Hendak Makan Coto Makassar Akhirnya Makan Nasi Saja!

7:45 PTG

Bismillahirrahamanirrahim.
Setelah berehat sekembalinya dari Cocoa Village, perut rasa laparlah pula. Jadinya, kami pun jalan-jalan cari makan di sekitar Garden City Tawau. Sayangnya tempat makan yang dituju sudah ditutup buat selama-lamanya. Akhirnya kami singgah masuk di sebuah restoran yang menawarkan aneka hidangan soto. Terasa-rasa panasnya kuah yang akan dihirup!

Sayangnya apabila kami memesan makanan yang ditawarkan, itu tak ada dan ini tak ada. Coto Makassar tiada. Sup tulang habis. Semua jenis soto termasuk soto perut, daging dan sebagainya yang terpampang dalam gambar tidak ada. Yang ada hanya Soto Banjar. Encik Suami hendak minum honey lemon, juga tidak ada. Oleh kerana malas hendak mencari tempat makan lain, duduklah kami menyerah diri di sini. Makanlah apa yang ada.

Jadinya, terima sahajalah pilihan yang ada ketika itu iaitu set nasi ikan putih goreng. Sebenarnya set nasi ikan talapia, tapi katanya ikan talapia habis. Yang ada hanya ikan putih. Ikan putih pun ikan putihlah.

Set Nasi Ikan Putih Goreng

Beli air mineral saja.

Wantan Goreng

Encik Suami : Soto Banjar

Soto Banjar

Firdaus : Mix Platter


Amie : Set Nasi Ikan Putih Goreng

Ikan Putih Goreng

Lauk : Ikan Putih Goreng, Sambal Tomato, Kerabu Mangga, Sayur Pucuk Ubi Masak Lemak & Sup Kosong.

Sirap Limau dikira satu set dengan nasi.
Di depan sirap limau itu karamel kopi ais, minuman Firdaus.

Bismillah.

17 comments

  1. Balasan
    1. Asal soto banjar dari Banjarmasin Kalimantan Selatan. Banyak jenis soto. Uncle nak beza soto mana satu?

      Padam
  2. Ingat ikan tilapia tadi. Ikan putih macam tak pernah tengok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikan putih tu keluarga ikan nyok-nyok tapi leper sikit.

      Padam
  3. Banyak betul yang habis ni, dah tak nak meniaga agaknya minggu depan, hahaha. Nak jadi macam kedai yg tutup selama-lamanya tu ke?

    BalasPadam
  4. Soto banjar tu macam soto kita yang biasa tu ke kak? cer cerita sikit kak camne? Nampak sedap ikan putih tu bila di goreng dengan tepung gitu kak. Set Daus memang sentiasa sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak makan soto tu. Encik Suami yang makan. Tak tahulah apa rasanya. Dulu pernah makan tapi dah lupa macamana nak bezakan rasanya dengan soto kita.

      Padam
  5. Tok nenek Saya org banjar...x pernah jumpa soto banjar lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asal soto ni dari suku Banjar di Banjarmasin Kalimantan Selatan.

      Padam
  6. sama juga mcm Sueann, tok nenek ana juga org Banjar tp blm pernah jumpa soto Banjar hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pak Google banyak simpan info pasal soto Banjar. Memang ada menu soto Banjar di Sabah. Mungkin sebab dekat Kalimantan Selatan, tempat asal suku Banjar di Banjarmasin.

      Padam
  7. Sedap tak ikan putih tu Kak Amie...tajam gigi dia ye...soto banjar tu nampak sedap

    BalasPadam
  8. soto banjar sedap tu di semenanjung pun ada

    BalasPadam
  9. Mata terpahat pada soto banjar tu Kak Amie. Sedapnya.

    BalasPadam
  10. Bagus juga set nasi tu disertakan sekali dgn sayur masak lemak dan kerabu ye .. dah lengkap sajiannya.

    BalasPadam
  11. Aduh, macam-macam tak ada ye. Kecewa betul rasanya. Mujurlah makanan yang dipesan ni pun nampak sedap. Karamel kopi ais pesanan Firdaus nampak macam sedap je.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sabah Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe