Akhirnya Dapat Juga Makan Nasi Ayam Steam

11:37 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu. Hari ini santai-santai saja duduk di rumah. Tiada undangan majlis kahwin dan yang sewaktu dengannya. Tidak juga mengunjungi pasar tani kerana masih banyak bekalan bahan basah dan kering di dapur. Jadinya, adalah masa untuk manja-manjakan muka dengan tempelkan masker. Malas betul hendak pakai masker, untuk buang sel kulit mati supaya wajah tidak terus nampak kusam. Sepatutnya jadi rutin pakai dua kali seminggu, tapi pakai sekali seminggu pun sudah cukup bagus untuk insan seperti diri ini... ahaks!

Minggu lepas, hari yang sama dan waktu yang hampir sama sempat cari makan nasi ayam steam di Tawau. Selepas daftar keluar hotel, kami cari barang dapur di Pasar Tanjung, Tawau. Beli kopi yang baru dikisar. Serbuk kopi itu bukan untuk dibuat minuman tapi dijadikan masker wajah, ditambah dengan madu. Madunya pula Amie gunakan madu kelulut. Kononnya hendak kurangkan jeragat di muka. Sekarang ini, seiring dengan pertambahan usia mulalah timbul jeragat. Tidaklah banyak tapi sudah mula bersusun bintik-bintik gelap. Kawan-kawan kata, usahakan pakai masker serbuk kopi dengan madu dua kali seminggu. 

Eh, cerita lain pulak dah.
Selesai membeli-belah di Pasar Tanjung, kami ke Pasar Tani Tawau pula. Kami beli sepasu pokok daun sup. Dua hari lepas Encik Suami kata sudah pindahkan anak-anaknya menjadikan kesemuanya berjumlah tiga buah pasu. Kita belum sempat tengok, entah di mana Encik Suami letak pasu itu.

Akhir sekali kami singgah makan di Wangi Chicken Rice. Alhamdulillah, hasrat untuk makan nasi ayam lauk ayam steam tercapai jua. Sebenarnya kita pun suka makan nasi ayam lauk ayam yang digoreng, tapi kalau ada yang dikukus, memang itulah yang kita pilih.

Peha Ayam Steam

Pesanan pertama tiba di meja, Hot Chinese Tea.

Tiga mangkuk kecil sup kosong, dan tiga bekas kecil sos lada campur halia.

Firdaus - Nasi Ayam Mayonis

Encik Suami : Nasi Ayam Goreng

Bahagian peha ayam dibelah dua, dan kemudian dicincang kasar.
Ada hirisan timun di bawahnya.


Lauk tambahan yang dipesan:
  • Tauhu Jepun
  • Sayur Manis Goreng Bawang Putih
  • Hati Ayam
Sayur Manis Goreng Bawang Putih

Hati Ayam

Bismillah. Nasi Ayam & The Gang!

Setelah 15 minit meninggalkan Tawau dengan perut kekenyangan, tiba-tiba Lina anak buah Encik Suami telefon ajak kami makan tengah hari. Lina bersama suami dan ibunya (kakak ipar Amie) kelmarin dari Lahad Datu bermalam di Tawau. Nampaknya rezeki datang terlajak masa. Alhamdulillah. Terima kasih Lina. Semoga murah rezeki untuk Lina.

10 comments

  1. Bancuh serbuk kopi dgn madu je ke kak? Pastu lumur di muka? Br tau pulak tips ni

    Sedapnya ns ayam.. menu chinese style.. i like

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak versinya Mira. Ada yang tambahkan lagi dengan susu tepung dan jus lemon. Ada yang letak gula kalau tak ada madu. Kak Amie pilih yang mudah, kopi dengan madu jew. Sedap pakai, menempel terus di wajah, lepas cuci kulit rasa lembap.

      Padam
  2. ooo gitu ya antara petuanya nak kurangkan jeragat. Cara alami.
    Kena rajin lah kan manjakan muka kalau nak kulit cantik. Ini patut dari remaja dah mula.
    Dulu mana reti tepek macam-macam.. paling kurang pun bedak sejuk je huhu
    Sekarang banyak dah produk cuma kena pandai cari mana yang sesuai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak try pakai kopi sebab tengok kawan pakai, lama-lama jeragat hilang.

      Padam
  3. Saya pun suka yang kukus lagi, kalau diberi pilihan untuk nasi ayam. Sedapnya... 😋

    BalasPadam
  4. saya pernah pakai juga masker serbuk kopi tu. tapi sekarang dah berapa tahun tak pakai sejak dah guna chemical exfoliate.
    dulu saya rajin juga pakai masker kunyit + yogurt putih. kulit rasa bersih dan licingg je

    sedapnya nasi ayam tu! nampak meriah bila dah campur2 semua lauk dalam satu pinggan :D

    BalasPadam
  5. Ayam kukus sudah semestinya memang lembut.... Perhhhh makan pun layan jeeee....

    BalasPadam
  6. Nasi ayam gorengnya sungguh menggoda selera

    BalasPadam
  7. Sy paling malas nak pakai masker, bertahun dah tak pakai, patutlah kulit kusam macam org kerja ladang kelapa sawit, hihi. Kak Amie, macam kebetulan pulak hari ini sy masak nasi ayam, tapi ayam rebus aje, hehehe.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe