Singgang Ikan Tenggiri, Sayur Campur & Sambal Tempoyak
1:39 PTG
Salam Jumaat. Sebentar lagi Amie dan Encik Suami akan berangkat ke Sandakan untuk menyertai Seminar Potensi Diri yang akan di adakan pada pukul 7.30 malam ini di Kompleks Sukan Sandakan. Oleh kerana Encik Suami belum pulang dari menunaikan solat Jumaat, Amie ambil kesempatan untuk kemas kini Amie's Little Kitchen. Hari ini Amie sediakan hidangan tengahari lebih awal memandangkan anak-anak semua dihantar ke kampung sementara kami berdua mengikuti seminar di Sandakan nanti. Kebetulan pula malam tadi datang anak saudara sebelah suami tidur di rumah kami. Anak saudara kami ini akan pulang ke Sarawak minggu hadapan kerana menyambung pelajaran, dan jarang berjumpa, jadi Amie masaklah seadanya supaya dia boleh makan bersama sepupunya (anak-anak kami).
Resepi: Singgang Ikan Tenggiri
Sumber: Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
4 keping ikan tenggiri
1 labu bawang besar - potong bulat
3 biji bawang putih - hiris
2 biji tomato - belah 4
2 batang serai - dititik
1 biji cili merah - belah 2
2 keping asam gelugur
1.5cm halia- hiris
1.5cm kunyit hidup - hiris
1 sudu serbuk pati ikan bilis
500ml air
Cara:
1. Panaskan air dalam periuk. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia, kunyit dan serai serta asam gelugur.
2. Apabila air mendidih, masukkan ikan tenggiri dan tomato serta cili merah. Masak selama 5 minit.
3. Masukkan serbuk pati ikan bilis.
4. Tutup api.
5. Sedia untuk dihidangkan.
Amie lengkapkan hidangan tengahari dengan Sayur Campur.
Resepi: Sayur Campur
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1/2 batang lobak merah - hiris nipis
8cm tempe - hiris kecil-kecil
1 cawan taugeh
10 biji kacang buncis - hiris serong
15 biji bebola ikan - belah 2
10 ekor udang - buang kulit dan belah belakang
1 labu bawang besar - cincang
3 biji bawang putih - pecahkan
1 biji cili merah - hiris
1 sudu serbuk pati ayam
minyak
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis cili merah, bawang besar serta bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan lobak merah dan tempe. Goreng seketika.
3. Masukkan bebola ikan dan udang. Gaul rata.
4. Masukkan kacang buncis dan taugeh.
5. Taburkan serbuk pati ayam.
6. Sayur Campur siap untuk dihidangkan.
Tidak ketingggalan ..... Sambal Tempoyak and the gang termasuk telur masin, ulam timun, tomato dan daun salad. Nampaknya hari ini Amie's Little Kitchen jadi kebun sayur pula.... ha hahahh.... Jom makan. Amie dah sediakan sepinggang nasi dengan lauknya sekali di bawah ini. Pandai-pandailah layan diri di dapur.... lepas makan, letak saja pinggan kosong di sinki. Carilah apa-apa air yang sesuai untuk diminum. Tuan dapur jalan dulu ye. Jumpa lagi.
Selamat menjamu hidangan tengahari dengan menu kampung yang ringkas!
17 comments
hmmm..sedap betul menu makan siang di rumah kak amie . numpang makan kak,tengah sibuk buat cookie nih, ngga sempet masak..hehe
BalasPadamRingkas tapi menyelerakan. Yang paling best adalah gambar no. 3 tu
BalasPadamAssalamualaikum..singgan ikan dan sambal tempoyak..sesuai sangatlah gandingannya...kalau dapat kat saya ni, kompem berkali tambah..kena lagi dapat nasi putih panas2
BalasPadamPsstttt..selamat menghadiri seminar...
hidangan camni buat kita makan bertambah ni ..sedapnya..
BalasPadamsodappnyee ade sambal tempoyak..semua lauk besh2...telur masin lagi...
BalasPadamsalam kak..amboi sedapye ikan tenggiri singgang..padankan plak ngan sambal tempoyak..gelora rasa perut ni ..nak jugaak!!!
BalasPadamamboi mengancam sungguh menu Amie....!
BalasPadamKalau macam ni sepinggan tak cukup Amie, kena sedia nasi tambah ni, hik!
BalasPadamSelamat berseminar...
Kak amie cayang...long time no see..winduuuuuu..mieza busy sesangat this week...ni baru boleh jengah blog tu pun sekadar menjengah...umah baru kak amie ni menawan betul..rajin kak amie ubahsuai umah...dan singgang ikan itu owhhh menyelerakan..mieza suka singgang ikan..sedap! Masam2 gitu..hirup srupppp pun sedap kan kak..selamat ebrseminar..semoga byk ilmu baru yg dapat dipelajari..mieza pun seronok di conference hari tu...insyaAllah kalau diberi peluang akan bentang paper lagi..selamat pergi dan selamat kembali dari tawau ye kak amie :)
BalasPadammasa g vietnam baru2 ni..singgang ler yg paling sy igt kak amie..huhu..rindu kalo x mkn singgang..hehe
BalasPadamSalam Amie..
BalasPadamWalaupun simple mskkan begini mmg menyelerakan. Anak Hawa mmg suka lauk singgang begini lagi2 kalau ada sambal belacan!! yum3x
As'salam Amie
BalasPadammenu sihat ni ada sayur2an lagi. ct suka lauk2 macam ni tambah2 lagi lauk yang ct suka tu, singgang ikan tu..waduhhh! kalau hirup panas2 perghhh..pengsan..
Ikan tenggiri antaro ikan yg papa mifz mkn sbb x byk tulang,hehe
BalasPadamSalam Kak Amie, dah lama tak sempat singgah sini..blog makin cantik, imej makin malatoppppp gitu..i like!
BalasPadammama respect kat amie,sibuk macammana pun masih sempat memasak..hu2x..mama asyik menunjuk je..& 2,3 hari ni tak sihat sikit..
BalasPadamlama tak masak singgang...hirup kuah panas-panas....wallla
BalasPadamAduh, terasa pulak kesedapannya singgang campur tempoyak
BalasPadam