Ikan Cencaru Sumbat, Sambal Mangga & Ulam-Ulaman

9:29 PTG

Alhamdulillah, kita dapat bertemu lagi. Nampaknya Amie hanya sempat menyediakan hidangan makan malam sahaja. Sampai ke rumah menjelang Asar, bersihkan diri, solat dan bergegas ke dapur buka peti sejuk, keluarkan apa yang patut untuk dimasak. Memang teringin sangat nak buat pelbagai masakan seperti kek, muffin, puding dan macam-macam lagi yang cantik dan sedap seperti di daput Ct. Delima, Ucu Bakery, Kak Ummi, Juwita, Ayu, Lady Ayu, Madiha dan ramai lagi yang tak mampu Amie tuliskan di sini. nama-namanya. Insya-Allah Amie akan cuba atur masa, cari masa untuk mencubanya. Amie sangat menghargai kalian, yang ikhlas berkongsi resepi, rasa dan pengalaman. Dan sebagai penghargaan Amie senaraikan empunya dapur di blog Amie untuk memudahkan Amie berkunjung bila Amie senang. Kalau dilihat dalam blog Amie ini hanya terpapar lauk-lauk sahaja, jadi rasanya kurang sempurnalah bahan cerita dari dapur yea.... tak cukup masam manis masinnya. Bila teringat anak-anak teruja masuk ke Shouthern Bakery angkut muffin, pizza, dan pelbagai roti..... terlintas di hati, andainya anak-anakku makan hasil air tanganku..... alangkah.....hmmmm, Amie banyak mengelamun ni. Nanti tak siap lagi hidangan malam ini. Amie masih teringat sambal kelapa lauk kelmarin malam, macam tak puas makan pulak. Nak buat lagi hari ini, macam rasa jemu....baiklah buat yang lain. Jadilah ikan cencaru sumbat.... kelapa juga isinyakan. Amie tak bubuh cili tapi gantikan dengan lada putih, takut anak-anak kepedasan pula. Sebagai ganti cili, Amie sediakan sambal mangga dan ulam-ulaman sebagai pelengkap. Jom tengok resepi Amie....


Nampak montel betul perut ikan cencaru kena sumbat.... ha..hahaha... agaknya inilah hasil orang tamak..... sebab nak sangat makan kelapanya, sampai memaksa perut ikan menampung secawan kelapa! Resepi kali ini biasa sahaja, tidak merujuk mana-mana buku kerana memang dari dulu Amie peminat ikan cencaru sumbat terutama yang dipanggang. Bahan-bahan yang digunakan semuanya jenis tradisional termasuk daun kunyit dan kunyit hidup.... sesuailah dengan ikan klasik ini. (Ikan klasik.... maknanya ikan yang sejak sekian lama Amie makan...).  Sambal mangganya pula satu hal....tiba-tiba nak guna belacan, tak tahu mana perginya benda tu. Sebenarnya pada hari Ahad lepas semasa tukang kabinet dapur buat kerja, semua barang dapur suami alihkan.... pelbagai tempatlah dia letak. Ada yang masuk laci, ada yang di penjuru dapur, ada yang masuk peti sejuk. Nak cari lada putih tadi pun kecoh dibuatnya. (Sebenarnya dapur tu belum lengkap & siap sepenuhnya). Akhirnya Amie gunakan udang kering sebagai ganti belacan. Tak sangka pula, rasanya tersangatlah sedap! Berbaloi-baloi rasanya sebab kehilangan belacan!


Bahan-bahan untuk ikan sumbat:
1 ekor ikan cencaru seberat 600gram - bersihkan dan belah belakang
1 cawan kelapa parut
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1cm halia
1/2 helai daun kunyit - hiris nipis
1 batang serai - hiris nipis
2cm kunyit hidup
1/4 sudu teh pati asam jawa
garam & gula
1/2 sudu teh lada putih
daun pisang - alas memanggang

Cara:
1. Tumbuk halia, bawang putih, bawang merah, kunyit hidup dan halia hingga lumat.
2. Masukkan lada putih dan tumbuk lagi.
3. Masukkan kelapa parut dan tumbuk separuh lumat.
4. Masukkan asam jawa, garam, gula, dan hirisan daun kunyit. Gaul sebati.
5. Sumbatkan ke bahagian belakang ikan cencaru.
6. Panggang hingga masak.

Bahan-bahan sambal mangga:
1cawan mangga cincang separuh masak - Amie gunakan mangga udang
2 biji lada merah
10 biji cili padi
1/3 cawan udang kering - rendam
2 biji bawang merah
2 biji limau kasturi
garam & gula

Cara:
1. Tumbuk cili padi bersama cili merah dan bawang merah hingga lumat.
2. Masukkan udang kering dan tumbuk separuh lumat.
3. Masukkan mangga cincang dan lenyek perlahan-lahan.
4. masukkan garam dan gula, dan perahan air limau kasturi. Gaul rata.
5. Hidangkan.

Ikan cencaru sumbat panggang malam ini bertemankan sambal mangga bersama ulam-ulaman kacang bendi celur, lobak merah, kobis bunga dan juga terung taiwan goreng.



Amie paling suka lobak merah celur tu....manis. Jom makan.....Bismillah.

28 comments

  1. salam kak amie... sedapnya nampak cencaru sumbat tu.. ita suka sangat .. kat sini susah nak jumpa ikan ni.. tapi ada ikan yang lebih kurang juga yang boleh digantikan.. nanti nak buat la.. tambah nak dekat puasa ni

    BalasPadam
  2. sukalah blog kak amie ni. masakan melayu yang best2, rasa mcm balik kampung pulak tengok makann ni. sedapnye!!!

    BalasPadam
  3. Kak Sam,
    menu kampung je...dah serasi dgn tekak kita ye....

    BalasPadam
  4. Juwita,
    iye...biasanya lauk begini laris betul time puasa kan..., mmg kak amie paling suka ikan cencaru masak begini., agaknya dah jadi menu tradisi

    BalasPadam
  5. Asmara,
    ini ajelah yang boleh kak amie hidang utk family, pilih yg ringkas je sbb kekangan masa, yg penting seimbang

    BalasPadam
  6. Ringkas tapi myelerakan.......maunya 2-3 pinggan kalau makan ni.....

    BalasPadam
  7. Assalam kak ikan cencaru memang fav saya juga...sukax3..hehe

    BalasPadam
  8. assalamualaikum k.amie...sabtu ni nk buat ikan rasmi asrama (ikan jaket@cencaru) sumbat mcm akak punye..lauk bajet tengah bulan....JANGAN NAK MINTA MINTA TAU...Hehehe...

    BalasPadam
  9. wah menariknya menu kak...bleh try ni hehehe, tp rasa entahla

    BalasPadam
  10. MP,
    maunya ikan tu yg 2-3 pinggan...ratah2 je...hehehehh

    BalasPadam
  11. Nieza,
    iye...mmg feberet kak amie juga dr dulu, kini dan selamanya....

    BalasPadam
  12. ucu,
    selamat menyumbat ye...jangan risau sbb hari Sabtu kak amie ada tugasan di sekolah, makan nasi tapau je... hehehehhh

    BalasPadam
  13. Aju,
    masuklah apapun...sumbat ikan tu, mesti sodap!

    BalasPadam
  14. Kakcik pun kalau buat cencaru sumbat ni, suka sumbat kelapa banyak2. :)

    BalasPadam
  15. assalamualaikum kak amie..
    saya baru sempat nak jenguk blog kak amie ni... laa banyak menu best2 la kat sini. makan mcm lauk gini sedapnyerr..terasa rasa kat tekak ni...hmmmmm

    BalasPadam
  16. Bestnya klu dok umah K.amie..ulaman & sambal mesti ada kat atas meja!...umah atie klu Apak dtg jer br buat sambal belacan/mangga...sbb HB xsuker bau belacan!

    BalasPadam
  17. kak amie
    cencaru sumbat tu sedapnyer kan kak..mieza br buat 2 hari lepas, tp lupa nak amik gambar..suami cukup gemor ikan sumbat! Nakkkkkk!

    BalasPadam
  18. Izah,
    terima kasih sudi jenguk dapur kak amie, leh kita share masam masin manis ceritanya yea...

    BalasPadam
  19. Kak Chik,
    tu la pasal sampai gemuk montel ikan cencaru amie.... hehehehhh ada geng sumbat byk2 dah...

    BalasPadam
  20. tie,
    agaknya dah terbiasa dari dulu...mesti ada yg pedas2... yg bagusnya makan pedas ni boleh bersihkan perut dgn segera....heheheh

    BalasPadam
  21. Mieza,
    mana yg buat ikan sumbat ni sedap.... ikannya atau sumbat kelapanya...

    BalasPadam
  22. Aida pun suka sangat ikan cencaru tapi aida tak pandai nak buat kelapa yang disumbat kat ikan tu... selalunya Aida bakar tawar jer ikan tu....

    BalasPadam
  23. Aida,
    potong sikit muncung ikan tu kuarkan insang, belah belakang tarik isi perutnya, dah bersih...sumbat je apa2...jadik...

    BalasPadam
  24. Assalamualikum akak...
    ikan sumbat mmg kegemaran keluarga diana nie akak... dah lama x buat dah... terliur tgk ikan sumbat tu akak..

    BalasPadam
  25. Diana,
    dulu pakwe kak amie tak suka makan ikan ni apalagi kalau disumbat, alhamdulillah lama-lama terbuka hatinya (mulutnya...) untuk cuba makan resepi selain resepi ibunya...

    BalasPadam
  26. sambal mangga, best!tak payah lauk lain dah eikkk

    BalasPadam
  27. Ixora,
    kak amie hilang belacan, ganti dgn udang kering tuk sambal tu...kira cukuplah tu...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe