Ikan Tenggiri Rebus Tempoyak
9:39 PTGSejak kelmarin lagi kepala mula rasa berat, nak demam agaknya. Namun terpaksa gagahkan diri untuk pergi bertugas, walaupun sengaja lewat bangun pagi. Semasa sedap bersiap2 pakai baju dan make-up sikit, terdengar pakwe buka pagar. Sebelum turun ke bawah Amie bangunkan anak yang masih melingkar di atas katil untuk tunaikan solat Subuh. Rupanya sebentar tadi pakwe keluar membeli sarapan pagi. Dia siap pesan lagi supaya Amie bawa sarapan sekali kalau tak sempat makan di rumah. Memang pun.... kalau tunggu beberapa minit lagi alamat terperangkaplah dalam kesesakan lalu lintas. Untuk anak-anak, dibelikannya nasi kuning (bukan pulut kuning - tapi kira nasi lemaklah cuma warna kuning), ada donut dan juga karipap. Kami keluar bersama-sama hingga ke pintu pagar tapi membawa haluan masing-masing, Amie ke timur, dia ke barat. Memang rasa tak selesa di tempat kerja, nak cepat balik tapi sampai rumah pun menjelang 1 tengahari. Sempatlah buatkan anak mee goreng koboi. Giliran Amie hantar anak tuisyen (sepatutnya pukul 10 pagi tapi sebab tak ada yang hantar, terpaksa tunda hingga petang.) Ingatkan mandi, tapi lepas solat Zohor terlelap seketika, terbangun ... hantar anak dan balik semula. Keluarkan ikan dari peti sejuk untuk dimasak petang nanti. Baring-baring depan televisyen, macam tak larat nak bawa badan.... letih semacam, tapi kena juga masak untuk makan malam, kerana sebentar lagi pakwe balik. Amie cadang nak masak rebus tempoyak ikan sembilang, bila masuk dapur rupanya tersalah rendam.... ikan tenggiri pulak!!!! Macam dah nyanyukkkkkk..... Akhirnya jadilah ikan tenggiri rebus tempoyak dan bukannya ikan sembilang rebus tempoyak. Lantaklah...... tenggiri pun ikan juga.
Geledah peti sejuk, terjumpa pelbagai lebihan sayur-sayuran. Oleh kerana esok akan datang stok baru, hari ini kena habiskan stok lama. Campur aduklah dengan segala macam.... terung taiwan, bendi dan tomato. Amie gunakan lada merah segar 2 biji campur dengan cili padi 2 biji. Malas nak kotorkan blender, tumbuk saja guna lesung, tu pasal tak berapa nak halus.....(sebenarnya takut merecik ke mata... hehehheee...) Ha... inilah hasilnya rupa paras masakan orang sakit kepala.... Walaupun sakit kepala, sempat juga merayap belakang dapur ambil daun kunyit....
Sebenarnya Amie terlupa satu bahan yang patutnya masuk dalam resepi ikan tenggiri rebus tempoyak ni. Lupa bubuh kunyit dong! Nasib baik gunakan cili merah, taklah nampak pucat lesi macam muka tuannya yang monyok je hari ini.... Masakan serba ringkas dan sekali harung masuk semua serta serba-serbi cukup lengkap ini terdiri daripada bahan-bahan yang ada di dapur seperti berikut:
600 gram ikan tenggiri (3 potong)
4 sudu tempoyak
1 biji terung taiwan - belah 2 potong 2 = 4
7 biji kacang bendi - buang ekor & tangkai
2 biji tomato - belah 4 = 8
5 ulas bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
2 biji lada merah - tumbuk
7 biji cili padi - tumbuk
1cm belacan - tumbuk
1 batang serai - ketuk
1 helai daun kunyit - siat
1/2 sudu serbuk kunyit - lupa bubuh
1 keping asam gelugur
garam & perasa
400ml air
Cara:
1. Campurkan semua bahan tumbuk bersama asam keping, serai, tempoyak dan air ke dalam periuk / kuali.
2. Biarkan mendidih. Masukkan ikan tenggiri bersama terung taiwan. Jangan masak terlalu lama.
3. Masukkan kacang bendi dan tomato serta daun kunyit.
4. Perasakan dengan garam. tutup api.
5. Sedia untuk dihidangkan.
Lepas makan boleh berehat..... ringankan kepala sebab seminggu lagi akan berhadapan dengan audit luar... Apa pun, jom makan....
14 comments
Jakun lg sebab x biasa mkn tempoyak uwaaaa....nangesss。・°°・(>_<)・°°・。
BalasPadamakak...
BalasPadambawa2 berehat tau akak... mungkin akak terlalu letih tu...
wah ikan tu mmg nampak sedap n menyelerakan walaupun akak bgtau x bubuh kunyit.. ok jer tu.. yg penting sedap kan akak... daaannn.. ehhehehee.. diana pun jakun gak nie.. x perna merasa tempoyak lg.. :D. sebenarnya x reti nak makan.. uwaaaa
Lady Ayu,
BalasPadamkak amie tolak batu & kayu..... letaklah apa pun depan mata, asalkan boleh makan (yg halal le..) mesti nak cuba...
Diana,
BalasPadamdulu pun kak amie pernah jakun gak... takut nak makan tempoyak, ha... sekali, 2 kali, 3 kali... haa... mencari lagi...hehehehh
wahh bestnya masakan ni. nak suruh my mom masakkan laah. hehe :))
BalasPadamamie..
BalasPadamsedapnya masakkan amie hari ni..
warna warni.. mengancam..!! sssyyhh.. tadi maklong g pasar tanya harga tenggiri.. mahal sangat.. tak jadi beli.. dalam 2 minggu ni harga ikan naik melambung..
isteri dan ibu mithali, tak pernah berkira tenaga walaupun kurang sihat..tetap juga dengan rutin yang sebati, tetap juga masak kan?saya memang tak reti masak tempoyak ni, terliur tengok
BalasPadamFarra,
BalasPadamseronoknya dapat merasa masakan ibu ....
maklong,
BalasPadambetul tu maklong, suami amie pun kata sekarang ikan, sotong, udang di sini pun naik harga gara2 subsidi petrol ditarik balik, minggu lepas amie cuba tinjau di pasar, memang naik lebih 2 ringgit setiap kilo...
Ixora,
BalasPadamkdg2 kena lawan juga sakit pening tu, kecuali kalau mmg dah tak larat..., dulu pun kak amie tak reti masak tempoyak (pernah masak lemak tempoyak ikan talapia masa di selangor dulu, bubuh tempoyak banyak sangat, macam bubur tempoyak rupanya....emak & ayah ketawakan.... hiii...malu eh)
Alamak tempoyak ke kak....meleleh air liur ni ha, ida suka tempoyak ni,en.asben jer tak mnk..alih2,dulu kalau nk mkn beli lauk yg dh msk jer.
BalasPadamIda,
BalasPadammula2 kawin dulu mmg selera suami amat bertentangan dgn kak amie, kak amie mmg suka cuba / makan apa juga masakan tp suami terhad kpd masakan ibunya.... lama2 suami dan keluarganya dpt terima apa juga masakan yang kak amie masak, sbb ipar duai pun campur aduk bangsa, budaya...best!
Assalam cikgu..
BalasPadamTengs ya kak selalu singgah dapo sy yg xseberapa tuh..Nmpak sedap ajer ikan akak tuh..
Zaliedana,
BalasPadamtak mahu terperuk sepanjang waktu di dapur, rimas dgn asap.... kena jalan2 cari angin segar...