Bismillahirrahamanirrahim.
Setelah berehat sekembalinya dari Cocoa Village, perut rasa laparlah pula. Jadinya, kami pun jalan-jalan cari makan di sekitar Garden City Tawau. Sayangnya tempat makan yang dituju sudah ditutup buat selama-lamanya. Akhirnya kami singgah masuk di sebuah restoran yang menawarkan aneka hidangan soto. Terasa-rasa panasnya kuah yang akan dihirup!
Sayangnya apabila kami memesan makanan yang ditawarkan, itu tak ada dan ini tak ada. Coto Makassar tiada. Sup tulang habis. Semua jenis soto termasuk soto perut, daging dan sebagainya yang terpampang dalam gambar tidak ada. Yang ada hanya Soto Banjar. Encik Suami hendak minum honey lemon, juga tidak ada. Oleh kerana malas hendak mencari tempat makan lain, duduklah kami menyerah diri di sini. Makanlah apa yang ada.
Jadinya, terima sahajalah pilihan yang ada ketika itu iaitu set nasi ikan putih goreng. Sebenarnya set nasi ikan talapia, tapi katanya ikan talapia habis. Yang ada hanya ikan putih. Ikan putih pun ikan putihlah.
 |
Set Nasi Ikan Putih Goreng |
 |
Beli air mineral saja. |
 |
Wantan Goreng |
 |
Encik Suami : Soto Banjar |
 |
Soto Banjar |
 |
Firdaus : Mix Platter |
 |
Amie : Set Nasi Ikan Putih Goreng |
 |
Ikan Putih Goreng |
 |
Lauk : Ikan Putih Goreng, Sambal Tomato, Kerabu Mangga, Sayur Pucuk Ubi Masak Lemak & Sup Kosong. |
 |
Sirap Limau dikira satu set dengan nasi. Di depan sirap limau itu karamel kopi ais, minuman Firdaus. |
 |
Bismillah. |
Apa beza soto banjar eh?
BalasPadamAsal soto banjar dari Banjarmasin Kalimantan Selatan. Banyak jenis soto. Uncle nak beza soto mana satu?
PadamIngat ikan tilapia tadi. Ikan putih macam tak pernah tengok.
BalasPadamIkan putih tu keluarga ikan nyok-nyok tapi leper sikit.
PadamBanyak betul yang habis ni, dah tak nak meniaga agaknya minggu depan, hahaha. Nak jadi macam kedai yg tutup selama-lamanya tu ke?
BalasPadamItulah... sabar sajalah kitanya.
PadamSoto banjar tu macam soto kita yang biasa tu ke kak? cer cerita sikit kak camne? Nampak sedap ikan putih tu bila di goreng dengan tepung gitu kak. Set Daus memang sentiasa sedap
BalasPadamSaya tak makan soto tu. Encik Suami yang makan. Tak tahulah apa rasanya. Dulu pernah makan tapi dah lupa macamana nak bezakan rasanya dengan soto kita.
PadamTok nenek Saya org banjar...x pernah jumpa soto banjar lagi...
BalasPadamAsal soto ni dari suku Banjar di Banjarmasin Kalimantan Selatan.
Padamsama juga mcm Sueann, tok nenek ana juga org Banjar tp blm pernah jumpa soto Banjar hehe
BalasPadamPak Google banyak simpan info pasal soto Banjar. Memang ada menu soto Banjar di Sabah. Mungkin sebab dekat Kalimantan Selatan, tempat asal suku Banjar di Banjarmasin.
PadamSedap tak ikan putih tu Kak Amie...tajam gigi dia ye...soto banjar tu nampak sedap
BalasPadamsoto banjar sedap tu di semenanjung pun ada
BalasPadamMata terpahat pada soto banjar tu Kak Amie. Sedapnya.
BalasPadamBagus juga set nasi tu disertakan sekali dgn sayur masak lemak dan kerabu ye .. dah lengkap sajiannya.
BalasPadamAduh, macam-macam tak ada ye. Kecewa betul rasanya. Mujurlah makanan yang dipesan ni pun nampak sedap. Karamel kopi ais pesanan Firdaus nampak macam sedap je.
BalasPadamSaiz ikan besar. Lengkap dengan hidangan sampingan seperti sambal, sayur masak lemak dan kerabu mangga. Nampak sedap. 😋
BalasPadam