Selamat Pagi Brunei Darul Salam
11:19 PGSelepas solat subuh, sempatlah luangkan masa selama sejam menanda kertas peperiksaan sebelum menyiapkan diri untuk turun ke lobi. Dalam tempoh sejam tidaklah banyak kertas yang ditanda, cukuplah sepuluh skrip tetapi hanya satu soalan sahaja. Maklumlah menanda kertas soalan struktur dan esei sudah tentulah menuntut waktu yang lama dan mesti dibaca satu-persatu, ayat demi ayat dan baris demi baris. Penoreh getah sentiasa menjunjung integriti walau di mana berada. Malam tadi Nano tidak sempat mananda kertas, jadi apabila melihat Amie keluarkan skrip peperiksaan dan pen merah, Nano pun ikut sama.
Taman Jubli Emas, Bandar Seri Begawan. |
Antara menu yang ada di sini. |
Ada gulab jamun. Melihat sekilas, sudah terasa manis yang amat sangat! |
Masjid Omar Ali Saifuddien |
23 comments
walaupun panas, gambar tetap perlu di abadikan.
BalasPadamBetul Linda.
Padamtenguk menunya makan dosai je terus banyak dosa. hehehehe
BalasPadamHaaaa... macam-macamlah ejaan untuk dosa ni kan.
PadamGulab jamun tu dalam rendaman gula ya? Kak Amie kata manis.
BalasPadamCuaca panas dapatlah gambar yang cerah cantik.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamBetul, gulab jamun dalam air gula.
PadamCantik langit membiru, dan gambar-gambar depan masjid. Saya tak pernah sampai lagi Brunei.
BalasPadamItulah, kalau langit biru kurang awan, memang panas membahang.
PadamBerpanas-panas pun tak apa, yang penting ada kenangan kan...
BalasPadamBetul Diela. Setuju.
Padamcerah indah suasana sri begawan
BalasPadamCantikkan Brunei Darul Salam.
PadamSaya tak bergambar pun kat frame tu hari tu, masa tu ada program sukaneka ke apa ntah..ramai sangat orang..
BalasPadamDi sinilah kami stress. Terpaksa tunggu rombongan entah dari mana (Ciona atau Korea) satu bas besar. Mereka ini bergambar seorang demi seorang. Sabar sajalah kami sampai duduk-duduk berteduh di depan restoran (mungkin restoranlah sebab macam tempat makan di tepi tu).
PadamAduh...sangat indah suasana disana, Mbak.
BalasPadamSaya terpesona dengan bangunan Masjid Omar Ali Saifuddien dan Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah, benar-benar masjid yang indah.
Salam,
Saya bisa bayangkan panasnya seperti apa 🤣. Salah satu yg bikin saya tak kuat saat ke Brunei, panas dia tak bisa bawa bincang 🤭. Langsung kepikiran, apakah Sabah Sarawak dan kota2 Kalimantan juga sepanas itu?
BalasPadamOhh transit je, ingatkan bercuti di sini beberapa hari. Tapi dapat jugalah berjalan-jalan di sekitar Bandar Seri Begawan. Semangat tu kak Amie menanda kertas. Panas pun kena bergambar juga buat kenangan. Nanti kang menyesal pulak tak ada gambar kan.
BalasPadamBila panas ni kejadian gambar biasanya cantik sebab cahaya molek cuma kita la yang berpeluh sakan pakej siap tak boleh buka mata sebab sinaran matahari tu. Moleknya Bandar Seri Begawan. Banyak juga tempat menarik di sana ye
BalasPadamTak pernah sampai Brunei lg. Inshallah ada rezeki tak ke mana. Nampak betul2 panas terik
BalasPadamWalaupun berjalan² masih sempat menanda kertas peperiksaan. Cantik² gambarnya Kak Amie.
BalasPadamMacam menarik je melawat Brunei...tempat semua cantik2
BalasPadamCamne rasanya gulab jamun tu ye kak... cantik masjid tu kak., kubahnya tu memang betul-betul berkilauan.
BalasPadam