Ayam Masak Ungkep
7:18 PTGSumber : Kompilasi Masakan Selangor
Resepi : Ayam Masak Ungkep
Seronoknya dapat masak resepi negeri sendiri. Amie biasa dengar resepi ini dan makan waktu hari raya atau semasa kenduri-kendara tapi tak pernah buat. Petang ini, kami sekeluarga makan malam berlaukkan ayam masak ungkep. Seperti biasa, sambil masak di dapur... tangan membuat itu ini tapi telinga tetap fokus kepada rancangan ADILA - Aku, Dia dan Lagu Radio Klasik Nasional yang ke udara setiap hari Isnin hingga Khamis bermula jam 5 hingga 7 malam. Ketika sedang mengambil gambar masakan ayam yang Amie percaya masakan orang Jawa ini, tak semena-mena Amie terduduk di tepi kabinet dapur sambil teresak-esak...tak tertahan ...., rasa sangat pilu mendengar coretan kenangan yang dihantar oleh Zahara Aida Zainuddin dari Kangar, Perlis. Amie cuba lap airmata bila tiba-tiba anak bongsu Amie ke dapur dan tegur Amie... tapi makin deras pula airmataku berlinangan.... dan akhirnya sebelum suami perasan, Amie pura-pura ke sinki membersihkan muka, yang sebenarnya membasuh airmata yang tak mahu berhenti. Oleh kerana masa makan malam telah tiba, terpaksalah Amie menghadapi hidangan dengan hati yang masih tersayat... kutelan jua nasi bersama ayam masak ungkep dan sayur terung masak bawang putih. Amie nak post dulu resepi ayam masak ungkep di sini, kemudian nanti Amie ceritalah apa yang sangat menyayat hati ini...
Resepi Asal
Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong dan bersihkan
10 biji cili merah (kisar)
5 ulas bawang merah (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
1/2 inci kunyit hidup
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan putih
300ml santan
3 batang serai (mayang halus)
2 sudu makan pati asam jawa
1 sudu makan gula pasir
garam
minyak
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar, ketumbar, jintan putih dan serai hingga wangi.
2. Masukkan ayam dan masak sehingga empuk. (Amie campur sedikit air)
3. Masukkan gula, garam, pati asam jawa dan santan. Kacau rata.
4. Masak lagi di atas api kecil selama 10 minit.
5. Apabila kuah pekat, angkat dan hidangkan.
~Amie dapati selalunya kalau ikut bulat-bulat resepi dalam buku, masakan kita tak menjadi... jadi pandai-pandailah ubahsuai ikut rasional masing-masing. Misalnya dalam resepi ini tak disebut serbuk ketumbar atau ketumbar biji, tapi bayangkan kalau baru belajar masak...masukkan ketumbar biji dengan jintan manis biji, apa hasilnya ye... dan satu lagi, selepas tumis semua bahan kisar, disuruhnya masak ayam hingga empuk... he he...sekali lagi yang tak biasa masak, boleh hangus ayam dibuatnya untuk empukkannya kalau tak masukkan sedikit air~
Ha... nak sambung cerita tadi tu..., kisah tentang seorang wanita (Zahara Aida) terpaksa ikut kemahuan ibunya untuk berkahwin dengan lelaki yang setaraf dengan keluarga mereka, seorang doktor yang baru menghabiskan pelajar di luar negara. Beliau terpaksa akur, sehingga terpaksa memutuskan hubungan cintanya dengan teman lelakinya yang miskin (walaupun belajar di universiti tetapi latar belakang keluarga mereka berbeza - ayah teman lelakinya seorang penarik beca). Pada malam pertama perkahwinannya, suaminya memberitahu dirinya terpaksa menuruti kehendak keluarganya supaya menikahinya, dan.... yang menyebabkan Amie tak tertahan pilu bila sang suami yang baru dinikahi siang tadi memberitahu... sebenarnya dia sudah berkahwin di luar negara tanpa pengetahuan keluarganya. Suaminya juga bercadang untuk menyambung pelajarannya ke luar negara....dan tahulah isteri kedua tadi bahawa suaminya berhasrat untuk menceraikannya secara perlahan-lahan. Kini sudah 5 tahun peristiwa itu berlalu, dan sebenarnya seminggu selepas perkahwinan...mereka telah bercerai. Dia juga tidak sanggup merampas suami orang dan menghancurkan kebahagian rumahtangga wanita lain. Amie sangat kagum dengan ketabahan Zahara kerana selepas itu dia juga menyambung pelajarannya di luar negara, secara tidak langsung tiada siapa yang menyangka mereka sudah bercerai. Kisah sebenarnya hanya diketahui oleh keluarganya 2 tahun lepas.... huh... biarlah...kadang2 kawan2 Amie bersangka2 bahawa cerita dalam ADILA bukan semuanya betul, tapi bagi Amie..itu hak pendengar, empunya coretan juga punya hak untuk meluahkan rasa, dan Amie juga punya hak untuk menilai dari segi moralnya.... oohhh ,..petang ini jiwaku amat tersentuh!!!!
15 comments
em...ni rupenye masak ungkep...byk versi la..
BalasPadamtntg citer tu mcm citer nur kasih..cuma dia di ceraikan...nora pun menangis tadi..sebak tgok 999
nora,
BalasPadamingatkan hatiku sekeras batu... rupanya kita ni ada perasaan jugak ye....
Salam Kak Amie.1st time saya dengar.Nampak sedap.
BalasPadamTerimakasih singgah di blog saya ya
Assalamualaikum akak..
BalasPadamdiana pun cam akak gak.. x boleh tgk / dgr kisah2 mcm tu.. pasti tersentuh..
akak... ayam tu nmpk sgt sedap ler akak... sedap sgt
ungkep tu makna apa?
BalasPadamIXORAROXI,
BalasPadamfirst time juga kak amie masak ni... tapi rasanya org kg kak amie buat tak perlu santan..
diana,
BalasPadamsyukurlah kita dianugerahkan perasaan begitu, kira kita ni normal kan, cukup serba-serbi yg Tuhan bagi,
Alhamdulllah..mmg rasanya sgt sedap!
JARI,
BalasPadamkalau tak silap kak amie makna ungkep tu tutup rapat... agaknya la ye..sbb mcm bahasa jawa je bunyinya tu...
nampak mudah untuk menyediakan lauk ni.. nnt boleh cuba.. Suka sgt dgn blog ni.. penuh dgn masakan2 yang menarik.. Thanks yer kak sudi singgah di blog saya..
BalasPadamSalam kenal utk akak.. minta maaf yer saya tak boleh nak follow sebab tak keluar imej nak folow tu.. nnt saya dtg lagi yer..
haniz,
BalasPadamtq sudi singgah, cubalah resepi versi kak amie nie...
salam k/amie..hari2 ucu jenguk dapur akak..asyik telan air liur aje...kalau lah sebelah rumah dah lama dah bawak pinggan...
BalasPadamlagi satu k.amie..ucu selalu jugak dengar adila ni masa drive nk balik ke rmh...pastila akan mengalir air mata bila kita mendengar coretan, luahan rasa yg menyedihkan...
BalasPadamucu,
BalasPadamterima kasih sudi jenguk blog kak amie, musim cuti sekolah je dpt masak mcm2... nanti dah buka sekolah balik2 goreng ikan goreng ayam saja,
iyela... insya-Allah ada rezeki bole kak amie bagi sepinggan utk ucu he he...jauhnya...
kadang2 kak amie pun seronok jugak kalau balik mesyuarat lewat petang, walaupun terperangkap dlm traffic, tp boleh dgr adila...
owh...yg ni orang panggil masak ungkep...
BalasPadamingatkan ungkep tu apa dia ....mana faham...
terima kasih kak amie share resepi ni...
nak try la bila2 rajin nak masak yg lain sket...hehe
iznie,
BalasPadamresepi sebenar ungkep tak perlu masuk santan, dan tak guna minyak tp kak amie 'terubahsuai' ikut buku resepi...