Tradisi Malam Ketupat dalam Masyarakat Melayu Cocos

9:24 PTG


Malam ketupat datang lagi. Kali ini ketibaannya kami sambut dalam suasana PKPD.
Malam ketupat disambut pada malam 15 Ramadhan setiap tahun ketika umat Islam sedang menjalani ibadat puasa.
Malam ketupat merupakan amalan tradisi masyarakat Melayu Cocos, etnik minoriti di negeri Sabah yang berasal dari Pulau Cocos-Keeling yang dibawa ke Borneo ketika di bawah pentadbiran British. Ketika Sabah mencapai kemerdekaan pada 16 September 1963 dengan penyatuan ke dalam Malaysia, masyarakat Melayu Cocos secara automatik menjadi warganegara Malaysia. Kini Pulau Cocos-Keeling telah menjadi sebahagian daripada wilayah Australia. Sebahagian masyarakat Melayu Cocos juga telah menjadi warganegara Australia dan bermastautin di Kattaning dan Geraldton.

Oh! Baru teringat. SK Tanah Jauhar pernah bertanya bagaimana sebutan Cocos? Adakah Kokos atau Cocos?
Cocos berasal dari perkataan coconut. Asalnya, pulau yang mereka duduki itu dipenuhi dengan pokok kelapa (coconut) dan mereka bekerja sebagai buruh di ladang kelapa. Menurut arwah FIL dan MIL (mereka lahir di sana dan mempunyai kad pengenalan diri sebagai warga British), mereka digelar sebagai orang Melayu Cocos. Sebutan Kokos tapi ejaan Cocos. Dalam sijil lahir anak-anak kami ejaan ditulis Cocos.

Ketupat pulut

Pada tahun-tahun sebelum ini, menjelang malam ketupat, masyarakat Melayu Cocos akan membawa ketupat ke masjid, dan selepas menunaikan solat terawih mereka akan bertukar-tukar ketupat sesama mereka. 
Walaupun terkurung dalam PKPD, namun Amie anyam juga kelongsong ketupat seperti tahun-tahun sebelumnya. Jumlahnya tidaklah banyak, setakat 20 biji sahaja, tetapi semuanya bersaiz besar. Amie makan sebiji pun sudah kekenyangan! Kali ini ketupat tidak dapat merentas ke kampung. Ketupat hanya ada di taman perumahan sahaja. 
Seperti biasa, Encik Suami kata agihkan sahaja kepada jiran terdekat. Walaupun jiran-jiran kami bukan keturunan Melayu Cocos, tetapi kami seagama, dan sudah tentu mereka dapat mengenali budaya kami sebagaimana kami menghormati dan memahami budaya mereka.

Kelongsong ketupat

Kelongsong ketupat diisi dengan beras pulut yang direndam terlebih dahulu. Sewaktu hayat MIL masih ada, MIL suka masukkan udang kering atau kacang hijau ke dalam ketupat. Ketupat berisi beras pulut ini hendaklah dimasak dengan menggunakan santan kelapa segar. Jangan lupa bubuh sedikit garam sebagai perasa.

Di bawah ini Amie kongsikan gambar ketupat di dalam periuk yang hendak direbus. Gambar diambil dari entri lepas di sini: MALAM KETUPAT : AMALAN TRADISI MASYARAKAT MELAYU COCOS

Ketupat pulut direbus dengan santan kelapa segar.

Ketupat pulut dan rendang daging

Ketupat pulut ini enak dinikmati bersama rendang daging. Itu selera Amie, bukan selera keluarga sebelah Encik Suami. Masakan rendang kurang mendapat sambutan di sini sebab mereka pun ada masakan tradisi sendiri.  Mereka akan makan ketupat dengan lauk lain seperti sambal kacang. Biras Amie orang Bugis, jadi dia akan masak ayam palekko pula untuk dinikmati bersama ketupat!
Sekian.
Selingkas kisah tradisi malam ketupat disambut dalam suasana PKPD di LD.

42 comments

  1. Oh, betul la selama ni Sk sebut Kokos semasa membaca Cocos.

    Rasanya mmg org Semenanjung ni, taste mereka makan pulut dengan rendang, tak percaya, tanya Mak Cella, hehehehe.

    Unik sungguh budaya keluarga sebelah suami Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahuk..ahuk..ahuk..patut
      lah tersedak..Rupanya SK dok sebut di sini...hihihi
      Tu la,nampak macam menarik sarung daun kelapa diisi beras pulut & direbus dengan santan.Tapi dok terfikir nanti santan tu jadi tahi minyak ka macamana...

      Padam
    2. Tak sempat jadi tahi minyak. Rebus satu jam, ketupat dah masak.

      Padam
  2. New knowledge dapat malam ni, baru tahu pasal Melayu Cocos dan Malam Ketupat.
    Kalau saya, saya suka goreng ketupat! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pernah dengar pasal ketupat goreng. Tapi belum pernah cuba buat atau makan.

      Padam
    2. Ketupat goreng biasa biasa je kak amie hehehe. Tak ada cicah apa apa pun boleh. Makan gitu terus tapi kureng sihat lah sikit sebab berminyak kannnn :D

      Padam
  3. takkan melayu hilang di dunia., huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah! Rupanya Wak ni kira jurai keturunan Hang Tuah jugaah ye hehehee.

      Padam
  4. Senang membaca tulisan ini. menambah wawasan. Meski ada kata yang kurang mengerti. Seperti biras dan lain-lainnya. Tergambar di sini adab dan tolerasi yang tinggi antar etnis berbeda. Terima kasih telah berbagi, Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Nur.
      Sama-samalah kita belajar bahasa yang kurang dimengerti. Boleh tambah perbendaharaan kata yang digunakan oleh penutur di nusantara.

      Padam
  5. Dekat sini ada jgk yg buat ketupat pulut gitu k.amie..tp mmg sedap..oo boleh letak udang kering jgk ye dlm ketupat tu..mnarik

    BalasPadam
  6. Baru saya tahu ada malam ketupat. Terima kasih share infonya. Cantik anyaman ketupat kak amie. Saya bab ketupat memang failed walaupun pernah belajar. Bila tak dipratikkan terus lupa nak membuatnya. Lain etnik lain seleranya. ketupat makan dengan kuah kacang macam makan nasi impit dengan kuah kacang tu. Lebih kurang. ayam palekko tu macamana pulak rupanya kak amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayam palekko tu masakan tradisi masyarakat Bugis. Boleh gunakan itik, tetapi kalau tak ada itik, gunakan saja ayam sama ada ayam pencen atau ayam biasa. Masak dengan cili padi, serai, halia, bawang dll dan rasanya memang pedas.

      Padam
  7. malam ketupat budaya tradisi yg patut dikekalkan...kelongsong ketupat nasi tapi berisi pulut sedap tu mkn dgn rendang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Kak PI. Budaya memberi dan menerima mengeratkan silaturrahim.

      Padam
  8. Sangat menarik ilmu pengetahuan tentang Cocos ni, byk yg kita x tahu. Amie MIl Amie kiranya asal dr Mana ya, maksudnya tok nenek suami Amie. Mesti bestkan lain3 cara dgn kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. MIL dan FIL lahir di Pulau Cocos-Keeling, atuk nenek suami pun dari sana juga.

      Padam
  9. Nampak macam ketupat biasa, tapi isinya pulut. Sedap sangat ni, makan pulak dengan rendang.

    Seronok keluarga bercampur gini, tau macam-macam adat budaya, makanan tradisi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Sedikit sebanyak sudah tentu ada perbezaan budaya kalau ada keluarga lain-lain kaum.

      Padam
  10. Baru tahu pasal malam ketupat. Sedapnya ketupat kalau dimakan bersama rendang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah dengan saya. Tak tahu ada tradisi malam ketupat. Kahwin dengan oang Cocos baru tahu ada budaya begini.

      Padam
  11. wahhh mesti sedap kan kak, ketupat pulut tu makan dengan rendang...
    teringat lepat pulut versi jawa yang biasa arwah nenek dana buat dulu, sekarang kalau teringin suruh jugak mak buat... tapi dah tak balik raya ni, tak merasa lah... sebab kat sini memang tak jumpa orang buat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa kecik-kecik dulu memang selalu makan lepat pulut versi Jawa. Sudah jauh berhijrah, macam rindu pulak suasana tu.

      Padam
  12. Biasa SA makan ketupat dengan kuah kacang dan campurkan dengan rendang jugak..sekali makan macam tu..sedapnya..teringat kat arwah nenek..nak buat sendiri ketupat memang x pandai...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap tu SA, ketupat kuah kacang dan rendang berpisah tiada.

      Padam
  13. Selalu sarung ketupat tu ketupat nasi kalau ketupat pulut kita orang buat style lepat pulut jawa. Tahun ni tak dapat lah buat ketupat macam tu sebab susah nak dapat daun kelapa muda. Kiranya aruah mil dan fil warganegara Australia lah ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Family saya di Selangor memang buat begitu, ketupat nasi dalam sarung ketupat, yang pulut buat lepat pulut Jawa. Belah suami pulak pulut dalam sarung ketupat.

      Padam
  14. Cantik anyaman ketupat tue . Susah bagi yang baru nak belajar buat anyaman ketupat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang ni susah nak dapat daun kelapa muda nak buat ketupat.

      Padam
  15. Orang Selangor memang ada yg buat ketupat beras pulut di makan dgn rendang dan kuah kacang.Walaupun kedua ibu bapa saya orang Bugis, saya banyak menimba ilmu masakan dari blog Amie dan sebelum ni dari blog Nasa Mulia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun banyak menimba resipi masakan bugis dari jiran, rakan sekerja, dan juga biras. Terima kasih sudi timba ilmu dari dapur saya.

      Padam
  16. Menariknya tradisi malam ketupat ni 😊

    BalasPadam
  17. Dunia Melayu ni luas, bukan di kawasan nusantara saja.. Luas hingga ke Hawaii

    BalasPadam
  18. menarik fakta2 ni baru tahu ada malam ketupat..
    dulu2 mmg tunggu raya laa dapat makan ketupat tapi skrng mana2 pun hari2 biasa ada juga orang jual ketupat kan..

    BalasPadam
  19. Saya baru tahu tentang malam ketupat masyarakat melayu cocos. Tambah satu ilmu. :)
    Pandai Amie anyam ketupat. Saya tak reti.

    BalasPadam
  20. Antara kemahiran yg perlu dipelajari bila kahwin dengan orang cocos adalah anyam ketupat. bestnya malam ketupat sebelum PKP.

    BalasPadam
  21. Perkongsian budaya yang bagus kak.. Walaupun tak dapat merentas namun tetap meneruskan tradisi.. Cantik anyaman ketupat akak..

    BalasPadam
  22. Sobha Royal Pavilion, a 5 Star luxury apartment development in Bangalore, is designed to give you the best of all worlds. Sobha Royal Pavilion offers a host of modern facilities such as an elevator in each block that can be availed by all residents, Secure park-like car parking with 24 hours security, Service apartments for the use of servants; separate gymnasium with all professional equipments.

    BalasPadam
  23. 스포츠토토 You’ve got knowlege about everything that’s why I love this site! Very useful and helpful.. Try browsing my website to gather some information.. Will appreciated it a lot!

    BalasPadam
  24. 스포츠토토 I just could not go away your web site before suggesting that I really enjoyed the standard information a person provide on your guests?
    Is going to be back steadily in order to check up on new posts. My web-site

    BalasPadam
  25. 카지노사이트 Howdy just wanted to give you a quick heads up.
    The text in your post seem to be running off
    the screen in Opera. I’m not sure if this is a format issue or something to do
    with browser compatibility but I thought I’d post
    to let you know. The design look great though! Hope you get the problem
    fixed soon. Cheers

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe