Makan Yang Masam-Masam Untuk Kurangkan Pahit Mulut
6:09 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Mulut rasa pahit semasa demam memang simptom biasa sebagai tanda badan sedang dalam proses melawan sesuatu seperti jangkitan atau keradangan. Apabila suhu badan naik fungsi lidah serta deria rasa jadi kurang berkesan. Taste buds boleh terjejas sehingga makanan dan minuman jadi tidak sedap.
Selain jangkitan pada tekak, mulut dan pernafasan, ubat-ubatan yang diambil turut memberi kesan dengan meninggalkan rasa pahit dalam mulut. Bukan itu sahaja apabila demam, badan mudah kehilangan air atau peluh. Hal ini menjadikan air liur berkurangan dan mulut menjadi kering. Dengan ini bakteria mulut mudah merebak dan akan menghasilkan mulut rasa pahit.
Pagi tadi, selain minum panas, Amie makan bihun goreng yang Encik Suami belikan. Sebelum makan ubat memang kena makan sesuatu. Kemudian apabila berasa lapar, Amie makan buah. Menjelang petang teringin makan sesuatu tetapi tak tahu hendak makan apa. Encik Suami kata Amie mati liur (bahasa orang Cocos untuk menunjukkan tiada selera makan). Katanya lagi, untuk hilangkan pahit mulut kenalah makan yang masam-masam sedikit.
Jadinya, Encik Suami belikan makanan tradisi orang Bajau:
- Putu
- Ikan Kayu Panggang
- Kerabu Rumpai Laut
- Kilau
Putu & The Gang |
Kerabu Rumpai Laut |
Kilau (hirisan mangga muda dengan isi ikan). |
Putu |
Ikan Kayu Panggang |
Sambal Pencecah |
Alhamdulillah.
Masuklah juga ke perut beberapa keping putu dengan lauk-pauknya. Tidaklah perut terus kosong sampai tak boleh hendak telan ubat.
Doakan ye kawan-kawan, mudah-mudahan esok kembali sihat dan boleh meneruskan kerja menoreh di ladang.
16 comments
putu tu ada inti ke?
BalasPadamwahh makanan org kampung yg berselera nih., hehe
BalasPadamPutu tu tak nampak macam putu yang saya selalu makan....putu tu pulut ya?
BalasPadamMenarik juga ni. Macam teringin juga nak try makanan sana tu.
BalasPadammenarik kerabu rumpai dan putu tu. moga segera sembuh.
BalasPadamSemoga cepat sembuh dan dapat kembali bekerja. Bila demam memang mati liur, dah lama tak dengar perkataan mati liur tu. Kena makan yang berkuah, masam-masam baru berasa sikit kan. Dalam tak sihat, semangat lagi kak Amie tu setting hidangan ambil gambar cantik. Kita tengok hidangan pun rasa berselera nak makan.
BalasPadamMoga diberi kesembuhan untuk sakit akak tu ya
BalasPadamSyafakillah Kak
BalasPadamPertama kali tengok putu & the gang. Nampak menarik
Semuga cepat sembuh amie. Semuga makanan yang di makan menambahkan tenaga dan dapat melawan penyakit.
BalasPadambiasa rumpai laut makan yang dah awet huhuhu
BalasPadamSemoga cepat sihat Kak Amie
BalasPadamTernyata disana ada makanan bernama "putu" ya Mbak.
BalasPadamDisini ada juga putu, tapi berbeda sekali dengan putu disana.
Salam,
Semoga cepat sembuh kakamie, putu tu rasanya macamana? tertarik
BalasPadamGet well sotong, Kak Amie. Kesiannya kalau belum sihat tapi perlu ke ladang esok.
BalasPadamAamiiin. Saya doakan kak Amie semakin membaik kondisinya yaaa. Harus tetap makan, biar bisa minum obat 🤗. Putu itu menarik kak. Rasanya seperti apa ya?
BalasPadamSemoga cepat sembuh Kak Amie...
BalasPadam