Iftar 17 Ramadan 1447H - Pecal, Ketupat & Rendang Daging

9:21 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini ada mesyuarat PIBG di ladang. Rasanya hendak berehat sahaja di rumah setelah selesai mesyuarat. Namanya sahaja hendak berehat, tapi kena fikirkan juga juadah berbuka puasa. Teringat pula adik ipar dari kampung kirim ketupat pada Malam Ketupat 15 Ramadan lepas. Ketupat yang anak buah kirim sudah habis dimakan, tapi ketupat dari kampung belum diusik. Hanya perlu carikan lauknya. Malam Ketupat, hanya bertukar ketupat sahaja tanpa lauk! Begitulah tradisinya. Ketupat pulut sebenarnya sudah cukup rasa, dan sudah tentu tambah enak ditambah kacang hijau atau udang kering seperti yang pernah arwah MIL buat.

Tapi, biasanya kita makan ketupat dengan lauk... ahaks!

Dua hari lepas kami makan ketupat dengan sambal daging kuah kacang, kari ayam dan serondeng daging. Hari ini teringin pula hendak makan dengan rendang. Macamana ni? Rasa liat sangat hendak ke dapur tapi berangan hendak makan rendang. Nanti kita cari akal macamana hendak masak rendang ya!

Oh, ya! Kami berbuka puasa dengan pecal. Hanya rebus bahan sayur, goreng tauhu dan tempe serta bancuh sambal kacang readymade untuk dijadikan kuah. Sebelum ini Amie suka buat sendiri kuah kacang :

Pecal

Banyak juga bahan pecal yang Amie gunakan. Ada pucuk ubi, pucuk paku, kangkung, timun, tempe, tauhu, taugeh dan kacang panjang. Kalau di kampung laman, nangka muda memang wajib ada selain pucuk ubi, kacang panjang, timun dan taugeh ekor kontot (taugeh buat sendiri).


Apabila kuah kacang bertemu dengan timun dan lain-lain, aromanya mengembalikan nostalgia masa lalu sewaktu berada di kampung laman.

Hidangan Berbuka Puasa

Ketupat & Rendang Daging

Rendang Daging

Kali ini Amie masak Rendang Daging gunakan slow cooker! Seperti biasa, masukkan semua bahan sekali harung dan tekan butang slow. Kemudian Amie masuk bilik dan tidur. Tiga jam kemudian, Firdaus dan Encik Suami beritahu bau rendang penuh satu rumah! Amie masuk dapur, dan pindahkan Rendang Daging dari slow cooker ke dalam kuali untuk keringkan kuahnya. Masak dalam slow cooker, kuah tidak berkurang dan sukatannya tetap begitu. Jadi, untuk memekat atau mengeringkannya, panaskan sebentar di atas dapur gas. Ini pertama kali Amie masak rendang gunakan slow cooker. Lain kali boleh buat lagi cara begigi.

Banyak resipi Rendang Daging antaranya:


Firdauslah yang paling banyak makan rendang!

Lo Han Guo @ Air Mata Kucing

Ada lebihan minuman buang panas baki buka puasa kelmarin. Amie tambahkan air panas dan lo han guo. Sedap betul hirup panas-panas. Wangi dan menyegarkan.

Salam Nuzul al-Quran 1447H.

26 comments

  1. Raya awal ni dah makan rendang dengan ketupat. Hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, itulah tradisi malam ketupat orang Cocos.

      Padam
  2. Mujurlah ada bibik yg namanya slow cooker tu tolong merendang ye Kak Amie hehe... Sedapnya pecal, tergoda la pulak 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bulan puasa ni memang banyak kali masak guna slow cooker.

      Padam
  3. aduh, lama sungguh tak makan pecal.. dulu-dulu zaman bebudak, bila tiba ramadan arwah mak mesti buat pecal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zaman dulu saya raya pecalnya lebih sedap sebab sambal kacang homemade.

      Padam
  4. sedapnya pecal jamu selera posa

    BalasPadam
  5. Amazing...luar biasa sajian yang amat2 hebat

    BalasPadam
  6. Saya makan sayur vagetrian..mesti ambil sayur banyak..

    BalasPadam
  7. Sedapnya ketupat pulut, apa-apa yang dibuat dengan pulut memang feveret dana. Dari hari apa teringin buat pecal tapi tak terbuat-buat sebab nanti yang makannya dana seorang je hehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap ketupat pulut, lemak-lemak gitu apalagi kalau dapat lauk seperti rendang.
      kalau makan sendiri, eloklah beli sajakan Dana. Di LD tak ada orang jual tapi banyak gado-gado.

      Padam
  8. Tak sabar menunggu hari raya sebab boleh makan ketupat. Pecal banyak sayur sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sampai berapa hari lagi kita beraya Notie... macam kejap jew puasa sebulan.

      Padam
  9. Mudah juga ya boleh masak dna tinggalkan.. Mengancam rendang daging tu..
    Tiba-tiba teringin nak makan pecal lah pula..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah cara saya Sha. Nak senang kan. Boleh tidur dulu sementara menunggu rendang masak... ahaks!

      Padam
  10. Pecal kakak kliatan sedaaaap 😍😍😍. Kemarin saya baca review dari teman Surabaya, ttg pecal bunga turi. Hari ini liat pecal kak Amie. Pecal bunga turi nih yg saya belum coba. Krn biasanya hanya ada di Jogja dan Surabaya. Pakai bunga turi yg memang agak susah ditemukan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teringat Kak Amie waktu mengandung Abang Farid, teringin makan daun turi tapi tak jumpa di LD. Padahal waktu kecil dulu banyak orang kampung tanam pokok turi.

      Padam
  11. sedap betul pecal tu :D ada pulak nama taugeh ekor kontot, ahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya yang panggil tu sebab biasanya emak buat sendiri taugeh kalau hendak buat pecal.

      Padam
  12. Kak Amie...share resepi rendang daging plisss...raya ni SA kena buat rendang daging..adik akan buat lauk2 lain...

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah ada kesempatan nanti Kak Amie kongsi ya.

      Padam
  13. biasa pecal ni dia guna berapa jenis sayur kak?

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Acheh - Banda Acheh) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Jordan - Amman ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Palestine - Jericho - Baitul Maqdis - Hebron - Jerusalem ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~UAE - Sharjah - Dubai ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Acheh Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Salad Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe