Iftar 15 Ramadan 1447H & Tradisi Malam Ketupat
9:36 PTGBismillahirrahmanirrahim.
15 Ramadan, masyarakat Melayu Cocos akan meneruskan tradisi sambutan Malam Ketupat. Dalam entri yang lepas-lepas, Amie banyak kali kongsikan tentang amalan sambutan ini:
- Malam Ketupat : Amalan Tradisi Masyarakat Melayu Cocos
- Malam Ketupat Datang Lagi : Tradisi Melayu Cocos Muncul Setahun Sekali
- Selamat Menyambut Malam Ketupat - 15 Ramadan
- Tradisi Malam Ketupat dalam Masyarakat Melayu Cocos
| Gambar dari entri lepas. |
Malam ketupat tiba pada malam 15 Ramadan setiap tahun ketika umat Islam sedang menjalani ibadat puasa.
Malam ketupat merupakan amalan tradisi masyarakat Melayu Cocos, etnik minoriti di negeri Sabah yang berasal dari Pulau Cocos-Keeling di bawah pentadbiran British. Ketika Sabah mencapai kemerdekaan pada 16 September 1963 dengan penyatuan ke dalam Malaysia, masyarakat Melayu Cocos secara automatik menjadi warganegara Malaysia. Kini Pulau Cocos-Keeling telah menjadi sebahagian daripada wilayah Australia. Sebahagian masyarakat Melayu Cocos juga telah menjadi warganegara Australia dan bermastautin di Kattaning dan Geraldton.
Pada Malam Ketupat, masyarakat Melayu Cocos akan membawa ketupat ke masjid, dan selepas menunaikan solat terawih mereka akan bertukar-tukar ketupat sesama mereka. Ketupat orang Melayu Cocos menggunakan beras pulut dan dimasak dengan santan.
Untuk sambutan Malam Ketupat kali ini Amie tidak sempat hendak masak ketupat. Ada mesyuarat di ladang yang perlu dihadiri menyebabkan Amie kesuntukan masa. Namun begitu, menjelang petang anak buah hantar ketupat dengan kuah kacang. Alhamdulillah! Rezeki hari ini dapat berbuka puasa dengan ketupat!
| Gambar kenangan - rebus ketupat. |
| Ketupat & The Gang |
Hari ini juadah berbuka puasa dengan hidangan ketupat, sambal kuah kacang campur daging, kari ayam dan serondeng daging.
| Cucur Udang |
Sempat goreng cucur udang untuk Firdaus. Kali ini Amie buat agak nipis dan lebih rangup. Udangnya pun sudah siap buang kulit. Bahan adunan terdiri daripada tepung gandum, lobak merah, daun kucai, udang segar, telur dan serbuk penaik serta taugeh.
| Firdaus makan Cucur Udang dengan kuah kacang, |
| Jus Tembikai. |
| Salad Campur. |
Sambutan Malam Ketupat memang meriah kalau bersama-sama meraikannya di masjid. Teringat sewaktu arwah MIL masih ada. Encik Suami mesti bawa kami balik kampung untuk sama-sama rebus ketupat! MIL suka bubuh kacang hijau atau udang kering dalam ketupat!
Petang tadi ada tetamu jauh dari Gombak datang ziarahi kami. Nenda Hamzah, Tuan Haji Nicholas Sylvester singgah seketika di rumah kami dalam perjalanan dari Lahad Datu menuju ke Kunak sempena Majlis Iftar Mualaf Pedalaman Sabah KDMRS Muslim 1447H/2026M. Semoga usaha menyantuni para mualaf di pedalaman Sabah dipermudahkan.
26 comments
Wah..mix rupanya hamzah...
BalasPadamMeriah sambutan malam ketupat..susah nak jumpa ketupat ayam tu.. Linda ni, banyak kali belajar, tak jadi² juga..last² malas nak buat dah..mak pun tak anyam dah sekarang, penat anyam sorang...hihihi
Ya, Hamzah memang mix, sebelah ayahnya Jawa - Cocos, sebelah ibunya Cina - Kadazan Dusun - Yunnan.
Padamsedapnya ketupat, x raya lg dh ada ketupat.. menarik jugak tradisi melayu cocos ni
BalasPadamBegitulah uniknya pelbagai kaum di negara kita.
PadamMacam pernah dengar nama nenda Hamzah tu...
BalasPadamSeronoknya dapat meneruskan tradisi. Kak Amie pernah melawat Pulau Cocos -Keeling? Sy pernah baca dlm majalah Anis ttg masyarakat Islam di Pulau Cocos Australia ni.
#jemput baca entry "Dari Kain Menjadi Baju" di blog sy 🤗
Nanti saya baca entri itu ya PH. Terima kasih.
PadamDrooling betul air tembikai akak tu...geram tengok pagi2 ni...hahahaha
BalasPadamJus tembikai memang sentiasa menggoda ye SA.
Padamfuhhhh meleleh masuk sini terutama cucu udang jagung tu crispynyaaa!
BalasPadamAnak-anak memang tak pernah jemu makan cucur udang.
PadamCucur udang tu 2 kali beli kat bazar, 2 kali tu tak sedap. Puas hati lagi kalau masak sendiri kan....ohhh pertama kali dengar pasal tradisi ni.
BalasPadamPuas hati kalau buat cucur udang sendiri ni.
PadamBoleh ceritakan tentang Nenda Hamzah. Dia memang Mualaf ke.
BalasPadamYa, mualaf.
Padamsedap2 tu smua menu
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamMacam cucur udang Chef Wan la Cikgu Amie....😍😍
BalasPadamAlhamdulillah. Betul Mama Cella.
PadamMemang ngam rasanya, hampir sama dengan cucur udang yang kami makan di Restoran Chef Wan.
Ok.. cucur udang masuk list.. nampaknya kena cari serbuk penaik.
BalasPadamBanyak peminat cucur udang kan Faizah.
PadamPasti sedap tu..ketupat ni tradisional..
BalasPadamAlhamdulillah. Makanan tradisonal masih dikekalkan.
PadamWaah baru tahu saya ada tradisi malam ketupat. Dari cara membuatnya, ini sama macam ketupat santan yg dibuat mama saya juga. Makan dengan rendang atau durian kalau di Sibolga kak.
BalasPadamLihat cucur udang yg kakak buat, jadi teringat cucur udang di Dapur Sarawak KL. Tak sabar menunggu Juni, saya nak ke KL lagi 😄
Sedap ketupat pulut masak dengan santan.
PadamCucur udang memang sedap kan Fanny.
walaupun cerita ketupat, tapi meleleh tengok cucur udang pulak. crispy!
BalasPadamtradisi yg harus dikekalkan. unik pulak ketupat cocos guna beras pulut. rasa maca ketupat palas lah kan
Hehehee... itulah, apabila kedua-duanya ada di depan mata rasanya sebelah kanan dan ambil cucur, tangan kiri nak ambil ketupat!
Padam