Tiram Bakar VS Lokan Bakar
11:56 PGBismillahirrahmanirrahim.
Catatan 22 Disember 2024, Ahad.
Dari Tamu Gaya Street Kota Kinabalu kami singgah di gerai lokan bakar yang terletak di Jalan Sulaman, Tuaran. Abang Farid dan Aseeyah tidak ikut sama dan lebih senang santai di Borneo Tree House sahaja. Abang Farid memesan sarapan dari luar dan 'abang angkatnya' hantar ke resort. Sebelah tengah hari pula Abang Farid makan di Borneo Tree House Restaurant & Catering.
Tiram Bakar & Lokan Bakar |
Lokan. |
Memilih saiz tiram saiz sederhana seberat satu kilogram. |
Puding kelapa dalam buah kelapa. |
Bihun Sup Soto Daging |
Bihun Goreng |
Kopi O |
Tiram Bakar |
Lokan Bakar |
Lokan Bakar |
Tiram Bakar |
Tuang sos pencecah ke atas tiram dan terus makan! Memang hendak makan yang seterusnya. |
Tiram & Lokan. |
Agak lama juga tidak berkunjung ke sini. Sekali datang terus tak fikir panjang makan lokan dan tiram! Santai-santai jew dating berdua dengan Encik Suami di musim hujan.
9 comments
Bolehlah guna tips pasal lokan tu, jangan ambil yang besar. Maklumlah gigi tak berapa mampu 😄
BalasPadamPuding kelapa dalam buah kelapa tu maksudnya ada puding dalam tu kah? Atau isi kelapa lembut disebut sebagai puding?
Lama dah Kak Amie tak makan kat sini, kan.
BalasPadamDulu kak Amie ada publish makan kat sini jugak kan...aduhai...sedapnya..terliur SA la ....
BalasPadamSedapnya Kak Amie, tiram dan lokan. Pudding dalam kelapa tu pun.
BalasPadamsedapnya tiram n lokan bakar kat sini mahal harganya
BalasPadamAduh.. Tengok makanan tetiba rasa lapar. Padahal baru je makan ni.. Hehe
BalasPadamSedap nya lokan dengan tiram bakar tu... sini mana nak dpt semua tu.. kerang bakar jer lah yg ada pun hihii..
BalasPadamLinda tengok tiram tu.. Terus teringat, yang tu ke yang keluarkan mutiara tu.. Hihihi
BalasPadamMenarik lokan dan tiram bakar.
BalasPadamMungkin kat Sabah je ada.. kat sini yang rare mentarang bakar je lah😁