Jambangan Bunga & RVC dari Ucu Bakery

2:54 PTG

Nampaknya hari ini Amie kena lupakan dulu periuk kuali buat seketika kerana tidak sabar-sabar lagi untuk mengangkut jambangan bunga dan RVC sempena Ulang Tahun Pertama Amie's Little Kitchen daripada UCUBAKERY . Bukan apa, takut tertinggal penerbangan sebab hanya MAS Wing saja yang boleh mendarat di Lahad Datu. Kalau naik Air Asia terpaksalah turun di Sandakan atau Tawau, dan terpaksalah mengayuh tongkang ke Teluk Darvel. Alhamdulillah, sempat sampai ke KLIA dan terus naik Air Bus ke Kota Kinabalu. Dijangkakan sampai ke Lahad Datu pada pukul 4.55 petang tapi jadual penerbangan 2 jam diawalkan. Mulanya sangka Ucu gurau senda saja tentang jambangan bunga dan RVC sebab Ucu kan kelakar orangnya, suka geletek hati orang. Entah macamana Amie boleh sampai depan rumahnya dan memang terkejut beruk sebab Ucu sudah menunggu dengan jambangan bunga dahlia putih kuning dan siap menyuap kek lagi ke mulut Amie. Aduh.... Ucu cayanggggg.... bilalah kita boleh bertemu ye. Semoga susah payah Ucu selalu berkayuh tongkang datang ke Lahad Datu untuk menjalin silaturrahim akan mendapat rahmat daripada-Nya. Terima kasih Ucu... mudah-mudahan Ucu sentiasa sihat dan banyaklah tempahan kek yang datang ke tempat Ucu.


Buat pengetahun Ucu, Jambangan Bunga Dahlia ( Kak Amie pun tak pasti bunga apa ye Ucu), sudah Kak Amie gantung di sudut dapur kakak buat kenang-kenangan. Wah! Tambah berserilah dapur baru Kak Amie ye Ucu.

  
Kek yang comel dan lazat di atas dan di bawah ini pun sudah selamat masuk ke perut he he hehehh...

Jadi, hari ini Amie kenyang makan RVC dan menjamu mata melihat rimbunan jambangan dahlia daripada Ucu. Terima kasih kepada Ucu Faridah dan juga kepada semua rakan-rakan blogger yang sentiasa memberikan sokongan moral selama ini kepada Amie. Sayang semua..... sayang yang teramat sayang! MMMuahhhhhh...... mmmmmmuaaaaaaahhhhhhssss.

32 comments

  1. hepi 1st anniversary to AMIE'S LITTLE KITCHEN blog....wah curlastt RVC meleleh ayaq lioq cheq ni...terasa kesedapan nyer ngeee

    BalasPadam
  2. kek n bunga..dua2 cantik dua2 sedap ;-)

    BalasPadam
  3. hepi anniveseri...."AMIE'S LITTLE KITCHEN"

    sedapnye kek tu..

    BalasPadam
  4. Salam Kak Amie..nampak lazat betul kek kecik tu..

    hepi 1st anniversary to AMIE'S LITTLE KITCHEN blog...makin ok aje..

    BalasPadam
  5. Sedapnya kek, ari tu ummi ada makan RVC ni, rumah kawan, sedap sangat!

    BalasPadam
  6. AS'salam Amie

    Uhhh...tak boleh tahan dengan RVC tu..kecur dahhh..

    BalasPadam
  7. as-salam
    happy 1st anniversary AMIE'S LITTLE KITCHEN!!!!

    BalasPadam
  8. happy anniversary.. bestnya dapat bunga cantik dan kek sedap.. Alhamdulillah..

    BalasPadam
  9. Happy anniversary..bunga cantik kek sedap..tahniah.

    BalasPadam
  10. k.amie..kah..kah...kah...tersembul2 ayaq liur baca akak punya entry..akak memang kelas bab2 mengayat...

    hidup orang bukit hijau....hehehe...
    muah..muah...

    BalasPadam
  11. salam... sedapnyaaaa... hepi aniversari utk blog amie ye.. :) teruskan dengan karya2 anda, dan selamat berkongsi ngan semua.. :)

    thank follow me, i follow u balik..

    BalasPadam
  12. Happy anniversary to AMIE's LITTLE KITCHEN. Mmg best betul blog Amie ni, tak puas Kaz menelaah dari satu entry ke satu entry.

    BalasPadam
  13. Salam tahniah buat Amie dan Ucu juga kerana sudi beri hadiah.. Che Mid tumpang happy...

    BalasPadam
  14. seronoknya amie dapat kek dan jambangan bunga ni..tahniah!

    BalasPadam
  15. kak Amie..Epy 1ST aniversary AMIE'S LITTLE KITCHEN ^_^..sedapnyaa RVC tuu..best dpt bunga skali dgn kek :=)

    BalasPadam
  16. Hepi 1st anniversary to Amiie's Little Kitchen...semuga terus sukses...dan share resepi yg best2...:)

    BalasPadam
  17. happy 1st anniversary untuk blog akak.. semoga makin mantap dengan entry2nya ye.. ihihihihi.. ye kak ita pun rindu nak berblog kak..:)

    BalasPadam
  18. happy anvry n tahniah utk blog yg berseri2 ini.. apa kbr amie.. baru nk BW rata2 ni.. smbil selongkar2 rspi yg terlepas..

    BalasPadam
  19. wah bestnyer dpt bunga dan RVCC tu..tahniah kak.:)

    BalasPadam
  20. hepi 1st anniversary amie..sedapnya kalau mama dpt makan kek tu..he2x..bunga pun cantik !!,,

    BalasPadam
  21. Lady Ayu,
    terima kasih Ayu,
    memang RVC tu sedap! Pandai Ucu Faridah buat.

    KhaiRin,
    memang cantik dan memang sedap....:) macam tuannya.....UcuBakery... eh hehheee

    Ainoraini,
    terima kasih Ain,
    sedap ooo...tak cukup sebiji RVC tu, nanti nak order pulak dengan Ucu faridah.

    BalasPadam
  22. Rahel,
    terima kasih Rahel,
    memang lazat kek RVC kecik tu, kecik comel aje kan.

    Ummi,
    memang sedap Ummi... lagilah sedap dapat free...:)

    CT Delima,
    haa... kalau dah kecur liur ini bukan salah Amie... he heheh ini kena jumpa Ucu Faridah ni.

    BalasPadam
  23. Ady,
    terima kasih Ady.

    Hanis,
    terima kasih...alhamdulillah dapat bunga cantik dan kek yang sedap!

    Qemak,
    terima kasih,
    suka sangat dapat kek sedap & bunga yang cantik.....:)

    BalasPadam
  24. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  25. Ucu Faridah,
    terima kasihlah dik... terasa meriahnya dapur kak Amie hari ini dengan kiriman jambangan bunga nan indah, dan sebiji kek comel tu...
    hidup juga orang Meru!

    BalasPadam
  26. JassNani,
    terima kasih, jom sama-sama berkarya.

    Kaz,
    terima kasih,
    terima kasih juga kerana sudi singgah dapur Amie.

    WC,
    terima kasih,
    memang seronok, hari ini rasa lebih ceria.

    BalasPadam
  27. Yana,
    terima kasih,
    seronok dapat kiriman bunga dan kek tu.

    Cik Cek,
    terima kasih,
    insya-Allah akan terus menyumbang resepi, dan belajar masak lagi...:)

    Che Mid,
    terima kasih,
    terima kasih kerana sudi ikuti perkembangan Amie's Little Kitchen.

    BalasPadam
  28. Juwita,
    terima kasih,
    selamat kembali... he hehehh terasa lama sangat tak muncul.

    Dzana,
    terima kasih Dzana, Amie khabar baik.

    Nieza,
    memang best Nieza...hari ini rasa lebih ceria.

    Mama Aini,
    terima kasih, kehadiran mama Aini juga turut memeriahkan suasana dapur Amie.

    BalasPadam
  29. Happy annivesary amie littlekitchen
    Tahniah.

    BalasPadam
  30. assalamualaikum kak amie.. lama rasa tak meninggalkan komen kat blog kak amie ni.

    happy 1st blogesary buat amies little kitchen. smoga terus suksess dan terus berblog. happy blogging!!

    BalasPadam
  31. selamat hari ulangthn utk blog Aimie....

    BalasPadam
  32. Acik Erna,
    terima kasih Acik.

    Izah,
    terima kasih,
    terima kasih sudi datang.

    Myda,
    terima kasih,
    happy blogging.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe