Ayam Panggang Oregano ini Amie buat ringkas sahaja. Campur serbuk oregano, sos barbeque, sos Worcesteshire Lea & Perrins, jus lemon dan bahan-bahan lain, kemudian diperap dan panggang. Amie suka cara begini sebab apabila semua bahan telah meresap, daging ayam akan masak sekata dan lebih lembut. Cuma masa memerap itu agak singkat memandangkan hari menjelang petang, sebab bajet masa Amie masak dari jam 5 hingga 6 petang sahaja, jadi hanya sempat perap 1 jam, lebih lama diperap lebih bagus.
Bahan-bahan:
3 bahagian ayam (bahagian sukuan belakang)
3 sudu sos barbeque
2 sudu sos Worchester Lea & Perrins
2 sudu serbuk oregano
1 biji lemon (ambil jusnya)
3 sudu minyak zaiton
3 ulas bawang putih (cincang)
Cara:
1. Gaulkan ayam dengan kesemua bahan di atas dan perap selama 1 jam (masa paling singkat Amie gunakan - sebab nak jimat masa).
2. Panggang ayam hingga masak - Amie panggang dalam kuali - alas daun pisang.
3. Hidangkan bersama kentang wedges dan salad.
Untuk sosnya pula, Amie sediakan sos lada hitam. Amie campurkan 1 labu bawang besar yang dicincang bersama 2 sudu sos tomato, 1 sudu kicap pekat, 1 sudu lada hitam (tumbuk), sedikit bancuhan air tepung jagung dan sedikit garam. Oleh sebab ayam sudah diperap dengan jus lemon, Amie tak masukkan jus lemon dalam sos. Masak sos tadi hingga pekat dan tuangkan di atas ayam panggang oregano.
Maklumlah, Amie fikirkan keriangan anak-anak juga.... jadi Amie buatkan mereka kentang wedges dan juga salad campuran. Buat salad pun cara koboi, potong dan gaul mana yang ada. Jadinya, terhidanglah salad macaroni, campur mix-vege, buah peach, kismis dan dragon fruit... he eheee... sangat berwarna-warni pulak nampaknya... Sebelum Amie dinner di hotel, sempatlah bersama anak-anak meraikan ulang tahun si dia...walaupun secara ringkas saja.
Sempat ambil gambar menu di Hotel Eksekutif. Semuanya di taja oleh Yang Dipertua PIBG, En. Abdul Salam Kassim. Bukan guna duit tabung PIBG tapi Encik Abdul Salam sendiri yang sponsor ....Alhamdulillah, murah rezeki En. Salam yea.... Lebih 10 lauk hidangan malam itu. Sempat juga tangkap gambar makanan yang Amie ambil termasuklah Udang Goreng Salut Tepung dan Ayam Goreng Ala- Thai seperti di atas tu....
Nak juga rasa menu yang lain, tu sebab Amie tak ambil nasi... takut perut penuh dan tak dapat jamah lauk-pauk yang ada seperti Sotong Goreng Belacan.
Ikan Sweet & Sour tak ketinggalan untuk dinikmati.
Begitu juga dengan kuih popia dan Lamb Masak Lada Hitam. Akhirnya Amie dapat win-win situation... di rumah sempat dirai, di hotel pun sempat dihadiri.
ayam tergolek2 lagi tu..sedapnyer, set ayam yg cukup menggoda rasa..
BalasPadam2 hari lepas ida ada juga msk ayam t'golek2 ni..resepi yg femes kat sume blogger..ayam panggang ala kenny rogers
Yg ni pun nmpk sedap..dh ada dua2 sos tu dh cukup utk menyedapkan ayam ni kn..
Salam kunjungan... wah beselera ngn resepi tu... teruskn menambah resepi yg lagi menarik.. senang2 singgah la ke blog saya ;)
BalasPadamhttp://www.zuwairiaiman.com
meleleh ayaq lioq tgk....
BalasPadamalahai akak cian sang somi tue mcm mana leh lupa date bufday dia plak hikhikhik
Sedapnya ayam panggang..
BalasPadamAlhamdulillah rezeki.. kat hotel makan sedap.. kat rumah makan lagi sedap yer..
BalasPadamhmm sedap tgk ayam panggang ni..salad dia pun nampak best je..hehe ada dragon fruit kah dlm tu..
BalasPadamSalam Amie,
BalasPadamBestnya nampak ayam golek Amie, rajin Amie membuatnya, nak rasa sikit boleh
ida,
BalasPadamkak amie suka pilih resepi ni sbb perap dgn lemon tu bagi ayam cepat masak... maklumlah...masak gaya koboi hehe
bobhandburry,
BalasPadaminsya-Allah akan terus tambah resepi..terima kasih sudi dtg.kak amie dah cuba bbrp kali masuk blog bob tp tak dpt..
lady ayu,
BalasPadamdari dulu mmg kak amie keliru tarih 17/6 dengan 16/7...dan tahun lepas serta tahun sebelumnya mmg sambut pada hari bapa (kak amie buat di rumah & semua ahli keluarga dtg- jadi serentak sambut birthdaynya) tapi tahun ni kak amie tak sambut hari bapa di rumah pulak...
hazila,
BalasPadambuat simple2 je... panggang olok2 dalam kuali...
hanis azla,
BalasPadambetul tu...biasanya di hotel kita dihidang dulu dgn air minuman, dah kembung perut barulah keluar hidangan.... he ehehee
aesh came,
BalasPadamiye...dragon fruit,maklumlah...capai je mana yg boleh campur jadikan salad..., bagi meriah2 sikit utk anak2
wattie,
BalasPadamsbb ayam ni lembut isinya, maka cepatlah masuk ke perut kecuali tulangnya... he ehehehe...