong, yang bagusnya jadikan smoothie sebab semua serat khasiat masuk badan,
    boleh..nanti Amie buatkan ye Maklong.

    BalasPadam
  6. emmmmm bestnya kalau dapat minum smoothie ni....

    BalasPadam
  7. jln2 petang .. sy paling suka jus durian belanda.. klau makan gitu jer pun sedap .. tpi skrg susuah sikit nk jumpa buah DB ni.. ada tanam pokonya.. cam tak bbuah2 pulak..

    BalasPadam
  8. MP,
    banyak2 smoothie yang Kak Amie buat, smoothie nenas agaknya yang lebih sedap, sebab anak2 suka...

    dZana,
    lama tu nak berbuah, tapi kalau dah berbuah memang tak pandai berhenti.

    BalasPadam
  9. Amie..acik belum dapat buah durian belanda..dah pi pasar tani pagi tadi..pun tak de jugak..

    BalasPadam
  10. Acik Erna,
    memang tak banyak durian belanda, kalau ada di pasar pun sebiji dua je...agaknya dah tak banyak pokoknya dan orang pun kurang minat dengan buah ni

    BalasPadam
  11. Slam…sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser mgikut dose yang di gunakan..herba warisan ini terlalu berkesan…daun herba warisan…merawat dan membaik pulih…jangan tunggu sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat.. hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia…herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 017468 7570 mohd zuhairi… Hubungi saya sgera..nanti sy akn bmbing puan n tuan bgaimna hrus d lakukan n tndakn yg tpt plu d buat msa dpt knser n bgai mna hndak rwat kn...boleh sertai grup psakit2 knser sy n mlhat testmni yg amat bnyk...kita bley bbncng bgai mna nk mrawat...sy n psakit2 yg dh smbuh or yg msih d rwat n mkin sht akn bmbing n tnjuk ajar tuan n puan n bg smgt motivasi...jgn kita kseorangan...bla ksorangan...sllu kita akn lmah n down...sertai sy n hbungi sy scpt mkin utk lhat testmni2 mnarik sy cma bntu membantu…sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa…penawar nya telah ada…hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh…jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid…orang ada kanser…saya akan membantu merawat hingga sembuh NAMA SYARIKAT SAYA…..JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    Layari laman web jusinfiniti.blogspot.my utk testimoni dan jika mahu lebih banyak lagi jadi lah ahli grup psakit2 saya anda akan bertemu lebih banyak pesakit2 yang telah sembuh dan juga pesakit2 yang masih sedang berjuang melawan kanser


    BalasPadam
  12. JUTAWAN HERBS, ada penawar untuk anda sembuh daripada pelbagai penyakit kanser yang telah Terbukti berkesan dan turut dipercayai pesakit2 kanser di seluruh malaysia dan luar negara. Menjadi produk yang wajib dibawa ke mana sahaja, Produk keluaran JUTAWAN HERBS adalah pengeluar produk yang berpengalaman mengubati pelbagai penyakit kanser. Kami memiliki testimoni daripada pesakit2 kanser yang telah sembuh /bebas kanser yang disahkan oleh doktor sendiri. Adakah anda @ orang yang tersayang serta rakan2 anda sedang bertarung dengan dengan kanser ketika ini? Ya! Anda telah buat pilihan yang tepat kerana memilih JUTAWAN HERBS! Dapatkan segera produk kami Anda akan kami 'invite' ke WhatsApp Group kami yang terdiri daripada pesakit2 kanser. Ramai yang gerun dengan rawatan Kimoterapi, dengan Group WhatSApp kami,anda boleh mendengar sendiri perkongsian daripada ahli group yang tetap kuat, dan bertenaga menjalani kehidupan seharian dengan sokongan Jus keluaran JUTAWAN HERBS ini. Marilah bersama2 mengumpul semangat juang bersama pesakit kanser yg lain. Jangan terus buang masa, kita tak akan sembuh dengan hanya menunggu tanpa usaha dan keyakinan, kita yang perlu mencari penawar untuk sembuh, kita berhak memilih untuk sembuh! Kita berhak memilih hanya yang terbaik!! 017 468 7570 EN MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN PENGASAS DAN PEMILIK JUTAWAN HERBS WhatsApp sekarang...

    Layari laman web jusinfiniti.blogspot.my utk testimoni dan jika mahu lebih banyak lagi jadi lah ahli grup psakit2 saya anda akan bertemu lebih banyak pesakit2 yang telah sembuh dan juga pesakit2 yang masih sedang berjuang melawan kanser

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe