Pages

Selasa, 5 Ogos 2025

Apa Ada di Di Depan dan Belakang Rumah

Bismillahirrahmanirrahim.
Petang kelmarin terpandang setangkai buah epal bidara terjuntai dari pokoknya di penjuru halaman rumah. Banyak buahnya di bahagian atas pokok. Sebahagiannya sudah buruk, dan sebahagian lain masih elok.


Di bawah pokok bidara ada pokok kaduk. Sayang sekali, daun-daunnya layu kekeringan. Musim kemarau?

Epal bidara layu di tangkai.

Tiga generasi epal bidara : muda, tua, layu dan buruk.

Nampaknya buah limau ini sudah tiba masanya untuk dipetik.

Tak tahu apa jenis limau ini.


Jalan ke belakang rumah. Meninjau pula pokok cili putih yang Encik Suami tanam. Sudah dipetik dan dimasak beberapa kali, tapi baru kali ini kita sempat melihat pokoknyua.





Cili putih ini sedap digoreng dengan bawang dan ikan bilis.


Daun kunyit kelihatan tumbuh subur. 
Bolehlah digunakan untuk merendang.


Dulu pokok kunyit yang ditanam di depan rumah selalunya hidup segan mati tak mahu. Setelah dipindahkan ke belakang rumah, subur pula dia.


Daun kesum pun segar merimbun. Bolehlah selalu masak asam pedas. Ada pokok kantan di luar pagar depan rumah. Belum melihat apakah khabarnya, masih berbunga seperti selalu atau tidak?

Pokok halia?


Dulu banyak pokok kencur. Entah ke mana perginya. Mungkin sudah mati sebab tidak dituai dan jarang dipeduli. Encik Suami tanam lagi dalam pasu. Kelihatan dain-daun muncul dari isi kencur yang ditanam.

Pokok kencur.

Mangga manila di rumah jiran belakang rumah.

Mangga Manila

Kelmarin, Amie minta Encik Suami petik buah mangga udang yang matang. Kata Encik Suami, ada mangga tujuh biji di dapur. Dalam hati berkata, kenapa sampai petik tujuh biji buah mangga udang? Petik sebiji pun tiga empat hari baru habis makan.

Rupanya Encik Suami maksudkan tujuh biji buah mangga manila jatuh dari pokok jiran yang dikutip di belakang rumah. 

Mangga udang bersama adik-adiknya, mangga manila.


Mangga manila dari pokok jiran memang tidak pernah mengecewakan. Tidak ada orang di dalamnya dan rasanya lemak manis. Alhamdulillah. Rezeki kami, setiap kali mangga manila masuk ke kawasan rumah kami, jiran sudah berpesan supaya kami ambil dan makan. Semoga mangga manila jiran terus lebat berbuah.

Mangga Manila

Sekian.
Cerita kosong di depan dan belakang rumah.

31 ulasan:

  1. Banyak hasilnya.
    Haritu ada tengok menu lain selain asam pedas yg guna daun kesom di page “adikfoods”. Nampak sedap

    BalasPadam
  2. banyaknya hasil tanaman. epal bidara tu pernah try beli. sedap rasa dia. macam makan epal jugak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau musim berbuah memang lebat, tak termakan.

      Padam
  3. Wahh sejuknya tangan Kak Amie sekeluarga. Semua elok hidup subur dan keluar hasilnya Alhamdulillah. Hhmm pokok2 di rumah ni, macam merajuk sebab agak diabaikan kebelakangan ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheee...saya tanam apa pun tak hidup. Encik Suami yang rajin menanam tu semua.

      Padam
  4. Mangga udang bergandingan dengan mangga manila nampak benor beza dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan. Tapi mangga manila sedap, lemak manis.

      Padam
  5. Saya tanam pokok bidara kat kg tapi susah nak buah. Amie pakai baja apa. Pokok kencur buat masak pecal sedapnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanam gitu jew Notie.
      Encik Suami tak pernah bubuh baja.

      Padam
  6. Seronoknya...PZ punya mini kebun baru je dia tanam baru...belum ada nampak hasil apa2 lagi..kecali pokok bendi yang dah menjulang tinggi...best betul tengok buah mangga dan tanaman suami kak amie semua tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Tanah sekangkang kera saja SA.

      Padam
  7. rimbunnya mangga tu.. kalau ada yang muda-muda, sis suka buat somtam.. ^^

    BalasPadam
  8. 7-8 biji mangga Manila = sebiji mangga udang. Memang besar mangga udang tu
    Sedapnya buah bidara tu, mesti rangup tu.
    Saya suka daun cekur, buat ulam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, buah bidara yang matang memang rangup. Daun dan isi cekur tu kami suka campur dalam masak lemak ikan.

      Padam
  9. Wah... banyak juga tanaman di laman rumah Amie. Buah mangga tu, ada yang dah masak. Sedapnya. Kalau saya nak makan mangga kena beli dulu. Untung kalau tanam pokok mangga, bila musimnya tak payah beli tinggal petik je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Diela.
      Banyak buah mangga kami sampai Encik Suami kupas dan frozenkan. Bokehlah dibuat smoothie.

      Padam
  10. seronoknyaaa...banyak hasil tanaman, sedapnya mangga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Tengah musim buah mangga.

      Padam
  11. Sy paling takut buah mangga ada orang di dalamnya. Memang sy bungkus terus campak ke cik tong, eiiii.. sherammmm.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menang tak best langsung ada ada orang dalam buah mangga kan SK.

      Padam
  12. Meriah dan lumayan hasil tanaman belakang rumah. Besar-besar juga buah bidara. Sayangnya yang dah buruk tu. Tak bungkus, tak jadi gangguan haiwan lain pulak ye. Rasa macam buah limau sunkist. Ke bukan? Kadang keliru cekur dan kencur, padahal sama je kan. hihi...Pokok pandan kak Amie okay tak? Jauh beza betul ye saiz mangga manila dengan mangga udang. Kalau 7 biji mangga udang, jenuh nak habiskan tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak sangat buah bidaranya dan tinggi pula. Tu yang tak perbah dibungkus. Itulah tak tahu lagi isi limau tu macamana sebab belum dipetik.
      Pokok pandan Kak Amie, Alhamdulillah subur. Di sebelanya ada dua rumpun serai. Entah bila Encik Suami tanam.

      Padam
  13. Buah bidara yang kering boleh buat sup tu kak atau campur dalam minuman tu kan kak... geramnya tengok semua tanaman akak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, itu bidara jenis jujube, yang boleh dikeringkan dan dimasak.

      Padam
  14. Beza bebenor antara buah mangga udang dan mangga manila, dari segi saiz. Sedapnya, makan mangga.
    Wow, ada pokok buah bidara di rumah kak Amie. Banyak juga pokok-pokok lain, nak guna untuk masak, senang je, boleh petik. 👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah Tot, tak ada ranah rapi nak bercucuk tanam juga hihihiii.

      Padam
  15. Dari warnanya saja dah tahu maniiiis kak 😍😍😍.

    Saya berangan kalau ada tanah di belakang rumah nak juga utk tanam sayuran. Tapi sayang tak ada 😅.

    Kencur itu sedaap sangat. Saya selalu pakai kalo nak buat sambal. Wangi dan rasanya khas

    BalasPadam
  16. boleh masak kencur keli tu.. sedapnya.

    BalasPadam
  17. Alamak first time nampak buah pokok bidara..ada buah pula ni pokok, ada tanam tapi dalam pasu..nak tanam lah di tanah, pokok ni besar tau bila dah lama..berduri adui sakit kena..tapi pokok ini bagus dekat rumah..Wah..banyak tanaman subur pula tu..green hand Amie and suami ni tau...Syukur alhamdulillh jimat tu

    BalasPadam