Ayam Panggang Oregano

12:15 PTG

Assalamualaikum dan selamat pagi. Sejak Jumaat lepas tak dapat up-date blog, off-line.... jadi banyaklah resepi tertunggak dan basi... he ehee.... yang Amie nak kemas kini pun resepi hari Jumaat, kebetulan ulang tahun suami dan masa tu memang kelam kabut sebab terlupa tarikhnya. Petang Jumaat tu terus pergi kedai kek yang berdekatan, tapi terkejut sebab kek-kek sudah habis ditempah untuk hari bapa..... nak pergi bandar, masalah traffic pula. Telefon pakwe.... (ingatkan nak buat surprise tapi tak jadi), oleh kerana petangnya dia balik dari arah bandar, biarlah dia beli kek tapi katanya tak sempat sebab traffic jam lebih teruk, takut tak sampai rumah sebelum pukul 7.  Pukul 7 malam Amie pula kena pergi hadiri dinner di Hotel Eksekutif pula meraikan perpisahan dengan boss lama dan meraikan kedatangan boss baru. Apa yang sempat Amie masak petang itu sekurang-kurangnya dapatlah menyamai hidangan di hotel, sebab Amie kalau makan yang sedap-sedap tanpa anak-anak rasanya  macam susah sangat nak telan. Sebelum pergi dinner, Amie hidangkan resepi Ayamg Panggang Oregano, bersama Kentang Wedges dan Salad Campuran..... tanpa kek ulang tahun!... kesian dia..... tapi akan disambut bersama keluarga yang lain sempena hari bapa pada hari Ahad.


Ayam Panggang Oregano ini Amie buat ringkas sahaja. Campur serbuk oregano, sos barbeque, sos Worcesteshire Lea & Perrins, jus lemon dan bahan-bahan lain, kemudian diperap dan panggang. Amie suka cara begini sebab apabila semua bahan telah meresap, daging ayam akan masak sekata dan lebih lembut. Cuma masa memerap itu agak singkat memandangkan hari menjelang petang, sebab bajet masa Amie masak dari jam 5 hingga 6 petang sahaja, jadi hanya sempat perap 1 jam, lebih lama diperap lebih bagus.

Bahan-bahan:
3 bahagian ayam (bahagian sukuan belakang)
3 sudu sos barbeque
2 sudu sos Worchester Lea & Perrins
2 sudu serbuk oregano
1 biji lemon (ambil jusnya)
3 sudu minyak zaiton
3 ulas bawang putih (cincang)

Cara:
1. Gaulkan ayam dengan kesemua bahan di atas dan perap selama  1 jam (masa paling singkat Amie gunakan - sebab nak jimat masa).
2. Panggang ayam hingga masak - Amie panggang dalam kuali - alas daun pisang.
3. Hidangkan bersama kentang wedges dan salad.


Untuk sosnya pula, Amie sediakan sos lada hitam. Amie campurkan 1 labu bawang besar yang dicincang bersama 2 sudu sos tomato, 1 sudu kicap pekat, 1 sudu lada hitam (tumbuk), sedikit bancuhan air tepung jagung dan sedikit garam. Oleh sebab ayam sudah diperap dengan jus lemon, Amie tak masukkan jus lemon dalam sos. Masak sos tadi hingga pekat dan tuangkan di atas ayam panggang oregano.



Maklumlah, Amie fikirkan keriangan anak-anak juga.... jadi Amie buatkan mereka kentang wedges dan juga salad campuran. Buat salad pun cara koboi, potong dan gaul mana yang ada. Jadinya, terhidanglah salad macaroni, campur mix-vege, buah peach, kismis dan dragon fruit... he eheee... sangat berwarna-warni pulak nampaknya... Sebelum Amie dinner di hotel, sempatlah bersama anak-anak meraikan ulang tahun si dia...walaupun secara ringkas saja.



Sempat ambil gambar menu di Hotel Eksekutif. Semuanya di taja oleh Yang Dipertua PIBG, En. Abdul Salam Kassim. Bukan guna duit tabung PIBG tapi Encik Abdul Salam sendiri yang sponsor ....Alhamdulillah, murah rezeki En. Salam yea.... Lebih 10 lauk hidangan malam itu. Sempat juga tangkap gambar makanan yang Amie ambil termasuklah Udang Goreng Salut Tepung dan Ayam Goreng Ala- Thai seperti di atas tu....



Nak juga rasa menu yang lain, tu sebab Amie tak ambil nasi... takut perut penuh dan tak dapat jamah lauk-pauk yang ada seperti Sotong Goreng Belacan.



Ikan Sweet & Sour tak ketinggalan untuk dinikmati.



Begitu juga dengan kuih popia dan Lamb Masak Lada Hitam. Akhirnya Amie dapat win-win situation... di rumah sempat dirai, di hotel pun sempat dihadiri.

14 comments

  1. ayam tergolek2 lagi tu..sedapnyer, set ayam yg cukup menggoda rasa..
    2 hari lepas ida ada juga msk ayam t'golek2 ni..resepi yg femes kat sume blogger..ayam panggang ala kenny rogers
    Yg ni pun nmpk sedap..dh ada dua2 sos tu dh cukup utk menyedapkan ayam ni kn..

    BalasPadam
  2. Salam kunjungan... wah beselera ngn resepi tu... teruskn menambah resepi yg lagi menarik.. senang2 singgah la ke blog saya ;)

    http://www.zuwairiaiman.com

    BalasPadam
  3. meleleh ayaq lioq tgk....
    alahai akak cian sang somi tue mcm mana leh lupa date bufday dia plak hikhikhik

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah rezeki.. kat hotel makan sedap.. kat rumah makan lagi sedap yer..

    BalasPadam
  5. hmm sedap tgk ayam panggang ni..salad dia pun nampak best je..hehe ada dragon fruit kah dlm tu..

    BalasPadam
  6. Salam Amie,
    Bestnya nampak ayam golek Amie, rajin Amie membuatnya, nak rasa sikit boleh

    BalasPadam
  7. ida,
    kak amie suka pilih resepi ni sbb perap dgn lemon tu bagi ayam cepat masak... maklumlah...masak gaya koboi hehe

    BalasPadam
  8. bobhandburry,
    insya-Allah akan terus tambah resepi..terima kasih sudi dtg.kak amie dah cuba bbrp kali masuk blog bob tp tak dpt..

    BalasPadam
  9. lady ayu,
    dari dulu mmg kak amie keliru tarih 17/6 dengan 16/7...dan tahun lepas serta tahun sebelumnya mmg sambut pada hari bapa (kak amie buat di rumah & semua ahli keluarga dtg- jadi serentak sambut birthdaynya) tapi tahun ni kak amie tak sambut hari bapa di rumah pulak...

    BalasPadam
  10. hazila,
    buat simple2 je... panggang olok2 dalam kuali...

    BalasPadam
  11. hanis azla,
    betul tu...biasanya di hotel kita dihidang dulu dgn air minuman, dah kembung perut barulah keluar hidangan.... he ehehee

    BalasPadam
  12. aesh came,
    iye...dragon fruit,maklumlah...capai je mana yg boleh campur jadikan salad..., bagi meriah2 sikit utk anak2

    BalasPadam
  13. wattie,
    sbb ayam ni lembut isinya, maka cepatlah masuk ke perut kecuali tulangnya... he ehehehe...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe