Ikan Belawis Panggang & Ulam Latok

10:15 PTG

Pernah dengar ikan belawis? Ikan ini bentuknya leper, hidup di batu karang. Isinya lembut dan sangat enak. Amie panggang saja, panggang atas kuali beralas daun pisang. Belum sempat diterbalikkan, ikan sudah masak. Nanti Amie ganggu, hancur jadinya.... tak nampak rupa ikan belawis lagi. Nampak tak kunyitnya masih lagi jelas tak terusik....Amie temankan ikan ini bersama latok. Pernah sekali dulu Amie masukkan dalam blog gambar latok. Latok ialah sejenis rumpai laut, dan merupakan makanan tradisi masyarakat Bajau. Biasanya latok dimakan bersama nasi dan ikan bakar. Amie pernah makan cara tradisi masyarakat ini, memang sedap walaupun sangat ringkas. Yang penting ada ikan bakar terutamanya ikan kayu, latok, mangga muda, dan cili padi. Ikannya pula memang segar dari laut, tak payah bubuh garam dan kunyit.... bersihkan dan panggang, cuci pun dengan air laut....


Sebaik sahaja diangkat dari kuali, terus hidangkan sebab bila dah sejuk tak dapat rasa manis ikan.



Ikan panggang buat macam biasa saja. Yang Amie nak kongsi bersama di sini ialah cara menyediakan latok. Ini cara Amie, mungkin ada beza dengan cara orang lain atau cara tradisi masyarakat Bajau itu sendiri. Keluarga sebelah suami pula akan sediakan perahan air limau, sambil makan nasi sambil petik latok dari tangkai, celup dalam air limau dan masuk ke mulut. Cara Amie pula seperti di bawah ini.

Bahan-bahan:
10 tangkai latok - petik dari tangkai - bilas dan terus toskan sebab latok tak boleh direndam
1 biji mangga muda - mangga Amie hampir masak- cincang
1 biji lada merah - hiris
7 biji cili padi - biarkan bulat, dipatahkan jika mahu makan
3 biji bawang merah - hiris nipis
2 biji limau kasturi - perah airnya
sedikit belacan - kalau rajin boleh bakar dan jadikan serbuk - kalau tak rajin buatlah macamana pun

Cara:
1. Gaul kesemua bahan yang dihiris bersama latok.
2. Perahkan air limau kasturi.
3. Taburkan belacan.
4. Hidangkan segera.



Latok tak boleh dibiarkan lama-lama, sebab ia akan cair - maklumlah dari air laut...tapi sebenarnya banyak khasiat latok, dan Amie telah cerita panjang lebar dalam n3 yang lepas.

22 comments

  1. oooo nama rumpai laut ni latok ya...jiran depan rumah selalu beri pada emak, saya tak pernah pulak cuba.emak selalunya makan cicah sambal belacan je

    BalasPadam
  2. atie xpernah tgk LATOK nie..sedap ker kak?

    BalasPadam
  3. Ixora,
    latok tu agaknya sebutan dalam bahasa bajau sbb di sini mmg ini salah satu makanan tradisi masyarakat bajau,
    ha... lain org lain cara makannya kan...

    BalasPadam
  4. azatie,
    tak tau nak kata sedap ke tidak sbb lain2 cita rasa.... tapi ranguplah bila kita kunyah, rasa sikit masin air laut (bukan masin garam), setengah orang panggil anggur laut sbb bergugus2

    BalasPadam
  5. tak pernah makan latok..
    kalau ada rezeki nak try juga..

    BalasPadam
  6. 1st time dgr latok tu kak...tak pernah mkn...menarik yer:)

    BalasPadam
  7. salam kak Amie..latok, 1st saya dengar dan tengok rupe die.yg pntg xpenah mkn.bagusla kak, akak selalu letak makanan yg lain dr yg lain.saya suka belajar bnda baru nih.:)

    BalasPadam
  8. Habsah,
    biasanya yg tinggal berhampiran laut senang dapat - sbb latok tak tahan lama, cair....

    BalasPadam
  9. Nieza,
    macam2 ada di bumi Tuhan ini....best!

    BalasPadam
  10. Kamalia,
    kalau tak dtg / duduk sabah... kak amie pun mungkin tak jumpa selain yg kita jumpa di tempat kita...

    BalasPadam
  11. salam k.amie...nak buat rayuan ku mcam lagu rohana jalil tu....aku insan yg lemah, hanya mampu berserah...bla..bla...(dah x ingat lirik...) n3 yg lepas masa tu kita blm bekawan lagi...bolehlah sekiranya k.amie mengulas secara lanjut APAKAH ITU LATOK, BAGAIMANAKAH RUPANYA LATOK ITU...?

    BalasPadam
  12. Ucu,
    kesian dia...ketinggalan bas, sila pergi ke Dapur Amie Sentiasa Berasap - Aneka Hidangan Etnik Sabah....lengkap ada gambar latok yang segar..dan khasiatnya sekali

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum Amie,

    wah ini kan kalau makan mesti nak bertambah...kurang 3 pinggan nasi...nah lepas tu terduduk atas sofa...hehe...ikan ni banyak nama2nya...kdg sampai keliru juga.

    BalasPadam
  14. Nuridah,
    lain tempat lain namanya, ikut bahasa sukuan masing2...
    kak amie ratah je latok tu dgn ikan...tp kalau layan selera mmg betul mau 3 pinggan!

    BalasPadam
  15. mcm best je latok ni..x pernah mkn..

    BalasPadam
  16. Nens,
    tempat2 tertentu je ada latok...

    BalasPadam
  17. Salam Amie,
    Akak tak pernah lagi makan makanan cam ni.....nak tumpang makan kat rumah Amie leh....

    BalasPadam
  18. tak pernah tgk and makan latok ni.. tp nmpk sedap.. klu jumpa teringin juga nak merasa.. tapi kat sini susah nak jumpa rasanya..

    BalasPadam
  19. Kak Wattie,
    ramai yang tak pernah nampak / makan latok... amie pun kalau tak datang sini (lahad datu) agaknya tak mungkin jumpa latok ni...

    BalasPadam
  20. Hanis,
    agaknya disesetengah tempat aje ada latok - di pesisir laut...

    BalasPadam
  21. Salam Amie

    1st time kak Zai dengar dan tak pernah makan.

    BalasPadam
  22. Kak Zai,
    nampaknya mmg sebahagian besar drp kita baru first time dgr & nampak... takpe, tambah pengetahuan..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe