Hari Ini dan Semalam

12:55 PTG

Bismillahirrahim.
Hari Ini dan Semalam.... hari yang mana hendak ditulis dahulu? 
Di bawah ini gambar semalam.
Di bawahnya lagi gambar hari ini.

Gambar semalam.


Gambar hari ini. Makan kuih selepas mesyuarat.


Sekarang hujan lebat.
Para penoreh sudah beransur pulang selepas mesyuarat panjang di akhir sesi 2024/2025. Di penghujung mesyuarat diadakan penyampaian sijil pengiktirafan. Amie dapat enam sijil:
  • Pengurusan KelasTerbaik
  • Pengurusan Fail Panitia Terbaik
  • Pengurusan Panitia Terbaik
  • Sifar Cuti Rehat Khas
  • Sifar Cuti Sakit
  • Kehadiran Awal Ke Sekolah Secara Konsisten
Tahun lepas sesi 2023/2024 Amie dapat empat sijil anugerah : Hari Terakhir Sesi Persekolahan 2023/2024.


Untuk anugerah Pengurusan Kelas Terbaik, Amie dapat hadiah sijil dan tupperware. Lima anugerah  lagi Amie hanya terima sijil saja. 


Sementara menunggu Encik Suami dan Firdaus selesai solat Jumaat, Amie teruskan menulis entri tentang sijil anugerah yang diperolehi hari ini. Terpandang gambar kelmarin! Baiklah disatukan menjadi cerita pada hari ini. 


Kelmarin, selesai menoreh kami ke Marrybrown di bandar LD. Kami terperangkap dalam hujan lebat. Hampir 45 minit di dalam kereta kerana takut basah kuyup ditimpa hujan. Inilah kali pertama Amie bersama-sama rakan yang lain berkunjung ke sini sejak dibuka.


Menarik juga pilihan menu di Marrybrown.


Bergambar berlatarbelakangkan 'Happy Birthday'. Kelmarin 16 Januari merupakan hari ulang tahun Gee, salah seorang geng kaki jalan kami. Gee sedang menunaikan umrah di tanah suci. Kami 'sambutkan' ulang tahun Gee di sini. Semoga Gee sentiasa sihat dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.


Sewaktu makan teringat pula Firdaus.  Sedaplah pula  rasa ayam goreng Egg-Stra Ong! Selesai makan, Amie belilah Egg-Stra Ong Chicken Combo bawa pulang. Terperangkap lebih satu jam di jalan raya kerana masalah kesesakan lalu lintas disebabkan banyak kereta ibu bapa yang datang mengambil duit BAP di sebuah sekolah rendah!

Itulah ceritanya hari ini dan semalam.
Hari ini hari terakhir persekolahan tetapi calon SPM belum selesai menduduki peperiksaan.
Selamat bercuti kepada para penoreh yang bercuti.
Selamat menjalankan tugas di masa cuti kepada penoreh yang menjadi pengawas SPM dan pemeriksa kertas SPM.

Alhamdulillah. Tahun ini Amie bebas dari tugas menjunjung Urusan Seri Paduka Baginda di kala cuti penghujung sesi.
Esok petang, kami terbang ke Malaya. In syaa Allah.


11 comments

  1. Alhamdulillah. Tahniah amie. Selamat bercuti dan balik kampung. Semuga di permudahkan perjalanan

    BalasPadam
  2. waahhhh sifar cuti sakit tu siapa dapat? hehehe

    BalasPadam
  3. Tahniah Kak Amie...selamat bercuti buat semua penoreh dan anak- anak...anak- anak SPM teruskan perjuangan kalian..

    BalasPadam
  4. Banyaknya sijil, tahniah Kak Amie 💐
    Bestnya dapat hadiah Tupperware. Boleh letak bekal menoreh sesi depan ye Kak...
    Selamat bercuti, berehat & berjalan² :)

    BalasPadam
  5. Tahniah kak Amie dapat banyak pengiktirafan 👏🏽
    Alhamdulillah sihat sentiasa - sifar cuti sakit.

    BalasPadam
  6. tahniah amie slmt coti2 n balik kampung

    BalasPadam
  7. Wowwww... meriahnya anugerah.
    Tahniah Cikgu Amie🥰

    BalasPadam
  8. hebatttttt akak kita niiiiii
    smpi 6 sijil gituuuuu
    kak nak pinjam sijil sifar cuti rehat khas tu? hehehe

    BalasPadam
  9. Selamat kak Amie, Trima banyak penghargaan. Saya yakin memang kak Amie guru yg sangat mengabdi akan tugas2 mengajar. 🤗🤗. Nampak ikhlas juga saat melakukan sesuatu.

    MB ini memang sedaaap. Kalo ke KL saya lebih suka makan di sini apalagi sejak tak menyentuh KFC lagi

    BalasPadam
  10. tahniah terima banyak pengiktirafan!

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah dan Tahniah Kak Amie atas pengiktirafan nya. Moga terus cemerlang dan dimurahkan rezeki.

    Egg-Stra Ong Chicken Combo tu nampak sedap nya.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sabah Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe