Pages

Khamis, 14 Ogos 2025

Selamat Pagi Brunei Darul Salam

Bismillahirrahmanirrahim.
30 Mei 2025 - Jumaat - Bandar Seri Begawan, Brunei Darul Salam.

Kami sekadar transit sahaja di negara Brunei, menginap satu malam di Coconut Bay Lodge dan keesokan harinya akan berangkat ke Miri, Sarawak. 

Selepas solat subuh, sempatlah luangkan masa selama sejam menanda kertas peperiksaan sebelum menyiapkan diri untuk turun ke lobi. Dalam tempoh sejam tidaklah banyak kertas yang ditanda, cukuplah sepuluh skrip tetapi hanya satu soalan sahaja. Maklumlah menanda kertas soalan struktur dan esei sudah tentulah menuntut waktu yang lama dan mesti dibaca satu-persatu, ayat demi ayat dan baris demi baris. Penoreh getah sentiasa menjunjung integriti walau di mana berada. Malam tadi Nano tidak sempat mananda kertas, jadi apabila melihat Amie keluarkan skrip peperiksaan dan pen merah, Nano pun ikut sama. 

Taman Jubli Emas, Bandar Seri Begawan.


Video 30 Mei 2025 di Brunei Darul Salam.



Pukul lapan pagi, kami sudah daftar keluar Coconut Bay Lodge dan menuju ke Bandar Seri Begawan untuk mencari sarapan. Banyak kedai makan di sini dan akhirnya kami masuk ke kedai yang menawarkan menu Bangladesh dan India.


Hari kedua di negara Brunei Darul Salam.

Antara menu yang ada di sini.


Masing-masing memesan minuman dan makanan pilihan. Ada yang memesan murtabak ayam, murtabak daging, omelette, telur sarang burung dan sebagainya mengikut selera.


Ada gulab jamun. Melihat sekilas, sudah terasa manis yang amat sangat!


Selesai sarapan, kami jalan-jalan di sekitar Bandar Seri Begawan.


Ketika ini cuaca sangat panas!

Masjid Omar Ali Saifuddien



Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah


Taman Mahkota Jubli Emas.


Pukul 11 pagi, kami meninggalkan Bandar Seri Begawan.




23 ulasan:

  1. walaupun panas, gambar tetap perlu di abadikan.

    BalasPadam
  2. tenguk menunya makan dosai je terus banyak dosa. hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaaa... macam-macamlah ejaan untuk dosa ni kan.

      Padam
  3. Gulab jamun tu dalam rendaman gula ya? Kak Amie kata manis.

    Cuaca panas dapatlah gambar yang cerah cantik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Betul, gulab jamun dalam air gula.

      Padam
  4. Cantik langit membiru, dan gambar-gambar depan masjid. Saya tak pernah sampai lagi Brunei.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, kalau langit biru kurang awan, memang panas membahang.

      Padam
  5. Berpanas-panas pun tak apa, yang penting ada kenangan kan...

    BalasPadam
  6. cerah indah suasana sri begawan

    BalasPadam
  7. Saya tak bergambar pun kat frame tu hari tu, masa tu ada program sukaneka ke apa ntah..ramai sangat orang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di sinilah kami stress. Terpaksa tunggu rombongan entah dari mana (Ciona atau Korea) satu bas besar. Mereka ini bergambar seorang demi seorang. Sabar sajalah kami sampai duduk-duduk berteduh di depan restoran (mungkin restoranlah sebab macam tempat makan di tepi tu).

      Padam
  8. Aduh...sangat indah suasana disana, Mbak.
    Saya terpesona dengan bangunan Masjid Omar Ali Saifuddien dan Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah, benar-benar masjid yang indah.

    Salam,

    BalasPadam
  9. Saya bisa bayangkan panasnya seperti apa 🤣. Salah satu yg bikin saya tak kuat saat ke Brunei, panas dia tak bisa bawa bincang 🤭. Langsung kepikiran, apakah Sabah Sarawak dan kota2 Kalimantan juga sepanas itu?

    BalasPadam
  10. Ohh transit je, ingatkan bercuti di sini beberapa hari. Tapi dapat jugalah berjalan-jalan di sekitar Bandar Seri Begawan. Semangat tu kak Amie menanda kertas. Panas pun kena bergambar juga buat kenangan. Nanti kang menyesal pulak tak ada gambar kan.

    BalasPadam
  11. Bila panas ni kejadian gambar biasanya cantik sebab cahaya molek cuma kita la yang berpeluh sakan pakej siap tak boleh buka mata sebab sinaran matahari tu. Moleknya Bandar Seri Begawan. Banyak juga tempat menarik di sana ye

    BalasPadam
  12. Tak pernah sampai Brunei lg. Inshallah ada rezeki tak ke mana. Nampak betul2 panas terik

    BalasPadam
  13. Walaupun berjalan² masih sempat menanda kertas peperiksaan. Cantik² gambarnya Kak Amie.

    BalasPadam
  14. Macam menarik je melawat Brunei...tempat semua cantik2

    BalasPadam
  15. Camne rasanya gulab jamun tu ye kak... cantik masjid tu kak., kubahnya tu memang betul-betul berkilauan.

    BalasPadam